Belum Tamat Separuh Masa Pertama Penyokong Man Utd Tinggalkan Stadium

Belum pun tamat permainan separuh masa pertama, peminat ‘setia’ Manchester United dirakam telah pun meninggalkan Stadium Ethihad dalam perlawanan Manchester Derby.

Mungkin tidak sanggup melihat Setan Merah dibelasah jiran mereka lalu mereka memilih untuk pulang apabila ketinggalan empat gol mudah seperti sesi latihan buat Manchester City.

Lebih memilukan lagi apabila perbuatan penyokong Setan Merah itu telah dirakam dan disiarkan secara langsung serentak ke seluruh dunia.

Situasi ini bukanlah pertama kali terjadi membabitkan peminat Manchester United.

Manchester Derby musim 2022/23 telah pun tiba masanya menemukan dua pasukan dari bandar Manchester yang berwarna biru dan merah, pemenang perlawanan ini akan mewarnai bandar ini dengan warna mereka miliki.

Diatas kertas tiada dakwa dakwi lagi bahawa perlawanan ini pasti akan menjadi milik Manchester City yang serba serbi lengkap ditambah pula dengan kehadiran Erling Haaland yang berselera tajam.

Namun dalam bola sepak semuanya boleh terjadi, gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane akan berdepan ujian terbesar selepas berjaya mengekang Liverpool dan Arsenal.

Manchester City menanti kunjungan jiran mereka yang berstatus musuh di stadium Ethihad.

Seawal minit ketiga menyaksikan Manchester City telah melakukan tiga percubaan berturut-turut yang dimulakan oleh Erling Haaland namun berjaya diselamatkan Scot McTominay.

Bola terus melantun kepada Kevin De Bryune terus disusuli dengan rembatan sebelum berjaya dihadang kali ini oleh David De Gea.

Kali ini bola muntah sampai kepada Bernardo Silva yang terus mencuba dan sekali lagi Scot McTominay menafikan.

Minit ke-8, Manchester City telah berada di hadapan apabila hantaran silang terus disudahkan oleh Phil Foden dengan percubaan jarak dekat.

Manchester City terus menguasai perlawanan dan Manchester United tampak bergelut untuk menyaingi Manchester City bagi memberi sedikit cabaran.

Pada minit ke-18, Manchester City hampir menggandakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik Ilkay Gundogan yang sekadar menghentam tiang ketika De Gea sudah tergamam.

Tiga minit kemudian, City datang lagi, hantaran silang Ilkay Gundogan telah ditembak dengan rembatan liar oleh Bernardo Silva.

Selepas 30 minit perlawanan, Manchester United masih lagi gagal untuk mendapat rentak untuk mengimbangi kehebatan City yang bermain seperti sesi latihan.

City datang lagi dengan rembatan bertubi-tubi membuatkan Varane rebah ke tanah selepas terkena remabtan Foden tapi tidak dihiraukan.

Rembatan ditutup dengan percubaan De Bryune yang ditepis keluar De Gea untuk sepakan penjuru yang terus disundul tajam Haaland.

Tyrel Malacia berjaya mengeluarkan bola namun garisan gol teknologi telah mengesahkan bola telah melepasi garisan sepenuhnya.

Hantaran genius dan super jahat dari De Bryune mencari Haaland yang dahagakan gol terus disudahkan untuk gol ketiga City.

Dua gol dalam tempoh empat minit dari Haaland pada minit ke-34 dan 38 dan Haaland berpeluang cerah mencipta hatrik dan menjadi pemain pertama cetak hatrik tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Manchester United terus lesu dan hanya menghitung menunggu mati, lebih parah apabila Varane terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, Victor Lindelof dimasukkan.

Anak buah Pep Guardiola masih tidak puas untuk membirukan bandar Manchester dengan tiga gol dan Phil Foden menghadirkan gol keempat dipenghujung babak pertama.

Berita separuh masa kedua bakal menyusul…

Manchester City (4-3-3) Ederson; Walker, Akanji, Ake, Cancelo; De Bruyne, Gundogan, Bernardo; Foden, Haaland, Grealish.

Pemain Simpanan: Ortega Moreno, Carson, Dias, Laporte, Alvarez, Gomez, Mahrez, Palmer, Lewis.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Malacia; McTominay, Eriksen; Antony, Fernandes, Sancho; Rashford.

Pemain Simpanan: Heaton, Shaw, Lindelof, Casemiro, Fred, Pellistri, Elanga, Martial, Ronaldo.

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 1-1 Everton