Bruno Fernandes Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Berganda

Pemain tonggak dan harapan Manchester United yang dikatakan sering hilang dalam perlawanan besar, Bruno Fernandes dilaporkan bakal menikmati kenaikan gaji yang berganda yang agak lumayan.

Bruno Fernandes bakal menggandakan gajinnya ketika ini kepada lebih £200,000 seminggu dan meletakkan beliau berada ditangga kelima sebagai pemain menerima bayaran tertinggi.

Pemain tengha Portugal itu telah mempamerkan aksi yang padu sejak tiba setahun yang lalu dan terus menjadi nadi Setan Merah.

Musim lalu selepas kehadiran Bruno Fernandes, Manhcester United menamatkan liga ditempat ketiga selepas pada suatu ketika seperti tiada harapan untuk beraksi di Eropah.

Untuk musim terkini, Bruno Fernandes telah menjaringkan 22 gol dan mencipta 13 bantuan gol dalam semua kejohanan dan meletakkan Setan Merah ditangga kedua.

Sementara itu saingan Manchester United di Piala FA dan Europa League masih lagi ada walaupun sukar untuk mengejar Manchester City.

Namun Bruno Fernandes masih dianggap tidak hebat kerana selalu hilang dalam perlawanan besar dan bergantung kepada sepakan penalti.

Tetapi impak yang dibawa oleh Bruno Fernandes sudah teramat besar dan dengan bayaran harga £67 juta dengan kontrak 5.5 tahun setakat ini boleh dikatakan sangat berbaloi.

Permainan bola sepak adalah satu permainan berpasukan maka tidak wajar untuk meletakkan tanggungjawab mencari kemenangan dibahu Fernandes.

Menurut laporan the sun kerana prestasi cemerlang membolehkan beliau meraih imbuhan dengan kenaikan gaji.

Laporan menyatakan bahawa Bruno Fernandes kini berada di tangga ketujuh pemain dengan gaji tertinggi dan David De Gea memegang tampuk kekayaan dengan gaji £375,000 juta seminggu.

Paul Pogba pula berada ditempat kedua dengan pendapatan £290,000 seminggu. Trio serangan Anthony Martial, Edinson Cavani dan Marcus Rashford masing-masing meraih £200,000 seminggu.

Kapten Marvel, Harry Maguire pula berada ditangga keenam setakuk di atas Bruno Fernandes dengan gaji £190,000 seminggu.

Untuk tempoh 5 bulan pertama, Bruno Fernandes telah menunjukkan kemapuannya dengan menjaringkan 12 gol dalam 12 perlawanan dan memacu United ke tempat emapt teratas.

Bruno Fernandes dilaporkan akan diharamkan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk menyertai tugasan antarabangsa bersama Portugal kerana Portugal berada dalam zon merah.

Jurgen Klopp merupakan pengurus pertama yang membuat pengharaman tugasan antarabangsa kerana pemain perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari selepas kembali dari zon merah.

Senarai Gaji Pemain Manchester United

Berikut merupakan senarai gaji pemain Manchester United secara mingguan dan tahunan daripada yang tertinggi hingga terendah:

1. David De Gea – £375,000 – £19,500,000

2. Paul Pogba – £290,000 – £15,080,000

3. Anthony Martial – £250,000 – £13,000,000

4. Edinson Cavani – £210,000 – £10,290,000

5. Marcus Rashford – £200,000 – £10,400,000

6. Harry Maguire – £189,904 – £9,875,000

7. Bruno Fernandes – £180,000 – £9,360,000

8. Juan Mata – £8,320,000 – £160,000

9. Luke Shaw – £150,000 – £7,800,000

10. Fred – £120,000 – £6,240,000

11. Victor Lindelof – £120,000 – £6,240,000

12. Nemanja Matic – £120,000 – £6,240,000

13. Donny van de Beek – £120,000 – £6,240,000

14. Dean Henderson – £100,000 – £5,200,000

15. Alex Telles – £93,077 – £4,840,000

16. Aaron Wan-Bissaka – £90,000 – £4,680,000

17. Eric Bailly – £80,000 – £4,160,000

18. Phil Jones – £75,000 – £3,900,000

19. Sergio Romero – £70,000 – £3,640,000

20. Brandon Williams – £65,000 – £3,380,000

21. Mason Greenwood – £35,000 – £1,820,000

22. Lee Grant – £30,000 – £1,560,000

23. Scott McTominay – £20,000 – £1,040,000

BACA:  Amaran Fernandes Buat Lawan Gerun: "Saya & Fans United Akan Bawa Piala Balik Ke Old Trafford"