Pemain Barca Menangis Dalam Bilik Persalinan Selepas Diaibkan Oleh Bayern Munich

Pemain Barca menangis di bilik persalinan selepas diaibkan oleh Bayern Munich dalam aksi saingan Champions League kemarin.

Ia merupakan malam yang sukar untuk Barcelona ketika berdepan dengan Bayern Munich dalam aksi saingan Champions League kemarin.

Pemain Barca bahkan menangis kekecewaan di dalam bilik persalinan kerana terkesan dengan keputusan perlawanan yang dilangsungkan di Nou Camp itu.

Gergasi Catalan itu diaibkan di halaman mereka sendiri dan dengan mudah dijinakkan oleh Bayern Munich dalam aksi perlawanan pembukaan saingan peringkat kumpulan E itu.

Sebelum ini, pasukan dari La Liga itu dibelasah 8-2 oleh Bayern di peringkat suku akhir pertandingan sama, dan walaupun pertemuan mereka kali ini tidak seteruk itu, namun persembahan para pemain Barca sangat teruk.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu bahkan langsung tidak berjaya mencatatkan percubaan tepat, sementara pasukan pelawat beberapa kali berjaya melepasi barisan pertahanan mereka.

Salah seorang pemain yang terkesan dengan keputusan dan aksi buruk mereka adalah Sergi Roberto, dengan pemain berusia 29 tahun itu melalui detik sukar kerana terpaksa berdepan dengan Leroy Sane dan Alphonso Davies di sebelah kanan.

Roberto bahkan turut di ejek oleh para penyokong Barca sendiri sepanjang perlawanan hingga detik beliau dikeluarkan pada minit ke-59 permainan.

Menurut sumber laporan dari AS, Sergi Roberto sangat kecewa dengan reaksi yang beliau terima dan beliau turut menangis di dalam bilik persalinan selepas tamat perlawanan tersebut.

Kedua-dua Gerard Pique dan Sergio Busquets bercakap kepada rakan sepasukannya itu di dalam bilik persalinan, namun mereka juga sukar untuk menaikkan semangat semua pemain.

Pemain midfield yang kini bermain di posisi right back itu dikatakan tidak faham mengapa beliau menerima reaksi sedemikian dari para penyokong, selepas beliau merasakan dirinya sudah memberikan segalanya untuk kelab.

Pique tampil mempertahankan rakan sepasukannya dengan beliau menegaskan reaksi para penyokong sebenarnya menyakitkan rakan sepasukannya yang lain.

“Ia sangat menyakitkan saya secara peribadinya kerana saya kenal dia, dia seorang manusia yang menakjubkan dan dia sangat sayangkan kelab ini lebih dari sesiapa sahaja.”

“Saya suka untuk ingatkan semua orang yang dia bukan full-back… Dia pemain tengah, seorang midfield. Dia sanggup berkorban untuk bermain di posisi itu dan dia lakukannya dengan sungguh baik.”

“Ia sangat menyakitkan, namun semua orang bebas untuk menyuarakan pandangan mereka, tapi jika kamu tanya saya, sejujurnya ia sangat menyakitkan.”

Keadaan Barca semakin parah selepas mereka kehilangan legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Lionel Messi yang kini beraksi bersama Paris Saint Germain.

Para peminat bahkan menganggap Barcelona merupakan Arsenal dalam saingan La Liga yang kini sedang mengalami era kejatuhan yang teruk.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Seluruh Kem Barcelona Terkejut Dengan Lawak Aneh Dari Ousmane Dembele