Bintang Man Utd, Fernandes Dianggap Pemain Paling Hambar Dalam Saingan Euro 2020

Bintang sensasi Manchester United, Bruno Fernandes dianggap sebagai pemain paling tidak berprestasi dalam saingan Euro 2020 ini.

Beliau merupakan pemain yang sungguh menyerlah ketika beraksi diperingkat kelab, dan tentunya peminat mengharapkan beliau untuk mempamerkan aksi persembahan yang sama di pentas antarabangsa.

Namun sayangnya Fernandes sama sekali tidak menyerlah bersama skuad kebangsaan Portugal dan sering menerima kritikan atas aksi hambar yang beliau pamerkan.

Beliau telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan bertemu Hungary dan Jerman sebelum ini.

Kerana dikritik terlalu lembik dan membuang masa, Fernandes telah diletakkan di bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir Portugal bertemu Perancis dan Belgium.

Beliau jelas tidak mencapai tahap persembahan yang dikehendaki oleh pengurusnya dan Fernandes tidak memberi impak yang diharapkan oleh para peminat.

Seperti aksi bertemu Belgium awal pagi tadi, Bruno Fernandes telah digelecek sebanyak tiga kali walau beliau hanya dimasukkan pada minit ke-55 permainan.

Ia merupakan statistik yang sangat teruk dicatatkan oleh maestro seperti Fernandes dalam perlawanan ini dan para peminat tidak gembira melihat aksi persembahannya.

Sepanjang Euro 2020 ini, Bruno Fernandes beraksi selama 205 minit dengan beliau hanya berjaya mencipta enam peluang, empat percubaan, satu percubaan tepat, tidak berjaya mencetuskan sebarang assists dan langsung tidak menjaringkan gol.

Lebih teruk lagi, beliau telah digelecek enam kali sepanjang 205 minit beliau beraksi dalam saingan Euro 2020 ini, dan ia jelas menunjukkan Fernandes tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Beliau dianggap pemain paling tidak berprestasi kerana melihatkan perbezaan persembahan mantapnya bersama skuad setan merah berbanding bersama Portugal.

Ketika aksi bertemu Jerman sebelum ini, beliau dikritik teruk oleh para peminat dan selepas dari perlawanan tersebut, beliau hilang tempat dalam kesebelasan utama Portugal.

Bekas bintang Arsenal, Lee Dixon menganggap Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi permainan terburuknya ketika kekalahan 4-2 Portugal di tangan Jerman.

Beliau menganggap Fernandes terlalu lembik, tak bertenaga, terlalu berlengah dan tidak berperanan sebagai playmaker yang baik dalam perlawanan tersebut.

Bruno Fernandes merupakan pemain yang paling teruk dalam perlawanan tersebut dan beliau jelas tidak beraksi di tahap yang sepatutnya beliau mampu.

Beliau tidak menunjukkan kemampuannya sebagai playmaker yang baik dalam perlawanan tersebut seperti mana peminat sering lihat aksinya bersama setan merah.

Bekas pemain Sporting CP itu terpaksa di keluarkan pada aksi babak kedua permainan untuk digantikan dengan Joao Moutinho kerana melihatkan aksinya yang semakin teruk.

Dixon antara yang paling lantang mengkritik Fernandes ketika beliau bertugas sebagai pengulas di ITV untuk mengulas perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4-2 berpihak kepada Jerman itu.

β€œSaya rasa seseorang perlu beritahu Fernandes yang dia sekarang sedang ketinggalan 3-1.”

β€œDia hanya berlengah-lengah dengan bola.”

β€œDia ada peluang untuk membawa bola masuk ke ruang kosong dan menghantar bola kepada beberapa pemain di hadapannya.”

β€œDia langsung tak ada tenaga ketika berlari.”

Fernandes hanya diberikan penilaian 5.67 sahaja untuk aksinya dalam perlawanan tersebut oleh WhoScored, dek kerana kekurangan impak yang beliau berikan sepanjang perlawanan.

Beliau langsung tak berjaya untuk mencipta sebarang peluang atau melakukan gelecekan sepanjang tempoh beliau berada di atas padang dalam perlawanan tersebut.

Fernandes sememangnya sering dikritik bakal menjadi buta kayu setiap kali beraksi dalam perlawanan besar, dan beliau sekali lagi membuktikan kenyataan itu dengan mempamerkan rentak permainan hambar bertemu Jerman.

Fernandes ketika bersama setan merah, beliau sering memberikan impak yang positif, beliau bahkan dianggap berseorangan dalam memikul United untuk berada di kedudukan kedua dalam carta liga musim lalu.

Fernandes sering menjadi pemain United yang paling digeruni lawan dek kerana kebijaksanaan beliau sebagai playmaker dan penjaring gol.

Namun begitu, beliau tetap menerima kritikan dari banyak pihak kerana gagal memberi impak ketika beraksi bertemu pasukan besar.

Hari ini, beliau sekali lagi menunjukkan hal yang sama dengan menunjukkan kegugupan dan aksi tidak menentu bila berdepan dengan pasukan besar.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan Fernandes mungkin terlalu penat untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik dengan beliau telah diperah habis ketika beraksi bersama Manchester United.

Fernandes pada musim lalu, beliau telah beraksi sebanyak 72 perlawanan sepanjang musim termasuk di kejohanan Euro 2020 ini, dan beliau bermain dengan bermati-matian di peringkat kelab.

Jadi tidak hairan jika melihat beliau penat dan tak mampu untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

BACA:Β  Sungkitan Super Genius Bruno Fernandes Disudahkan Martial