Cara Aneh Cristiano Ronaldo Raikan 400 Juta Pengikut Di Laman Instagram

Peminat dunia bola sepak dikejutkan dengan siaran langsung aneh Cristiano Ronaldo di laman instagram miliknya dengan ramai yang keliru apa sebenarnya dilakukan oleh beliau.

Rio Ferdinand bahkan turut meninggalkan komen di siaran langsung tersebut dengan beliau jelas sekali tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh legenda bola sepak Portugal itu.

Ronaldo membuat siaran langsung di laman instagram miliknya ketika beliau sedang masuk ke sauna peribadi miliknya pada malam kemarin.

Ada satu ketika, hampir 700,000 penonton yang menonton siaran langsung tersebut, dengan pemain berusia 37 tahun itu hanya melihat kamera tanpa bercakap apa-apa.

Ronaldo turut menunjukkan kepada peminat halaman belakang rumahnya dengan bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand bingung memikirkan apa yang cuba disampaikan olehnya.

“Apa yang kamu lakukan bro?”

Tulis Ferdinand di ruangan komen dalam siaran langsung tersebut bersama emoji ketawa.

Jelas sekali hal itu telah menjadi topik perbualan hangat para peminat, dengan rata-rata dari mereka masih tak faham apa yang cuba dilakukan oleh Cristiano Ronaldo.

“Ronaldo sudah ada 400 juta pengikut di laman instagram dan dia masih tak tahu bagaimana cara sebenar menggunakan platform itu.”

“Ajaibnya walau saya tak faham apa yang cuba dia sampaikan, tapi saya terhibur dan saya tonton siaran langsung itu sampai habis.”

“Macam melihat seorang lelaki tua yang pertama kali jumpa butang siaran langsung, tak sangka dia juga seorang yang lucu.”

“Kenapa dia masuk dalam sauna, pusingkan kamera ke arah muka dia tapi dia langsung tak bercakap walau sepatah? Apa yang cuba dia lakukan?”

“Mungkin ini cara dia meraikan 400 juta pengikut, dengan membuat siaran langsung tanpa tujuan.”

Ronaldo baru-baru ini berjaya menjadi manusia pertama dalam dunia yang berjaya mengumpul 400 juta pengikut di laman instagram.

Beliau kini mempunyai lebih 100 juta pengikut berbanding seteru terdekatnya, Kylie Jenner yang kini memiliki 309 juta pengikut.

Pengikut beliau bertambah sebanyak 163 juta​ dalam tempoh lima bulan terakhir ini, dengan pendapatan beliau untuk setiap muat naik turut didedahkan pada ketika ini.

Berapa Ronaldo dapat untuk satu post di Instagram

Pemain bola sepak yang mempunyai nilai komersil yang paling tinggi ketika ini, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama mempunyai pengikut di laman Instagram yang mencecah angka sehingga 400 juta (ketika artikel ini ditulis pengikut Ronaldo di Instagram sudah mencecah 401 juta).

Dengan jumlah pengikut menghampiri setengah bilion di Instagram rasmi Cristiano Ronaldo secara tidak langsung telah melonjakkan nilai satu post atau hantaran berbayar kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Harga satu post di Instagram Ronaldo ini adalah tiga kali berbanding gaji mingguan Ronaldo bersama Setan Merah yang semakin sendu yang dilaporkan sekitar mencecah £480,000 seminggu.

Kalau empat post sahaja Ronaldo layan sebulan kau kira la sendiri.

Peningkatan mendadak pengikut Ronaldo ini selepas beliau kembali bersama Manchester United. Pada September 2021, Instagram Ronaldo mempunyai 237 juta pengikut je.

Selepas 5 bulan pengikut Instagram Ronaldo telah mencecah 400 juta dengan peningkatan 163 juta orang pengikut dalam tempoh tersebut.

Angka 400 juta pengikut itu dicapai Ronaldo hanya sehari selepas beliau meraikan harijadinya ke-37 mengatasi Kylie Jenner yang kini mengumpul 309 juta pengikut.

Berdasarkan laporan, pada 2021, Ronaldo dibayar secara purata sebanya £1,019,100 untuk satu post ataupun RM5,785,894.79 dan kini telah meningkat sejajar dengan kenaikan harga ayam dan telur kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Bagi setiap hantaran Ronaldo di laman Instagramnya akan menerima tanda suka yang berbentuk love secara purata 10 juta sukaan.

Pada 2021 yang lalu, Ronaldo diiktiraf sebagai antara atlet menerima pendapatan paling tinggi oleh Forbes. Salah satu daripada sebabnya adalah peningkatan pendapatan daripada media sosial.

Forbes telah menilai pendapat Ronaldo pada tahun 2021 pada angka £88.6 juta (RM502.65 Juta) ditempat ketiga di belakang Conor McGregor dan Lionel Messi dalam senarai atlet berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2020, pemenang pemain terbaik dunia lima kali ini telah menjadi atlet pertama meraih pendapatan $1 bilion (RM4 bilion) bagi kategori atlit sukan berpasukan yang masih aktif (active team-sport athlete).

Selain bola sepak media sosial dan juga kontrak lumayan sepanjang hayat bersama Nike, Cristiano Ronaldo juga menjana pendapatan melalui jenama pakaian CR7, aksesori, hotel dan gimnasium.

Dan sudah tentunya, Ronaldo akan meningkatkan lagi pendapatannya daripada media sosial pada tahun ini, kerana memang tak ada tanda tanda dia akan berkurangan populariti.

Ronaldo secara perbandingannya, lebih banyak pengikut berbanding dengan 92 kelab bola sepak di England secara keseluruhan.

Ronaldo seringkali memuat naik gambar dengan keluarganya. Gambar latihan dan juga gambar dia melancong serta tempat tempat menarik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Media Arab Saudi Lapor UEFA Sedang Pertimbang Al Nassr Untuk Sertai Champions League Musim Hadapan