Bintang Portugal Dedah Kelab Yang Paling Sesuai Untuk Ronaldo Sertai Musim Panas Ini

Bintang Portugal, Jose Fonte mencadangkan kepada Cristiano Ronaldo supaya menyertai kelab yang beliau rasakan akan mampu memberikan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu segala yang dimahukannya.

Fonte tampil memberi cadangan tersebut selepas mendengar yang Cristiano Ronaldo sangat terdesak mahu meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain penyerang berusia 37 tahun itu kembali ke Old Trafford pada tahun lalu dengan yuran perpindahan bernilai £12.85 juta dari Juventus.

Beliau pada ketika ini sudah meminta kepada pihak kelab untuk melepaskannya andai ada kelab lain yang datang untuk mendapatkan khidmatnya.

Cristiano Ronaldo dilaporkan sangat terdesak mahu beraksi di pentas saingan Champions League dan kerana itulah beliau benar-benar bertekad mahu meninggalkan Man Utd.

Memandangkan beliau yakin dirinya mampu beraksi selama tiga ke empat musim lagi, maka Ronaldo mahu menghabiskan sisa-sisa kariernya beraksi di pentas terbesar bola sepak Eropah itu.

Beliau juga dikatakan sangat kecewa melihat bagaimana Man United menguruskan jendela perpindahan mereka pada musim panas ini.

Sepertinya Cristiano Ronaldo benar-benar mahu berpindah pada musim panas ini, tapi ke mana destinasi terbaik untuknya?

Chelsea dilaporkan bersedia untuk membuat bidaan bernilai £14 juta untuk mendapatkan pemain terhebat sepanjang zaman Portugal itu.

Pemilik baharu kelab, Todd Boehly dan pengurus kelab, Thomas Tuchel dilaporkan sudah berbincang berkait urusan perpindahan melibatkan legenda Portugal itu.

Bayern Munich turut dikaitkan dengan bakal menandatangani Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini, namun gergasi Bundesliga itu sudah menyatakan yang mereka tidak merancang untuk mendapatkan khidmat bintang Man Utd itu.

Rakan sepasukan Ronaldo dalam skuad Portugal, Jose Fonte percaya yang pilihan terbaik untuk bekas bintang Juventus itu adalah kembali sertai Real Madrid.

Bercakap kepada talkSPORT pada minggu ini, bekas bintang Southampton dan West Ham itu mendedahkan bahawa:

“Apa saya tahu sekarang adalah dia sangat berminat mahu beraksi dalam saingan Champions League.”

“Dia percaya itu adalah pertandingan terhebat dalam dunia bola sepak dan dia tahu dia perlu bermain di situ untuk Ballon d’Or.”

“Bercakap tentang Manchester United, saya rasa mereka ada pengurus yang bagus. Saya beraksi dua kali bertemu Ajax dan saya sangat teruja dengan cara mereka bermain serta philosophy yang mereka ada.”

“Dia perlu menang piala dan bersaing untuk Piala dalam usaha dia untuk menang Ballon D’or. Dia pemenang sejati, semua orang tahu itu.”

“Dia mungkin akan melihat pada skuad, dan fikir, ‘Adakah saya mampu untuk menang Piala tahun ini?’ mungkin dia tak yakin. Saya tak tahu. Hanya dia saja yang tahu.”

“Perlu ke dia pergi ke Madrid? Itu masuk akal untuk dia, saya rasa itu yang terbaik.”

Tambah Fonte lagi.

“Sama ada Real Madrid mahukan dia semula atau tidak, itu akan jadi soalan berbeza.”

Perlukah Ronaldo kembali ke Santiago Bernabeu, dan mengakhiri kariernya di tempat yang menaikkan nama beliau menjadi pemain terhebat sepanjang zaman?

Memandangkan Real Madrid juga turut sedang mencari pemain penyerang yang baru bagi memperkuat skuad mereka, maka tak mustahil Ronaldo bakal menjadi pilihan terbaik untuk ditandatangani.

Los Blancos sendiri juga sepertinya tentu tidak ada masalah untuk membawa Ronaldo kembali ke Santiago Bernabeu, kerana mereka sedar bintang Portugal itu bakal membawa impak positif baik di dalam mahupun luar padang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sneijder - 'Aku Boleh Jadi Seperti Messi Atau Ronaldo, Tapi Aku Je Tak Nak'