Berkilat Bilik Persalinan Ditinggalkan Pasukan Jepun

jepun

Pasukan kebangsaan Jepun telah meninggalkan bilik persalinan dengan keadaan yang bersih dan berkilat selepas mencipta kemenangan melalui kebangkitan sensasi ke atas Jerman.

Ternyata Jepun bukan sahaja memenangi hati ramai bukan sahaja melalui aksi padu di padang namun juga disebabkan keperibadian yang tinggi mereka.

FIFA sendiri telah memuji pasukan Jepun dan peminat mereka kerana menjaga kebersihan di Stadium Antarabangsa Khalifa melalui Twitter rasmi mereka.

“Selepas kemenangan bersejarah menentang Jerman di #FIFAWorldCup pada Hari Perlawanan ke-4, penyokong Jepun membersihkan sampah mereka di stadium, sementara itu @jfa_samuraiblue meninggalkan bilik persalinan mereka di Stadium Antarabangsa Khalifa seperti ini. Tanpa noda.”

“Domo Arigato.👏🇯🇵”

Dalam gambar dimuat naik FIFA menunjukkan tuala, botol air, dan bekas makanan terbiar tersusun kemas di kaunter di tengah bilik.

Bukan itu sahaja, pasukan Jepun malah meninggalkan nota yang bertulis “terima kasih” dalam bahasa Jepun dan Arab.

Malah Jepun terus menerapkan budaya mereka kepada dunia dengan seni origami di mana beberapa ekor burung kertas yang dilipat diletakkan bersama nota tersebut.

Sikap ini sudah seakan sinonim dengan pasukan atau kontijen dari Jepun dalam apa jua acara tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Penyokong Jepun Kutip Sampah Selepas Perlawanan

Keperibadian mulia penyokong Jepun dalam menjaga kebersihan dengan mengutip sampah selepas perlawanan di Piala Dunia 2022 terus mendapat pujian ramai dari seluruh dunia.

Rakyat Jepun yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta mengamalkan disiplin tinggi walau di mana berada tidak hanya ketika berada di negara mereka.

Penyokong Jepun bukanlah sekadar mengutip sampah yang dibawa mereka tetapi mereka mengutip kesemua sampah di dalam stadium yang ditinggalkan oleh orang lain.

Baru sahaja menyaksikan pasukan mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menumbangkan bekas juara dunia, penyokong Samurai Blue kekal di tempat duduk penonton di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Mereka tidak pulang bukan untuk berseronok dengan keputusan itu tetapi untuk memastikan mereka meninggalkan tempat itu sebersih yang mungkin dan mengutip segala sampah sarap yang mereka temui.

Beratus-ratus karung sampah biru telah diserahkan oleh penyokong Jepun semasa perlawanan itu dengan mengutip apa-apa sampah yang tertinggal di bawah tempat duduk.

Peminat Jepun turut dirakam mengemas sampah dan membuang bendera pada perlawanan pembukaan kejohanan 2022, walaupun pasukan mereka sendiri tidak terlibat dalam perlawanan.

Penduduk tempatan dari Qatar terkejut dengan keperibadian orang Jepun itu itu dan seorang peminat merakam klip yang telah tular di media sosial.

“Seseorang meyakinkan saya bahawa ini adalah perkara biasa,” kata Omar Farooq sambil memerhatikan penyokong mengutip sampah apabila semua orang pergi.

“Penyokong Jepun memutuskan untuk membersihkan stadium.”

“Ia bukan perlawanan mereka!”

“Apabila saya bertanya kepada mereka, ‘Mengapa kamu membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan kamu?’ Jawapannya ialah, ‘Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakang kami. Kami menghormati tempat itu.'”

Kamera kemudian menyorot untuk menunjukkan lebih ramai peminat Jepun bertebaran di sekeliling stadium semuanya melakukan perkara yang sama.

Sememangnya penyokong Jepun merupakan tetamu yang diundang dan sangat menghormati tuan rumah tanpa sebarang diskriminasi berbanding orang Eropah yang mahu menjadi tuan rumah walaupun bertandang ke rumah orang lain.

Rakyat Jepun pertama kali mendapat reputasi terpuji di seluruh dunia kerana melakukan ini empat tahun lalu pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pada masa itu, adegan serupa telah disaksikan walaupun selepas kekalahan yang menyayat hati untuk Jepun apabila Belgium bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2, negara itu kecewa kerana begitu hampir untuk mara ke suku akhir.

Ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Colombia, penyokong tidak terus pulang sebelum semua sampah habis dikutip.

Jepun Meninggalkan Bilik Persalinan Bersih Berkilat

Pasukan Kebangsaan Jepun mempamerkan aksi yang membanggakan dalam saingan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia apabila mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

Perjalanan Jepun berakhir di kaki Nacer Chadli yang menjaringkan gol kemenangan pada penghujung masa tambahan sekaligus melayakkan Setan Merah ke suku akhir.

Jepun merupakan satu-satunya wakil tunggal pasukan Asia selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan. Aksi dan permainan Jepun semakin meningkat seiring perjalanan kejohanan.

Jepun mara ke pusingan kalah mati melalui peraturan FIFA Fair Play yang pertama kali diguna pakai selepas terikat jumlah mata, jaringan dan bolos yang sama dengan Senegal.

Dalam aksi menentang Belgium, Jepun hampir menunjukkan Belgium jalan ke lapangan terbang, namun mereka berjaya bangkit untuk mengikat sebelum mencatat kemenangan.

Dalam edisi ini, Jepun telah menjaringkan 6 gol dan merupakan rekod jaringan tertinggi mereka pernah lakukan dalam satu kejohanan Piala Dunia.

Gol Genki Haraguchi juga merupakan gol pertama Jepun pernah jaringkan di Piala Dunia dalam pusingan kalah mati. Satu kempen yang cemerlang buat Jepun.

Selain mengharungi kempen yang penuh membanggakan Jepun juga meninggalkan bilik persalinan dengan bersih berkilat dan satu nota ucapan terima kasih kepada Russia.

Rakyat Jepun yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta mengamalkan disiplin tinggi walau di mana berada tidak hanya ketika berada di negara mereka.

Satu sikap yang terpuji dan boleh dijadikan Ibrah buat kau, aku dan dia. Sebelum ini penyokong Jepun dilihat membersihkan kawasan stadium dengan mengutip sampah selepas perlawanan.

Dan sikap yang dimulakan rakyat Jepun telah diikuti oleh penyokong Brazil dan Senegal yang sama-sama mengutip sampah sarap selepas perlawanan.

Tindakan pasukan Jepun meninggalkan bilik persalinan dengan sebersih-bersihnya menjadi tular dan dipuji ramai.

BACA:  Kisah Sebenar Pertemuan Dingin Ronaldo dan Bruno Di Kem Portugal