Bintang Man Utd Dinamakan Sebagai Penandatanganan Januari Terhebat Dalam Sejarah EPL

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes telah dipilih sebagai penandatanganan Januari terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Di kedudukan kedua pula menjadi milik Virgil Van Dijk yang dipilih sebagai penandatanganan Januari kedua terhebat dalam sejarah.

Impak Van Dijk

Kejayaan Van Dijk sejak ditandatangani oleh Liverpool pada Januari 2018 sepertinya sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemain.

Beliau boleh dianggap telah mengubah sepenuhnya barisan pertahanan Liverpool yang terlalu mudah dibolosi menjadi antara tembok paling kebal untuk dilepasi.

Bukan hanya di posisi pertahanan, beliau bahkan berjaya membawa impak yang sangat positif untuk keseluruhan skuad dan membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan Champions League, enam bulan selepas Van Dijk ditandatangani.

Setahun selepas itu, mereka berjaya menjuarai saingan Champions League, dan turut cemerlang memenangi gelaran liga pertama kelab selepas 30 tahun.

Bagi segelintir peminat, Virgil Van Dijk merupakan pemain centre-back terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Namun tidak untuk segelintir lagi peminat dan sepertinya masih ramai lagi yang meragui kemampuan serta impak bintang Belanda itu.

Dalam satu undian yang dilakukan oleh BBC untuk menentukan penandatanganan Januari terhebat dalam sejarah saingan Premier League, Bruno Fernandes telah menerima undian tertinggi.

Bintang Portugal itu telah menerima 31% undi, sementara Virgil Van Dijk pula hanya menerima 26% undi sahaja dalam undian dari peminat untuk menentukan penandatanganan Januari terhebat dalam sejarah.

Impak Bruno Fernandes

Bruno Fernandes tidak dinafikan lagi sememangnya antara penandatanganan paling berbaloi Manchester United sejak sedekad ini.

Beliau dengan segera meninggalkan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak ditandatangani pada Januari 2020.

Walau beliau gagal untuk membantu United memenangi Piala secepat Van Dijk lakukan, namun tidak dinafikan beliau merupakan nadi penting untuk skuad United yang dibarisi oleh pemain-pemain serba tak menjadi musim lalu.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Bruno Fernandes sebenarnya bersendirian memikul United di atas bahunya sejak dua musim lalu.

Bekas pemain midfield Sporting itu telah berjaya menjaringkan 45 gol dan turut mencatatkan 34 assists dari 104 perlawanan dalam semua pertandingan bersama Man United.

Aksi hebat yang beliau pamerkan berjaya membantu beliau mencipta sejarah baru sebagai pemain pertama yang memenangi empat anugerah pemain terbaik bulanan dalam setahun.

Walaupun setan merah tak pernah memenangi apa-apa kejuaraan sejak menandatangani Fernandes, namun beliau cemerlang membantu United mara ke aksi perlawanan akhir Europa League dan menamatkan saingan Premier League di kedudukan kedua musim lalu.

Selain Fernandes dan Van Dijk, Nemanja Vidic turut berada dalam senarai ini dengan beliau menduduki kedudukan ketiga selepas menerima 15% undian.

Luis Suarez yang melengkapkan perpindahannya dari Ajax ke Anfield berada di kedudukan keempat dalam senarai ini selepas menerima 13% undian.

Undian ini untuk semua kelab, namun jelas dan nyata, hanya pemain dari Liverpool dan Manchester United sahaja yang menduduki kedudukan tertinggi dalam senarai ini.

Walau kedua-dua pasukan ini cemerlang dengan penandatanganan Januari mereka, namun jangan dilupa dengan dua penandatanganan paling gagal kelab.

Alexis Sanchez menyertai Man United dari Arsenal pada awal 2018 dan Andy Carroll ke Anfield pada 2011 merupakan penandatanganan Januari paling teruk dalam sejarah kelab masing-masing.

Virgil Van Dijk masih konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama Liverpool, namun tidak untuk Bruno Fernandes.

Pemain kebangsaan Portugal itu jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan beliau juga nampak tak gembira di Old Trafford.

Memandangkan kedudukan mereka ini ditentukan oleh sistem undian, jadi korang semua boleh lah bagi pandangan masing-masing.

Siapa agaknya penandatanganan Januari terhebat dalam sejarah saingan Premier League? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Bruno Fernandes Jelaskan Kenapa Beliau Hantar Bola Kepada Cavani