Pengawal keselamatan Lionel Messi, Yassine Cheuko akhirnya tampil mendedahkan sikap sebenar Lionel Messi setelah dia kenal rapat dengan pemain itu.
Ternyata Yassine Cheuko mengagumi keperibadian Lionel Messi yang dianggap sangat merendah diri dan baik hati, tak macam sesetengah manusia yang suka meninggi diri setelah berjaya dalam hidup seperti melabur dalam forex atau QM.
Sikap humble ini mirip kepada slogan Arsenal yang sentiasa kekal humble, kata penyokong mereka.
If Arsenal’s Season has taught me anything it’s to stay humble and keep working consistently. It’s never the end till the end. I’m hoping they teach me how to bounce back and implement next season ♥️🙏🏾 pic.twitter.com/tHhNuQvy1q
— Izzy The Conspirator¹🇨🇲 (@izzy_glen23) May 15, 2023
Cheuko dilantik oleh David Beckham menjadi ketua pengawal keselamatan peribadi Messi, dan dia seringkali viral kerana berkejaran dengan peminat yang mahu menghampiri Messi.
Cheuko ketika mula bekerja dengan Messi tidak menyangka pemain itu sangat ramah dan mesra. Kerana media seringkali menggambarkan Messi sebagai tidak pandai bergaul.
“Messi tidak pernah menganggap atau melayan saya sebagi pengawal peribadinya. Dia menganggap saya seperti sahabatnya. Dia langsung tidak pernah merendah rendahkan saya.” tegas Cheuko sambil tersenyum mesra.
Cheuko juga memberitahu bahawa dia dan Messi suka bersembang santai dan bergelak ketawa. Langsung tidak seperti bos dengan pekerja.
Dia menambah: “Saya dan Messi suha bergelak ketawa, dan saling mengenali antara satu sama lain.
“Dia malah selalu mengundang saya untuk makan tengahari sekali dengannya. Dia melayan saya dengan baik sekali.”
Cheuko kemudian berkongsi momen di mana Messi meminta dia memegang trofi Ballon d’Or yang dimenanginya dengan cara sangat spontan.
“Ketika Messi memenangi Ballon d’Or kan, kami ada dalam jet peribadi. Dia berkata kepada saya, Yassine, kamu peganglah Ballon d’Or ini.
“Mula mula saya fikir dia arahkan saya untuk letakkan trofi Ballon d’Or itu di tempat lain. Kemudian dia memberitahu isteri dan anak lelaki saya, ‘Inilah pengawal peribadi terbaik di dunia,” jelas Cheuko yang terharu apabila Messi menghargainya dengan simbolik seperti itu.
“Itu adalah momen terindah dalam karier saya sebagai seorang pengawal peribadi, dan ianya diucapkan oleh pemain terbaik dunia,” tegas Cheuko yang tidak menyangka bahawa dia berkesempatan menjaga GOAT bola sepak itu.
Layanan Lionel Messi kepada dia dan keluarganya membuatkan Yassine Cheuko seperti sebahagian daripada keluarga Messi.
“Saya merasa diri saya seperti sebahagian daripada keluarganya. Ya, saya bekerja keras melindunginya secara fizikal dan psikologi dengan sedaya upaya yang saya mampu. Ini kerana Messi benar benar mempercayai saya, dan saya akan memberikan perhatian sepenuhnya ke atas keselamatannya. Dia seorang manusia yang sangat rendah diri.”