Barisan Kemungkinan Itali dan Sepanyol Pagi Rabu Nanti

Pertemuan Itali dan Sepanyol pasti menggamit kenangan perlawanan akhir Euro 2012 di mana pasukan La Furia Roja telah membelasah Azzuri empat gol tanpa balas.

Pada tahun tersebut, Sepanyol dibarisi pemain bintang di segenap posisi seperti Iker Casillas, Sergio Ramos, Gerard Pique, Xavi Hernandez, Andres Iniesta, Cesc Fabregas, David Villa dan ramai lagilah. Bermain dengan gaya tiki taka seperti biasa, mereka dengan mudahnya menumpaskan Itali yang dibarisi pemain seperti Gianluigi Buffon, Giorgio Chiellini, Andrea Pirlo dan Mario Balotelli.

Walaubagaimanapun, perlawanan separuh akhir Euro 2020 akan menyaksikan hanya beberapa pemain sahaja yang terlibat dalam perlawanan akhir tersebut bakal diturunkan nanti.

Barisan Kemungkinan Itali

Gianluigi Donnarumma (Penjaga gol) โ€“ pemain ini telah menyelamatkan gawangnya daripada cubaan bahaya daripada pemain Belgium. Saham pemain ini semakin meningkat selepas tamat setiap perlawanan. Tidak boleh dinafikan, dia bagai seorang pahlawan menjadi pembela pada yang tiada upaya, dengan ketangkasn langkah pergerakannya menewaskan musuh yang membuat angkara. (kau nyanyi sekali ke?)

Giovanni di Lorenzo (Bek kanan) โ€“ Pada hari Jumaat lalu, dia banyak kali berdepan detik cemas ketika dibuli Jeremy Doku. Tapi siapa-siapa pun akan sakit dada kalau berdepan dengan pemain Belgium tu. Apapun, dia tetap mengekalkan tempat dia.

Leonardo Bonucci (Bek tengah) โ€“ Walaupun sudah berusia, Bonucci masih mampu mengekang Lukaku pada sebahagian besar perlawanan tempoh hari. Boleh dikatakan dia dah kembali ke tahap terbaik semula la.

Giorgio Chiellini (Bek tengah) โ€“ Sebaya Cristiano Ronaldo tapi tampak lebih berusia seakan sudah dapat mengeluarkan akaun 1 KWSP. Tapi dalam padang, tak nampak pun dia sudah berusia 36 tahun. Pemimpin kepada barisan pemain Itali pada kali ini.

Emerson Palmieri (Bek kiri) โ€“ Spinazzola terpaksa direhatkan selepas cedera tendon achilles tempoh hari, maka tidak dapat tidak Emerson perlu diturunkan oleh Mancini. Agak berkarat dan perlu cepat sesuaikan diri dengan rentak permainan. Kalau tidak, dia mungkin menjadi lubuk serangan Itali bagaikan Lubuk Tupah yang ada Rumah Tumpangan Sabul.

Nicolo Barella (Tengah) โ€“ Penjaring gol pertama pada hari Jumaat tempoh hari dan Barella adalah antara nama yang pertama akan ditanda dalam borang pemain yang nak dihantar kepada penganjur. Dia ni ada banyak tenaga dan juga berkualiti tinggi di jentera tengah.

Jorginho (Tengah) โ€“ Pemain tengah Chelsea ini boleh diibaratkan sebagai otak dan akal kepada pasukan Itali kali ini. Dia adalah pemain yang menentukan rentak permainan Itali โ€“ nak laju atau perlahan โ€“ dan dia bakal menjadi pemain yang paling kerap mendapat bola nanti.

Marco Verratti (Tengah) โ€“ Sewaktu lawan Belgium dia dilihat bertekak beberapa kali dengan rakan sepasukan atau pemain lawan. Tapi Verratti bukanlah pemain yang boleh disimpan di bangku simpanan. UNLEASH THE TIGER!

Federico Chiesa (Sayap kanan) โ€“ Dia berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama selepas menjaringkan gol di masa tambahan ketika menentang Austria dan menentang Belgium, dia tidak mengecewakan juga. Jadi, Mancini patut meletakkan pemain ini sekali lagi berbaris menyanyikan lagu kebangsaan di tengah padang, bukan di bangku simpanan.

Ciro Immobile (Penyerang) โ€“ Menentang Belgium, kita bagaikan tertanya-tanya kenapa Immobile memilih bola sepak sebagai karier, bukannya opera. Tapi kalau tengok presatasinya dalam perlawanan sebelum-sebelum ni, mustahil Mancini akan gantikan dia dengan pemain lain.

Lorenzo insigne (Sayap kiri) โ€“ Gol daripada pemain ini telah membawa kemenangan dan harapan ke bumi Rom pada hari Jumaat yanh lalu dan Insigne pasti berharap dia dapat sekali lagi merembat bola lencong sambil melentikkan badan. Kali ini, Unai Simon adalah sasarannya.

Barisan Kemungkinan Sepanyol

Unai Simon (Penjaga gol) โ€“ Selepas buat kelakar tak bertempat ketika bertemu Croatia, Simon bangkit dan menjadi penjaga gol yang serius selepas itu. Sepanyol pasti berharap kepakarannya dalam menghalang sepakan penalti tidak diperlukan pada kali ini.

Cesar Azpilicueta (Bek kanan) โ€“ Selepas beberapa perlawanan, agak logik jugalah bila fikir balik kenapa Enrique meletakkan pemain ini di posisi bek kanan, bukan Marcos Llorente. Dengan baju masuk ke dalam seluar, Azpilicueta kerap turun naik memberikan sokongan kepada serangan dan juga bertahan.

Aymeric Laporte (Bek tengah) โ€“ sewaktu bertemu Switzerland, persembahan Laporte boleh dikatakan boleh tahan walaupun tidak cemerlang. Tapi dia adalah antara bek tengah terbaik yang Sepanyol ada untuk kempen ini.

Pau Torres (Bek tengah) โ€“ Kadang-kadang Torres nampak macam goyang, tapi dia dah lakukan kerja yang bagus untuk mengekalkan tempat dia. Tapi perlawanan menentang Itali bakal menjadi ujian terbesar pemain ini.

Jordi Alba (Bek kiri) โ€“ Alba hari ini masih lagi Alba yang sama, cuma tidak laju macam dulu. Enrique mesti letakkan dia di kesebelasan utama. Tiada pilihan lain dah.

Koke (Tengah) โ€“ Kita pasti ternanti-nanti pertembungan Koke dan Marco Verratti di tengah padang nanti. Sorang bekeng sorang lagi keras. Llorente pasti tidak akan diturunkan kerana Koke lebih berpengalaman dan lebih kacak, kan?

Sergio Busquets (Tengah) โ€“ Menentang Switzerland, Busquets menampilkan antara permainan terbaiknya sepanjan kejohanan ini walaupun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas masa tambahan tamat. Nasib baik kawan dia sepak masuk.

Pedri (Tengah) โ€“ Pemain muda yang semakin disebut-sebut selepas tampil begitu bertenaga sepanjang kempen ini. Dia muncul sebagai pemain yang berlari paling banyak di padang โ€“ 61.5km. Dia mungkin bakal menjadi pemusnah harapan Itali dalam perlawanan pada pagi nanti.

Gerard Moreno (Penyerang kanan) โ€“ Moreno mungkin hanya akan diturunkan kalau Pablo Sarabia belum sembuh daripada kecederaan yang dialami ketika bertemu Switzerland tempoh hari. Apapun, Moreno tidak boleh dipandang enteng dan dia boleh dikatakan sebagai seorang penyerang yang nakal. Tak percaya tanya penyokong Manchester United.

Ferran Torres (Penyerang kiri) โ€“ Penyerang Manchester City ini mungkin belum mencipta sebarang detik magis sepanjang kempen Euro kali ini tapi dia boleh dikatakan sebagai pilihan utama Luis Enrique untuk bergasak dengan bek sisi pasukan Itali nanti. Satu gol daripada Torres.

Alvaro Morata (Penyerang) โ€“ Memulakan kempen Euro 2020 dengan kecaman kerana ketumpulannya di hadapan gol sehingga keluarganya menerima ancaman bunuh. Tetapi ketika menentang Croatia, dia telah menjaringkan gol yang cantik dengan teknik yang bagus. Mungkin akan ada detik kelakar sekali dua daripada pemain ini nanti, tapi dia adalah penyerang yang boleh diharapkan.

Sumber rujukan : 90min

BACA:ย  Tonali Berderai Air Mata Kesedihan Saat Dimaklumkan AC Milan Akan Dijual Ke Newcastle