Bruno Fernandes Dikecam Teruk Kerana Terlalu Lembik Ketika Beraksi Bertemu Jerman

Bekas bintang Arsenal, Lee Dixon menganggap Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi permainan terburuknya ketika kekalahan 4-2 Portugal di tangan Jerman.

Beliau menganggap Fernandes terlalu lembik, tak bertenaga, terlalu berlengah dan tidak berperanan sebagai playmaker yang baik dalam perlawanan ini.

Walaupun Portugal pada awalnya mendahului permainan 1-0 hasil jaringan dari Cristiano Ronaldo pada minit ke-15 permainan, Juara bertahan Euro itu beraksi dengan sangat hambar dalam perlawanan ini.

Jerman dilihat begitu mudah untuk mengawal tempo dan mendominasi keseluruhan permainan dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Allianz Arena itu.

Bruno Fernandes merupakan pemain yang paling teruk dalam perlawanan ini dan beliau jelas tidak beraksi di tahap yang sepatutnya beliau mampu.

Beliau tidak menunjukkan kemampuannya sebagai playmaker yang baik dalam perlawanan ini seperti mana peminat sering lihat aksinya bersama setan merah.

Bekas pemain Sporting CP itu terpaksa di keluarkan pada aksi babak kedua permainan untuk digantikan dengan Joao Moutinho kerana melihatkan aksinya yang semakin teruk.

Dixon antara yang paling lantang mengkritik Fernandes ketika beliau bertugas sebagai pengulas di ITV untuk mengulas perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4-2 berpihak kepada Jerman itu.

“Saya rasa seseorang perlu beritahu Fernandes yang dia sekarang sedang ketinggalan 3-1.”

“Dia hanya berlengah-lengah dengan bola.”

“Dia ada peluang untuk membawa bola masuk ke ruang kosong dan menghantar bola kepada beberapa pemain di hadapannya.”

“Dia langsung tak ada tenaga ketika berlari.”

Fernandes hanya diberikan penilaian 5.67 sahaja untuk aksinya dalam perlawanan ini oleh WhoScored, dek kerana kekurangan impak yang beliau berikan sepanjang perlawanan.

Beliau langsung tak berjaya untuk mencipta sebarang peluang atau melakukan gelecekan sepanjang tempoh beliau berada di atas padang dalam perlawanan ini.

Fernandes sememangnya sering dikritik bakal menjadi buta kayu setiap kali beraksi dalam perlawanan besar, dan beliau sekali lagi membuktikan kenyataan itu dengan mempamerkan rentak permainan hambar bertemu Jerman.

Menjelang aksi perlawanan tersebut, Graeme Souness telah mengkritik sikap panas baran yang sering ditunjukkan oleh Fernandes ketika beliau rasa kecewa terhadap sesuatu.

Bekas pemain midfield Liverpool itu mengakui yang beliau bersama rakan sepasukannya dahulu tidak akan terima perangai dan sikap pemain seperti Fernandes.

Walau bagaimanapun, dari segi aksi dan bakat, beliau tetap mengakui yang Fernandes sememangnya pemain yang hebat dan luar biasa.

“Dia seorang pemain yang sungguh berbakat, luar biasa, terlalu banyak hal yang boleh dipuji tentang dia. Dia seorang penyerang yang hebat dengan bola, ketika dia merembat bola, dia akan pastikan penjaga gol bekerja keras untuk menyelamatkan rembatannya.”

“Saya pernah bermain dengan pemain yang tak boleh terima dengan satu hal yang kamu baru lakukan, panas baran, dan kamu tahu, dia tak akan dapat bola, dia hanya akan melambai saja meminta bola tapi tak ada orang peduli.”

“Dia tak akan bertahan lebih dari lima minit dalam bilik persalinan saya, walaupun dia seorang pemain yang berbakat hebat.”

Fernandes ketika bersama setan merah, beliau sering memberikan impak yang positif, beliau bahkan dianggap berseorangan dalam memikul United untuk berada di kedudukan kedua dalam carta liga musim lalu.

Fernandes sering menjadi pemain United yang paling digeruni lawan dek kerana kebijaksanaan beliau sebagai playmaker dan penjaring gol.

Namun begitu, beliau tetap menerima kritikan dari banyak pihak kerana gagal memberi impak ketika beraksi bertemu pasukan besar.

Ketika aksi bertemu Hungary sebelum ini, Fernandes masih berada di tahap persembahan terbaiknya, namun beliau tidak berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.

Ketika aksi bertemu Jerman, beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan telah dikritik teruk kerana beliau mempamerkan aksi yang sangat hambar dalam perlawanan ini.

Statistik yang dicatatkan oleh Fernandes dalam perlawanan ini boleh dianggap antara yang paling teruk pernah dicatatkan olehnya sepanjang musim ini.

Kekalahan 4-2 bertemu Jerman telah menyukarkan laluan Portugal untuk mara ke pusingan 16 terbaik sebagai juara atau naib juara kumpulan.

Ia kerana kumpulan paling maut dalam saingan Euro 2020, kumpulan F ketika ini sedang sengit dengan semua pasukan berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Satu lagi aksi perlawanan dari kumpulan F yang menemukan Perancis dan Hungary awal pagi tadi berakhir dengan keputusan seri.

Hungary berjaya mengejutkan banyak pihak atas kejayaan mereka untuk mengikat Juara Dunia 2018, Perancis 1-1 di Puskas Arena awal pagi tadi.

Portugal selepas ini akan bertemu Perancis untuk aksi terakhir perlawanan peringkat kumpulan, sementara Jerman pula akan melayan kunjungan Hungary ke bumi Munich.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Dua Kekuatan Ten Hag Yang Tiada Pada Ole dan Rangnick