Bruno Fernandes Dedah Dua Kekuatan Ten Hag Yang Tiada Pada Ole dan Rangnick

Bruno Fernandes telah mendedahkan dua kekuatan utama yang teramat penting yang ada pada Erik Ten Hag namun tiada pada dua orang pengurus terdahulu iaitu Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.

Pemain tengah Manchester United itu telah menyebut bahawa kestabilan dan disiplin yang lama hilang telah dibawa kembali oleh oleh Erik ten Hag sebagai perubahan penting di Old Trafford.

Pemain Portugal itu itu telah menjadi pemain tonggak sejak pengurus Belanda itu tiba untuk memimpin The Red Devils dan kini sedang berusaha untuk merebut empat kedudukan teratas selepas permulaan musim yang amat buruk.

Erik Ten Hag telah dilantik pada musim panas dan ditugaskan untuk memulihkan kejayaan di Old Trafford kerana kelab itu menggajinya dengan tujuan pembangunan semula kelab untuk tempoh jangka panjang.

Bruno Fernandes kini bekerja di bawah pengurus ketiganya yang bertukar ganti sejak berpindah ke Manchester pada 2020 setelah sebelum ini melihat Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick mengambil alih tugas.

Kedua-dua pengurus itu telah dikritik hebat atas beberapa sebab berbeza – yang pertama kerana kekurangan pengalaman manakala yang kedua tidak pernah melatih pasukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Erik Ten Hag walaupun tiba berikutan kejayaan bersama Ajax dan telah terbukti menjadi mengetuai tugas yang sukar dengan kaedahnya jelas menarik perhatian Bruno Fernandes.

Dia memberitahu NBC Sports :

“Anda menikmatinya apabila anda memenangi perlawanan, jika anda menang, semua orang akan lebih gembira. Penyerang mahu mendapatkan gol mereka, bantuan gol mereka, perkara seperti itu sentiasa penting untuk semua orang.

“Saya fikir perkara utama untuk kami, kerana kami telah berada dalam saat-saat sukar dengan pertukaran jurulatih.

“Jadi kami mendapati kini jurulatih yang memberikan kami kestabilan, yang sangat penting dan sesuatu yang hilang dan disiplin yang besar.”

“Itu, bagi saya, adalah sesuatu yang besar dalam pasukan kami yang kami perlukan.”

“Saya fikir dalam pasukan kami, kami kehilangan sedikit perkara itu dan saya fikir sekarang semua orang memahami bahawa anda melakukan apa sahaja yang anda perlu lakukan atau anda keluar.”

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menyelar disiplin buruk pasukannya, tetapi tidak dapat menanganinya sebelum dipecat musim lalu kerana gagal mengawal karenah pemain bintang.

Penggantinya, Ralf “Bapa bola sepak Jerman’ Rangnick, kemudiannya diupah sebagai pengurus interim sebelum meneruskan tugas sebagai perunding kelab, tetapi rancangan itu dibatalkan berikutan ketibaan Erik Ten Hag kerana kelab itu mengubah strategi mereka sekali lagi.

Manchester United kini telah memenangi sembilan daripada 13 perlawanan liga terakhir mereka, yang menjadikan mereka satu mata di belakang Tottenham Hotspurs di tempat keempat dengan satu perlawanan dalam tangan.

Pengurus Belanda itu telah diberikan kontrak selama empat tahun di Manchester kerana dia berhasrat untuk menamatkan kemarau trofi yang bermula sejak 2017.

Ketika mula dilantik terdapat keraguan munasabah tentang kemampuan Erik Ten Hag untuk mengendalikan kelab besar berbanding Ajax yang rata-rata dibarisi pemain muda.

Tahap disiplin yang diamalkan oleh Erik Ten Hag nyata sangat keras sama seperti di zaman Sir Alex Ferguson dan keraguan terbesar terhadap Ten Hag adalah bagaimana mahu mengawal pemain bintang.

Terlebih dahulu Ten Hag terus menendang Ralf Rangnick keluar selaku perunding yang dilihat akan mengganggu urusan kerjanya dengan kehadiran Rangnick.

Saga dan kontroversi Ronaldo adalah perkara yang terbesar perlu dihadapi Ten Hag untuk mewujudkan kestabilan dan keharmonian di bilik persalinan.

Ten Hag beberapa kali memberi peluang kepada Ronaldo apabila membuat perangai dan tantrum namun kerana bual bicara kontroversinya bersama Piers Morgan menamatkan karier kali keduanya di Manchester United.

Dari segi kepakaran dan falsafah bola sepak Ten Hag sudah terbukti dan kini dia sudah membuktikan dia mampu mengendalikan kelab besar dan karenah pemain bintang untuk mewujudkan kestabilan dengan menerapkan disiplin yang tinggi.

BACA:  Legenda Man Utd Risau Kerana Ten Hag Tidak Dapat Sokongan Yang Cukup Dari Kelab