Barcelona Sebenarnya Hampir Pasti Mendapatkan Dua Bintang Mega Pada Januari Lalu

Barcelona sebenarnya sudah mendapat persetujuan untuk menandatangani pemain penyerang Liverpool dan Juventus namun usaha mereka terbantut kerana pihak kelab mempunyai masalah kewangan.

Menurut sumber laporan Gerrard Romero, gergasi Catalan itu sudah semakin hampir pasti untuk mendapatkan khidmat bintang Juventus, Dusan Vlahovic dan pemain sayap Luis Diaz.

Vlahovic telah bersetuju dengan segala syarat peribadi bersama Barcelona dengan beliau, Barca sendiri dan Fiorentina sudah mengadakan rundingan untuk memuktamadkan perbincangan antara mereka.

Wakil Diaz, turut sudah mengadakan perbincangan bersama Barcelona dan beliau turut mengesahkan yang pemain penyerang Colombia itu akan ke Nou Camp.

Walau bagaimanapun, memandangkan pihak kelab mempunyai masalah berkait Financial Fair Play, Barcelona gagal untuk mendapatkan kedua-dua pemain tersebut.

Barcelona juga sebenarnya perlu mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut.

Melihat kepada rekod dan pencapaian kedua-dua bintang tersebut, jelas sekali pihak kelab mereka tidak akan melepaskan mereka dengan harga yang rendah dan kerana itulah urusan perpindahan itu berakhir dengan kegagalan.

Diaz kemudiannya memilih untuk ke Anfield sementara Vlahovic sendiri pula telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Juventus.

Ketika jendela perpindahan Januari dibuka, Vlahovic dianggap sebagai pemain penyerang terhangat dalam pasaran pemain.

Beliau berjaya menjaringkan 20 gol dari 24 penampilan untuk Fiorentina pada musim tersebut dan kerana itulah banyak kelab-kelab gergasi yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Kecemerlangan beliau juga membantu Fiorentina untuk menjualnya dengan nilai yang sangat tinggi dengan Juventus membayar kelab sehingga €80 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Hal itu menyebabkan beliau menjadi paling mahal yang ditandatangani pada jendela perpindahan Januari dalam sejarah saingan Serie A.

Pemain penyerang kebangsaan Serbia itu melalui kesukaran ketika memulakan kariernya di Turin dengan beliau berjaya menjaringkan sembilan gol sahaja dari 21 penampilan untuk skuad The Old Lady.

Hal yang sama tidak untuk Luis Diaz kerana bintang Colombia itu berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari hari pertama beliau ditandatangani lagi.

Luis Diaz ditandatangani dari Porto dengan yuran perpindahan bernilai £37.5 juta dan jelas sekali beliau merupakan pemain yang sangat berbaloi untuk dibeli dengan harga yang mahal.

Pemain berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan enam gol dan mencatatkan lima assists dari semua pertandingan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp.

Kelincahan beliau jelas sekali sangat membantu jentera serangan Liverpool dan kerana kualiti yang beliau miliki juga The Reds sanggup melepaskan Sadio Mane pada jendela perpindahan Januari ini.

Walaupun Liverpool mengeluarkan dana yang besar untuk menandatangani Darwin Nunez dari Benfica pada musim panas ini, namun mereka sebenarnya masih mengharapkan Diaz untuk tampil dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mane.

Barcelona sementara itu berjaya mendapatkan Aubameyang dan Ferran Torres sebagai pengganti kepada Vlahovic dan Diaz.

Aubameyang sepertinya berjaya memulakan kariernya di Nou Camp dengan sangat baik dan mampu untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Torres sementara itu gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan beliau juga gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Walaupun mereka dikatakan mempunyai masalah dari segi kestabilan ekonomi, Barca pada musim panas ini telah menandatangani beberapa pemain berprofil tinggi lagi untuk memantapkan skuad mereka.

Barcelona menambah kekuatan jentera serangan mereka dengan membeli Raphinha dari Leeds United dan Robert Lewandoski dari Bayern Munich.

Jelas sekali Xavi bakal memiliki skuad yang sungguh luar biasa dasyat pada musim baru nanti dengan beliau akan mempunyai barisan pemain penyerang yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Pemain Barca Menangis Dalam Bilik Persalinan Selepas Diaibkan Oleh Bayern Munich