Pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema telah didapati bersalah oleh sebuah Mahkamah di Perancis dalam kes ugutan pita rakaman sedap Mathieu Valbuena enam tahun yang lalu.
Mathieu Valbuena pada ketika terjadinya peristiwa hitam ini sehingga berlanjutan ke mahkamah merupakan rakan sepasukan Karim Benzema di pasukan kebangsaan Perancis.
Penyerang Real Madrid itu didapati bersalah kerana menjadi sebahagian daripada cubaan memeras ugut rakan pemain, tuduhan yang menyebabkan dia digugurkan daripada pasukan kebangsaannya selama lebih lima tahun.
Karim Benzema telah dijatuhkan hukuman penjara setahun yang boleh ditangguh dan denda sebanyak $84,000.00 bersamaan RM355,190.00.
Pada tahun 2015, Benzema telah ditangkap kerana didakwa memainkan peranan dalam peras ugut bekas bola sepak antarabangsa Perancis, Mathieu Valbuena melalui pita rakaman sedap (lepas rakam abang tak delete).
Benzema dituduh mendalangi keseluruhan plot untuk mendorong Mathieu Valbuena menyerahkan bayaran tunai, walaupun dia telah mengisytiharkan dia tidak bersalah sejak hari dia digari.
Dikatakan bahawa Benzema telah menekan Mathieu Valbuena untuk membayar pemerasan yang mengancamnya dengan mengeluarkan video intim kepada orang ramai.
Semasa perbicaraan, Mathieu Valbuena memberi keterangan bahawa rakan sepasukan di skuad Perancis memberitahunya “ada video, ia panas,” semasa kem latihan pasukan kebangsaan pada 2015.
Back to the UCL ☄️ pic.twitter.com/6af9P39l5P
— Karim Benzema (@Benzema) November 23, 2021
Benzema didakwa telah mencadangkan kepada Valbuena bahawa beliau mengenali seseorang yang boleh “menyelesaikan masalah anda”.
Kini, selepas beberapa tahun kemudian, Karim Benzema telah didapati bersalah kerana bersubahat dan berkonspirasi untuk cuba memeras ugut di mahkamah Versailles.
Pejabat pendakwa Versaille menghukum Benzema dengan hukuman penjara penangguhan dan dia diperintahkan membayar denda sebanyak 75,000 euro atau $84,000.00 bersamaan RM355,190.00.
Menurut beberapa laporan, pihak pendakwa meminta hukuman penjara selama 10 bulan tetapi hakim menolak dengan memberi Benzema hukuman penjara selama setahun.
Regarding Benzema's situation: Benzema only said to Valbuena, pay the people to avoid trouble. He was a football player, career in stake, and these things do damage your reputation. What did Valbuena do? pic.twitter.com/DhmMSMxhjx
— Nino (@NinoProYT) November 24, 2021
Penyerang Real Madrid dan Les Bleus itu telah menafikan sebarang salah laku dengan peguamnya bersedia untuk membuat rayuan mengenai sabitan itu.
“Reaksi saya adalah marah dengan keputusan penghakiman ini yang benar-benar bercanggah,” kata peguam Benzema, Sylvain Cormier ketika meninggalkan mahkamah.
“Ia dengan jelas diumumkan oleh mahkamah sendiri bahawa Benzema tidak mengetahui rancangan itu terlebih dahulu. Kemudian mereka berkata dia tidak boleh tahu tanpa sebarang bukti? Jadi mereka menuduhnya.”
“Mereka memberinya hukuman yang sangat berat dan tanpa bukti. Kami agak terkejut. dengan keputusan ini.”
Karim Benzema scored just hours after being found guilty by a French court in a blackmail case as Real Madrid saw off Sheriff Tiraspol 3-0 on Wednesday to reach the Champions League knockout stage https://t.co/KKf7YwfcpC
— AFP News Agency (@AFP) November 24, 2021
Selepas penahanannya pada 2015, Benzema telah dipecat daripada pasukan kebangsaan Perancis tetapi telah dipanggil semula.
Hukuman ini telah dijatuhkan beberapa jam sebelum Benzema turun beraksi untuk perlawanan Champions League dan Real Madrid berjaya menewaskan FC Sheriff 3-0.
Benzema turut mencetak nama selaku penjaring gol ketiga dan sudah mengesahkan tempat kepusingan kalah mati.
Selepas 6 Tahun Benzema Dipanggil Semula
Selepas 6 tahun disisihkan, pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema dilaporkan akan di senaraikan dalam skuad Perancis bagi menghadapi saingan kejohanan yang tertangguh EURO 2020 yang berlangsung bulan jun yang lalu.
Kali terakhir Karim Benzema bermain untuk Perancis adalah pada tahun 2015 dan selepas itu Benzema terus tergantung sepi tanpa mengumumkan persaraan peringkat antarabangsa.
Karim Benzema tidak lagi dipanggil mewakili Perancis sejak terpalit dengan tuduhan menyebarkan pita rakaman lepas rakam abang delete atau aksi bermukah rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.
According to Le Parisien, Didier Deschamps may be about to name Karim Benzema in his France squad for the Euros!
🇫🇷The forward hasn't played for France since 2016 and is awaiting trial for complicity in the blackmail of Mathieu Valbuena. The announcement is today.#LLL
🧡🇪🇸⚽️ pic.twitter.com/fzsqa5C0u1— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) May 18, 2021
Pemain penyerang Real Madrid itu konsisten menafikan tuduhan itu sebagaimana konsistennya aksi beliau bersama Real Madrid sepanjang 6 tahun ini sehingga dijatuhkan hukuman.
Didier Deschamps dengan keras hari tidak memanggil pemain yang kini berusia 33 tahun itu untuk kejohanan EURO 2016 dan Piala Dunia 2018 di mana Perancis muncul juara.
Karim Benzema will be called up to France's squad for the first time since 2015, sources have confirmed to @LaurensJulien. pic.twitter.com/Rae3nV7n0c
— ESPN FC (@ESPNFC) May 18, 2021
Entah apa yang merasuk Didier Deschamps ketika ini tiga minggu menjelang EURO 2020, laporan dari Perancis menyatakan bahawa Karim Benzema akan dipanggil.
Menurut Juliens Laurens yang mengesahkan berita ini berkata:
“Kini disahkan oleh pelbagai sumber: Karim Benzema AKAN berada dalam skuad Perancis untuk Euro musim panas ini. Lebih dari lima tahun selepas cap terakhirnya, Deschamps akan memanggilnya kembali. Wah !!!!!”
It’s now confirmed by different sources: Karim Benzema WILL be in France’s squad for the Euros this summer. More than five years after his last cap, Deschamps will call him back. Wow!!!!!
— Julien Laurens (@LaurensJulien) May 18, 2021
Saingan Perancis di EURO 2020 tamat dipusingan 16 terbaik apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Switzerland dan prestasi Benzema tidak mengecewakan langsung dan masih berbisa.