Bruno Fernandes Terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang

Pemain sensasi dan tonggak baharu Manchester United, Bruno Fernandes terus mempamerkan aksi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bruno Fernandes akhirnya berjaya membuka akaun gol bersama Manchester United di Premier League selepas mengharungi tiga perlawanan.

Manchester United telah berjaya menewaskan Watford dengan penuh bergaya sekali, tiga gol tanpa balas.

Fernandes berjaya membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-42 selepas dijatuhkan oleh penjaga gol Watford, Ben Foster.

Jaringan Fernandes telah berjaya mengakhiri kemarau gol selama 236 Setan Merah di Old Trafford.

Untuk rekod, Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan kesemua 13 penalti yang di ambil dalam perlawanan kelas atasan.

Kesemua 12 penalti bersama Sporting Lisbon dan Satu untuk Setan Merah setakat ini.

Kali terakhir Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti adalah pada April 2016 ketika menentang Udinese.

Pemain Portugal itu juga telah mencipta satu bantuan gol untuk gol ketiga hasil jaringan rembatan padu Mason Greenwood.

“Biasanya aku akan terus merembat tapi kadang kala aku akan menukar cara.”

“Hari ini aku rasa yakin untuk membuat sepakan seperti itu dan jaringan itu adalah boek.”

Itulah pengakuan Bruno Fernandes tentang sepakan penalti yang dilakukan beliau.

Teknik sepakan penalti yang dilakukan oleh Burno Fernandes itu menunjukkan keyakinan diri yang tinggi ada pada dirinya.

Bruno Fernandes Pemain Terbaik Perlawanan

Bruno Fernandes telah menadaptasi di Premier League dengan sangat lancar dan memberi sinar harapan kepada Manchester United setakat ini tanpa rasa melekit.

Dengan satu jaringan dan satu bantuan gol Bruno Fernandes sekali lagi dipilih oleh peminat Manchester United sebagai pemain terbaik perlawanan.

Aksi Fernandes ini telah berjaya menggantikkan kekosongan dan kreativiti jentera tengah Setan Merah sejak ketiadaan Paul Pogba yang masalah tidak cergas.

Sejak kehadiran Fernandes, bahagian tengah Setan Merah kembali hidup dan berfungsi serta menunjukkan kepada semua kini Manchester United bermain bola sepak dan bukan lagi galah panjang.

Perkara asas telah dilakukan dengan jayanya dengan melepaskan bola dengan pantas, mencari ruang dikawasan bahaya dan membantu dalam merencana gerakan disegenap padang.

Bekas pemain Sporting Lisbon ini merupakan seorang pemain nombor 10 yang konvensional jika dibandingkan dengan Paul Pogba.

Tetapi Bruno telah membuktikan bahawa beliau memiliki ciri-ciri seperti mana yang ada pada Pogba yang sentiasa Setan Merah rindui.

Kelebihan Bruno Fernandes dengan rembatan jarak jauh merupakan satu bisa yang akan menjadi satu senjata pemusnah buat lawan suatu hari nanti.

Hantaran yang dilakukan juga cemerlang yang membolehkan peluang dicipta dan beliau telah menjadi satu contoh yang baik walaupun kurang sebulan di Old Trafford.

Bruno Fernandes jarang untuk melakukan hantaran kebelakang dan sentiasa akan mencuba menghantar bola ke atas merupakan satu perkara yang tiada di Manchester United sebelum ini.

Statistik perlawanan menentang Watford membuktikan kenapa Fernandes terus diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan buat kali ketiga berturut-turut.

100% Gelecekan sempurna
3 Gelecekan sempurna
100% menang terjahan
85 Sentuhan
71% ketepatan hantaran
5 open play crosses
4 Cipta peluang
3 fouls won
3 percubaan
1 penalti
1 assist
1 gol

BACA:  Gol Ajaib, No Look Header Amad Diallo Hasil Umpanan Genius Bruno Fernandes