Carta Nilai Kekayaan Pemilik Kelab EPL Mengikut Turutan

EPL atau nama panjang dalam kad pengenalannya Liga Perdana Inggeris, telah menerima seorang pemilik baharu selepas sekumpulan pelabur yang diketuai oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital telah sah mengambil alih pasukan Chelsea.

Selepas pengumuman rasmi dibuat, pemilik baharu tersebut memberitahu penyokong apa perasaan mereka selepas berjaya membeli kelab yang telah menggapai kejayaan yang pelbagai di bawah pemilik lama dan pada masa yang sama turut membentangkan secara ringkas apakah rancangan masa depan untuk Chelsea.

Boehly berkata dalam satu kenyataan,”Kami rasa bangga sangat untuk menjadi penjaga baharu Kelab Bola Sepak Chelsea. Kami akan berikan segalanya – 100 peratus – setiap minit dan setiap perlawanan.

“Matlamat kami selaku pemilik ni sangat jelas – kami mahu para penyokong rasa bangga. Bersama-sama komitmen kami untuk menaikkan lagi pasukan belia dan mendapatkan bakat terbaik, rancangan kami adalah untuk melabur ke dalam kelab untuk tempoh jangka masa yang panjang serta membina daripada sejarah Chelsea yang sangat berjaya.

“Aku ingin berterima kasih kepada para menteri dan pegawai daripada kerajaan British dan juga Liga Perdana, di atas segala kerja keras mereka yang menjadikan semua ini satu realiti,:” tambahnya lagi.

Menurut The Sun, Boehly dan rakan niaganya lebih kaya daripada pemilik sebelum ini, Roman Abramovich dengan nilai kekayaan sekitar £18.86 billion (RM59.84 billion), berbanding Encik Abramovich yang mempunyai nilai kelayakan £6 billion (RM30 billion).

Bersama Abramovich, Chelsea dilihat sebagai pasukan yang tidak segan untuk berbelanja besar dan budaya ini dijangka akan diteruskan di bawah pemilik baharu yang lebih kaya.

Kalau nak ikutkan, Boehly dan kawan-kawan bolanya berada pada ranking ketiga dalam senarai pemilik terkaya di EPL, jauh di belakang pemilik kelab Manchester City, Sheikh Mansour, yang berada di tangga kedua.

Pemilik terkaya semestinya Saudi Public Investment Funds.

Berikut adalah carta kekayaan pemilik kelab EPL mengikut turutan paling miskin sehingga ke paling kaya.

20 – Brentford – Matthew Benham (£3 juta – RM15 juta)

19 – Leeds United – Andrea Radrizzani (£344 juta – RM 1.9 billion)

18 – Nottingham Forest – Evangelos Marinakis (£505 juta – RM 2.8 billion)

17 – Brighton and Hove Albion – Tony Bloom (£765 juta – RM 4.2 billion)

16 – Bournemouth – Maxim Denim (£900 juta – RM4.5 billion)

15 – West Ham – David Sullivan and David Gold (£1.62 billion – RM 8.93 billion)

14 – Everton – Farhad Moshiri (£1.9 billion – RM10.47 billion)

13 – Liverpool – John Henry (£2.14 billion – RM 11.79 billion)

12 – Southampton – Gao Jisheng (£2.3 billion – RM 12. 67 billion)

11 – Leicester – Aiyawatt Srivaddhanaprabha (£2.9 billion – RM 15.98 billion)

10 – Crystal Palace – Joshua Harris (£3.36 billion – RM 18.52 billion)

9 – Manchester United – The Glazers (£3.5 billion – RM 19.29 billion)

8 – Tottenham – Joe Lewis (£3.6 billion – RM 19.84 billion)

7 – Wolves – Guo Guangchang (£4.5 billion – RM 22 billion)

6 – Aston Villa – Nassef Sawiris (£5.3 billion – RM29.21 billion)

5 – Fulham – Shahid Khan (£5.8 billion – RM31.96 billion)

4 – Arsenal – Stan Kroenke (£6.35 – RM 35 billion)

3 – Chelsea – Todd Boehly and Clearlake Capital (£10.86 – RM 59.84 billion)

2 – Man City – Sheikh Mansour (£22.9 billion – RM126.2 billion)

1 – Newcastle – Saudi Public Investment Fund (£320 billion – RM1.76 trillion)

Gila banyak duit Newcastle!

Senarai penuh ini diperoleh daripada beberapa sumber seperti talkSPORT, The Mirror dan juga The Sun.

Nilai kekayaan ini juga tidak termasuk wang yang disimpan yang menggunakan nama isteri, yang disimpan dalam yayasan atau NGO dan juga duit kutu.

Ini yang seronok EPL, kita dapat tahu banyak benda tentang hal ehwal dalaman dan luaran pasukan. Kalau Liga Malaysia, siapa pemilik kelab pun kita tak tahu, kan? Kalau tahu pemilik kelab pun, apa bisnes yang mereka buat pun kita tak tahu, kan?

Tapi takpelah. Liga Malaysia kita letak tepi dulu.

Berita asal : SB

BACA:  Liga Perdana Inggeris: Bagaimana Stesen TV Pilih Perlawanan Untuk Disiarkan Secara Langsung