Carabao Cup 2020/21: Brighton & Hove Albion 0-3 Manchester United

Brighton & Hove Albion dan Manchester United bertemu lagi selepas beberapa hari bergasak di Premier League dalam perlawanan yang berlangsung dengan kegilaan yang menyaksikan sejarah telah tercipta.

Drama yang gila dalam sejarah apabila Video Assistant Referee(VAR) telah menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan pemain Brighton & Hove Albion selepas wisel penamat dibunyikan.

Bruno Fernandes tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti dan memberi kemenangan 3-2 kepada Machester United.

Menurut International Football Association Board (IFAB), tidak ada had masa diberikan untuk melakukan semakan terhadap insiden dan kemenangan Manchester United adalah sah kerana insiden terjadi ketika perlawanan belum tamat.

Meurut peraturan yang ditulis oleh IFAB:

1. Tidak ada had masa untuk melakukan semakan kerana ketepatan adalah lebih penting dari masa.

2. Proses semakan harus diselesaikan secepat mungkin, tetapi ketepatan keputusan akhir lebih penting daripada kepantasan keputusan dibuat.

Dalam perlawanan pusingan keempat Carabao Cup ini menyaksikan kedua-dua pasukan merehatkan beberapa pemain utama dan kelibat Harry Maguire serta Bruno Fernandes tidak kelihatan dalam senarai.

Setan Merah tampak bermain lebih yakin dalam perlawanan ini sejak musim 2020/21 bermula dan lebih garang untuk menerobos benteng pertahanan Brighton & Hove Albion.

Akhirnya pada penghujung separuh masa pertama Scott McTominay membuka tirai jaringan melalui satu sundulan tajam yang berpunca daripada sepakan percuma cantik Juan Mata.

Pada minit ke-73 Juan Mata yang menjadi nadi Manchester United dalam perlawanan ini telah mencetak nama selaku penjaring sekaligus menggandakan kedudukan untuk gol yang ke-50.

Satu penyudah yang tenang lagi bijak daripada Juan Mata yang dikepung tiga pemain Brighton & Hove Albion selepas Donny Van De Beek membuat satu bacnkheel pass yang cukup genius.

Paul Pogba yang masuk menggantikan Daniel James telah melengkapkan kemenangan 3-0 Manchester United melalui satu sepakan percuma yang sungguh cantik. Mungkin sedikit terbias.

Sepakan Pogba terus ke atas benteng Brighton & Hove Albion namun bolos lolos menuju ke penjuru menghentam tiang sebelum masuk ke gawang.

Gol sepakan percuma pertama Paul Pogba buat Setan Merah dan melengkapkan 33 gol dalam semua kejohanan dan membawa Setan Merah ke suku akhir.

Eric Bailly dan Dean Henderson kebal dibahagian pertahanan yang menyaksikan Brighton & Hove Albion gagal untuk memperoleh jaringan.

Brighton: Steele, White, Dunk, Burn, Veltman, Molumby, Mac Allister, Gross, Bernardo, Jahanbakhsh, Gyokeres

Subs: Sanchez, Maupay, Trossard, Sanders, Cochrane, Roberts, Jenks

Manchester United: Henderson, Dalot, Bailly, Lindelof, Williams, McTominay, Fred, Mata, Van de Beek, James, Ighalo

Subs: Grant, Fosu-Mensah, Mengi, Lingard, Pogba, Greenwood, Rashford

BACA:Β  Xavi Ketepikan 5 Pemain Dari Sertai Sesi Jelajah U.S Dan Mahu Mereka Segera Dijual