Bintang Boro Mengaku Terpukau Dengan Kecantikan Cristiano Ronaldo

Bintang Middlesbrough, Dael Fry tak percaya yang Cristiano Ronaldo sebenarnya memiliki wajah yang sangat cantik apabila bertemu di alam nyata.

Beliau terpukau dan terpaku melihat kecantikan Cristiano Ronaldo ketika aksi perlawanan di pusingan keempat saingan FA Cup di Old Trafford kemarin.

Fry diturunkan dalam kesebelasan utama Boro dan tugas utama beliau adalah memastikan Cristiano Ronaldo tidak memberi ancaman kepada gawang mereka.

Pemain berusia 24 tahun itu memikul tanggungjawab besar dalam perlawanan tersebut dengan beliau diarahkan untuk mengawal pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.

Walau bagaimanapun, Fry mendedahkan yang beliau sebenarnya hampir tak berani untuk menatap wajah Ronaldo sepanjang pertemuan mereka di atas padang pada hari itu.

Beliau mendedahkan yang bintang berusia 27 tahun itu nampak macam ‘palsu’ dan beliau turut malu-malu kucing ketika melihat penampilan pemain penyerang setan merah itu.

“Saya tak berani nak tengok dia sejujurnya, tapi ketika saya tengok, dia nampak macam palsu, kamu faham apa saya maksudkan?”

Jelasnya kepada BBC Sport Tees.

Pemain pertahanan dari saingan Championship itu turut menambah lagi.

“Dia sangat cantik di kehidupan nyata. Saya rasa macam, ‘wow’.”

Mungkin dia nak cakap kacak, tapi istilah dia gunakan adalah cantik, atau memang dekat mata dia Ronaldo cantik? Kalau betul memang lain macam sungguh penilaian dia.

Ronaldo meraikan ulang tahun ke-37 beliau sehari selepas tamat aksi kekalahan bertemu Boro itu, yang mana setan merah turut tersingkir dari saingan FA Cup.

Walau terpaksa akur satu lagi Piala sudah terlepas, namun hal itu sama sekali tidak mematahkan semangat Ronaldo yang memuat naik status penuh bermotivasi keesokan harinya.

“Hidup unpama roller coaster. Kerja keras, kelajuan, gol penting, penuhi pengharapan.”

Tulis beliau di laman media sosial miliknya.

“Tapi pada akhirnya, semuanya kembali kepada keluarga, rasa sayang, kejujuran, persahabatan, nilai yang menjadikan ia lebih bernilai. Terima kasih untuk semua mesej. 37 dan terus bertambah!”

Walau usianya sudah di penghujung era 30 an, namun Ronaldo masih lagi menjadi mesin pencetak gol yang sempurna untuk setan merah.

Beliau pada musim ini sudah berjaya menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk Manchester United.

Beliau walau bagaimanapun gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam saingan FA Cup, apa lagi selepas setan merah disingkirkan oleh Boro.

Middlesbrough akan mara ke pusingan seterusnya, dengan mereka dijadualkan akan bertemu Tottenham Hotspur.

Ronaldo dipersalahkan jadi punca United pamer aksi hambar

Cristiano Ronaldo merupakan sebahagian dari masalah besar yang sedang melanda Old Trafford pada ketika ini.

Setan merah terus menerus diduga dengan terbaru mereka telah tersingkir dari saingan FA Cup selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Middlesbrough.

Carlton Cole kini tampil mempersoalkan kualiti dan kemampuan penandatanganan musim panas kelab, Cristiano Ronaldo dan mendakwa yang skuad langsung tak bertambah baik sejak kehadiran bintang Portugal itu.

Musim ini, pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu sudah berjaya menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk setan merah.

Beliau turut berjaya menjaringkan beberapa gol penting yang membantu United mengelak dari kekalahan dan turut menjaringkan gol kemenangan dalam aksi saingan Champions League.

Namun begitu, Cole mendedahkan yang beliau langsung tak rasa Ronaldo ada menyumbang sesuatu untuk bantu memperbaiki persembahan Man Utd.

Beliau bahkan turut menganggap yang Ronaldo sekadar sebahagian dari masalah yang berlaku di Old Trafford pada ketika ini.

Bekas bintang Chelsea dan West Ham itu tidak yakin Ronaldo boleh jadi contoh yang baik dan turut menganggap legenda Portugal itu sudah tidak memiliki teknik dan kemampuan seperti dahulu lagi.

“Dia jaringkan banyak gol, tapi adakah dia sesuatu yang tepat untuk Man United? Adakah dia sesuatu yang tepat untuk pasukan itu? Bukti sudah nyata, dan bukan hanya aksi malam ini (jumpa Middlesbrough), tapi melihat kepada semuanya yang sudah berlaku sejak dia datang, Man United masih lagi tidak berkembang ke tahap seterusnya.”

Jelas Cole kepada talkSPORT.

“Saya tak kata semuanya salah Ronaldo.. tapi dia merupakan sebahagian dari masalah. Saya tak tahu adakah dia mampu menjadi contoh yang baik. Dia sudah tidak memiliki kualiti itu.”

“Yang mana dia selalunya akan beri semangat di seluruh padang, sekarang dia hanya menunggu, gol dia tergantung kerana dia cuba untuk simpan tenaga dia dan jaringkan gol.”

“Ronaldo masa muda jelas sekali akan berlari seluruh padang dan mencabar lawan, tapi sekarang dia perlu terlalu bergantung kepada rakan sepasukan dia.”

“Dia ketua dengan cara dia yang tersendiri, sekarang dia hanya boleh membantu dari segi percakapan sahaja. Mereka perlukan seseorang yang boleh tunjukkan sesuatu di atas padang. Saya mencari ketua sebenar, dan saya tak jumpa walau seorang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bernardo Silva Dianggap Jauh Lebih Hebat Dari Cristiano Ronaldo Pada Ketika Ini