Erik Ten Hag Telah Kembalikan Peraturan Ferguson Pada Hari Pertama Latihan Pramusim

Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag telah mengembalikan peraturan yang pernah diguna pakai oleh semasa era kegemilangan Sir Alex Ferguson pada hari pertama dia mengendalikan latihan pramusim.

Pada isnin lalu menyaksika Erik Ten Hag telah mengendalikan latihan pertamanya bersama Manchester United menyaksikan beberapa orang pemain pasukan utama dan pemain bawah 21 tahun telah kembali.

Erik Ten Hag kelihatan tiba di kompleks latihan AON sekitar jam 8 pagi selepas ketibaan penolong pengurus, Steve McClaren.

Menurut laman sesawang Manchester Evening News, Erik Ten Hag segera melaksanakan salah satu daripada peraturan ketat Sir Alex Ferguson dengan serta merta.

Pada hari pertama sekumpulan pemain tiba pada jam 9:30 pagi, manakala kumupulan kedua tiba pada jam 11:30 pagi.

Ramai pemain telah hadir pada hari Jumaat untuk ujian perubatan wajib dan melakukan latihan di gim sebelum mengambil bahagian dalam latihan larian dan latihan bola selama dua jam pada hari Isnin.

Mungkin tidak berpuashati dengan disiplin dan masa kedatangan para pemainnya, Erik Ten Hag telah mengarahkan pemain untuk hadir di Carrington pada jam 9 pagi tepat.

Peraturan ini sama yang pernah dilakukan Sir Alex Ferguson selama 26 tahun berkhidmat di kelab.

Di bawah Ole Gunnar Solskjaer, pemain dibenarkan dan dimanjakan serta dibolehkan datang pada pukul 10 pagi dan pendekatan pengurusan warga Norway itu telah disifatkan sebagai “lembut”.

Ole Gunnar Solskjaer mengelak daripada meletak kenderaan di ruang yang diperuntukkan untuk pengurus itu sebagai tanda penghormatan kepada petak parking pengurus lama Ferguson dan bukan cara kerja Ferguson.

Sebelum ini sebagai persediaan pramusim Ten Hag telah mengarahkan kakitangan padang untuk memangkas rumput sehingga tepat ukurannya 15mm untuk membolehkan pemain meningkatkan tahap kepantasan supaya pemain dapat mengikut gaya hantaran corak permainan yang dia mahukan.

Pengurus dari Belanda itu akan memantau tahap kecergasan keseluruhan pemainnya untuk tempoh dua hari pertama latihan.

Aspek kecergasan sudah pasti akan menjadi keutamaan sebalik kembali dari cuti diterapkan bersama latihan hantaran bukannya hanya latihan berasaskan kecergasan semata-mata.

Ten Hag berharap dapat mencontohi apa yang dicapai oleh Sir Alex Ferguson di kelab itu, dan nampaknya dia akan melaksanakan peraturan yang pertama kali diperkenalkan oleh Ferguson.

Bekas jurulatih Ajax itu memberitahu pemainnya bahawa mereka mesti makan bersama dan bersosial bersama selepas latihan dalam usaha untuk meningkatkan semangat berpasukan dan suasana keseluruhan di bilik persalinan.

Sejak Ferguson bersara, tradisi pemain makan bersama perlahan-lahan pudar dan hilang dengan pemain dikatakan akan makan di restoran kakitangan pada bila-bila masa yang mereka mahu dan ada beberapa pemain terus pulang ke rumah atau ke gim selepas latihan.

Mulai sekarang, dilaporkan Erik Ten Hag dan kakitangan yang menjadi tulang belakangnya akan turut serta bersama pemain semasa waktu makan.

Hubungan dan interaksi antara pemain penting di dalam padang dan untuk mewujudkan keserasian itu, hubungan ini boleh dimulakan di meja makan.

Manchester United sudah bersedia untuk jelajah pra-musim ke Australia dan Asia Tenggara pada bulan Julai.

Jelajah pramusim United akan menyaksikan mereka terbang ke Bangkok, Thailand, untuk perlawanan persahabatan menentang Liverpool, sebelum mereka menentang Melbourne Victory, Crystal Palace dan Aston Villa di Australia.

Dua perlawanan terakhir akan menentang pasukan Sepanyol di Atletico Madrid dan Rayo Vallecano, perlawanan terakhir akan berlangsung di Old Trafford pada 31 Julai.

BACA:  Reaksi Van de Beek Ketika Sedar Yang Penyokong Man Utd Masih Sayangkan Beliau