Bintang Sheriff Tiraspol Di Tanya Adakah Beliau Pemain Profesional

Pemain pasukan Sheriff Tiraspol telah ditanya adakah mereka pemain profesional atau bermain sebagai pemain sambilan oleh media Sepanyol.

Soalan tersebut di ajukan selepas kejayaan pasukan dari Moldova itu menewaskan Real Madrid 2-1 dalam aksi saingan Champions League awal pagi tadi.

Gol jaringan Jasurbek Yakhshiboev dan Sebastian Thill mengesahkan kemenangan untuk Sheriff Tiraspol di gelanggang keramat Real Madrid, Santiago Bernabeu.

Berbanding membiarkan para pemain pasukan Sheriff menikmati kejayaan mereka dengan aman, salah seorang wartawan dari El Chiringuito TV telah mengajukan soalan yang tidak menyenangkan kepada mereka.

Daripada mengucapkan tahniah dan menghargai mereka, wartawan tersebut lebih memilih untuk bertanya tentang tahap profesional para pemain pasukan Sheriff Tiraspol.

Klip video tersebut menunjukkan bagaimana pemain pertahanan, Gustavo Dulanto yang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang perlawanan, ditanya adakah kesemua pemain Sheriff Tiraspol hanya bermain bola sepak, atau mereka ada kerja hakiki yang lain.

Soalan tersebut mungkin sedikit tidak menyenangkan kerana ia seolah-olah meragui tahap profesional para pemain pasukan yang berjaya menewaskan Real Madrid itu.

Selain Madrid, Sheriff sebelum ini turut berjaya menewaskan Shakhtar Donetsk dalam aksi perlawanan pertama peringkat kumpulan, dan mereka sepertinya sudah hampir pasti untuk mara ke pusingan kalah mati.

Dulanto sendiri sepertinya malas mahu menjawab soalan tersebut dengan melihat kepada reaksi yang beliau tunjukkan.

Sambil mengangguk, Dulanto menyatakan yang ya, mereka semua merupakan pemain bola sepak profesional dan tidak mempunyai kerja hakiki yang lain.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelloti turut terkejut dengan kekalahan yang menimpa anak-anak buahnya dengan beliau agak speechless melihat keputusan perlawanan.

“Saya sedikit sedih dengan saya sebenarnya merasakan kami berhak untuk menang.”

Jelas pengurus dari Itali itu.

“Kamu boleh kata itu nasib malang, kami kalah dalam perlawanan dan kami kalah tipis. Mereka menjaringkan gol menerusi serangan balas dan dari lontaran ke dalam. Kami berjaya melakukan banyak percubaan tepat, tapi kadang kala nasib memang tidak menyebelahi kamu.”

“Semuanya berjalan dengan lancar dan baik untuk mereka. Semuanya serba tidak kena untuk kami.”

“Kami berjaya melakukan banyak percubaan.”

Jelas pemain defensive midfielder, Casemiro.

“Penjaga gol mereka banyak melakukan aksi penyelamatan dan saya rasa saya perlu ucapkan tahniah atas dua gol yang berjaya mereka jaringkan.”

“Kami berjaya mengawal permainan, ada banyak peluang dan mereka menjaringkan gol yang sangat cantik.”

Los Blancos selepas ini bakal terbang ke Ukraine untuk beraksi bertemu Shakhtar Donetsk, dengan mereka sangat berharap agar berjaya untuk mencatatkan kemenangan.

Sheriff Tiraspol pula selepas ini akan turun beraksi bertemu Inter Milan di San Siro pada bulan hadapan, dan seandainya mereka berjaya mencatatkan kemenangan ketiga, maka harapan untuk wakil Moldova itu ke peringkat kalah mati sudah terjamin.

BACA:  David Beckham Rayu Zinedine Zidane Supaya Tewaskan Liverpool