Bekas Teman Wanita Dakwa Diserang Dan Dicederakan Penyerang Sayap Manchester United

Penyerang Manchester United Antony berhadapan dengan masalah besar selepas bekas teman wanitanya dikenali sebagai Gabriela Cavallin mendakwa pemain itu melakukan kekasaran dan mencederakannya secara fizikal sebanyak empat kali.

Cavallin melalui dakwaannya mendedahkan dia menjalin hubungan dengan Antony ketika pemai itu masih lagi di Amsterdam bersama Ajax.

Teman wanitanya itu yang merupakan seorang DJ dan penghasil kandungan digital (digital creator) berkata insiden pertama berlaku pada 2002 di sebuah kelab malam di Sao Paulo, Brazil.

Cavallin mendakwa dia memutuskan hubungan dengan Antony sebelum diheret keluar dengan bantuan pengawal keselamatan.

Antony kemudian didakwa menolak dirinya dengan kasar ke dalam kereta. Pada ketika itu dirinya sedang hamil 17 minggu.

Serangan kedua pula berlaku pada Januari 2023 ketika Antony sudah bergelar pemain Manchester United. Kali ini ia dicetuskan oleh rasa cemburu oleh Antony.

Kecederaan yang dialaminya ketika insiden kedua memaksa dua doktor kelab memberikan rawatan kepada beliau.

Selepas itu berlaku dua lagi serangan oleh Antony terhadap dirinya dan kali ini dua sahabatnya menjadi saksi kehadian. Malah Cavallin mendakwa ibu Antony sendiri turut berada bersama ketika dua kejadian berikutnya.

Wanita itu mendakwa dirinya mengalami kecederaan di tangan akibat daripada serpihan kaca yang dipecahkan oleh Antony.

Penyerang antarabangsa Brazil itu turut didakwa merosakkan telefon bimbit teman wanitanya kerana mengamuk.

Pemain itu turut didakwa melakukan ugutan terhadap teman wanitanya pada 20 Mei lalu. Dakwaan oleh Cavallin itu kini sedang disiasat pihak berkuasa di Brazil.

Perpindahan Antony ke Manchester United telah memecahkan rekod perpindahan pemain di liga Belanda, Eredivisie dengan perjanjian mencecah €100 Juta bersamaan RM445.75 juta.

Antony dilaporkan diikat dengan kontrak selama lima tahun sehingga 2027 dengan pilihan lanjutan kekal sehingga tahun 2028.

Pemain sayap ini adalah kelahiran dari sistem pembangunan dan akademi Sao Paulo dan menjaringkan enam gol dalam 52 penampilan untuk kelab itu. Dia menyertai Ajax pada 2020 dan telah memenangi dua gelaran Eredivisie dan satu Piala KNVB.

Antony memenangi pingat emas bersama pasukan bawah 23 tahun Brazil di Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Dia menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama skuad senior Brazil menentang Venezuela pada Oktober 2021.

BACA:  3 Calon Ketua Pasukan Manchester United Musim Hadapan