Bintang Venezuela Ini Hampir Tamatkan Karier Messi Dengan Melakukan Terjahan Teramat Bahaya

Lionel Messi bernasib baik kerana berjaya mengelak dari mengalami kecederaan parah selepas beliau terkena terjahan keras yang mungkin boleh mengakhiri kariernya.

Insiden tersebut telah berlaku ketika aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia yang menemukan antara Argentina bertemu Venezuela awal pagi tadi.

Argentina berjaya menewaskan Venezuela 3-1 dalam perlawanan tersebut, dengan Lautaro Martinez, Joaquin Correa dan Angel Correa catat nama sebagai penjaring gol.

Venezuela terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Adrian Martinez melakukan terjahan yang sangat bahaya ke atas Lionel Messi pada aksi babak pertama permainan.

Martinez dianggap melakukan terjahan yang sebenarnya berpotensi untuk menamatkan karier bintang baharu Paris Saint Germain itu.

Beliau betul-betul mensasarkan tulang keting Messi dengan pengadil perlawanan kemudiannya melayangkan kad merah kepada pemain bernombor enam Venezuela itu selepas merujuk VAR.

Martinez meletakkan Argentina satu gol dihadapan sebelum rehat separuh masa, dengan J. correa dan A. Correa menjaringkan dua lagi gol pada aksi babak kedua permainan.

Yeferson Soteldo cuba untuk memberi saingan pada Argentina namun mereka hanya mampu menjaringkan satu gol saguhati sahaja pada minit ke-94 permainan.

Walau bagaimanapun, insiden paling mencuri tumpuan dari perlawanan ini adalah ketika Messi diterjah teruk dan ia sebenarnya mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat.

Ramai yang bimbang Messi bakal mengalami kecederaan teruk dan mungkin kariernya akan berakhir selepas diterjah teruk seperti itu.

Mujurnya Messi berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan mampu untuk meneruskan permainan seperti biasa.

Peminat di media sosial mengecam tindakan dari Adrian Martinez yang melakukan terjahan tersebut.

“Menyakitkan hati, terjahan seperti itu tak sepatutnya dilakukan oleh dia. Adakah dia memang nak tamatkan karier Messi?”

“Saya tak rasa dia perlu lakukan terjahan itu, memang bahaya, dia boleh patahkan kaki Messi. Gila!”

“Mujur Messi masih boleh kembali bermain, itu bukti nyata dia GOAT! Itu pun masih ada peminat kata dia tak akan boleh bersaing dalam saingan Premier League.”

“Nasib baik dia OK, bila tengok gerak perlahan saya seram sejuk. Memang terjahan yang sangat menyeramkan.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang merasakan terjahan dari Adrian Martinez sangat keterlaluan.

Messi akan kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina selepas ini bertemu Brazil, dan ia merupakan pertemuan semula antara kedua-dua pasukan tersebut selepas aksi perlawanan akhir Copa America.

Perlawanan terakhir Messi pada rehat antarabangsa ini adalah bertemu Bolivia nanti dan selepas itu beliau akan kembali sertai sesi latihan bersama Paris Saint Germain.

Para peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi Messi bersama PSG, dengan semua mahu melihat gandingan antara beliau, Neymar dan Kylian Mbappe.

Messi sebelum ini sudah diturunkan untuk beraksi bertemu Reims dengan beliau dalam perlawanan tersebut dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Neymar.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Diejek Dengan Laungan Messi! Messi!