Champion League 2020/21: Manchester United 5 – 0 RasenBallsport Leipzig

Masih segar dalam benak minda semua kemenangan penuh bergaya Manchester United ke atas Paris Saint-Germain pada perlawanan pertama kejohanan paling agung di Eropah, UEFA Champions League pada minggu lalu.

Manchester United berada dalam kumpulan H yang dianggap kumpulan maut bersama PSG, RB Leipzig dan kelab dari Turki, Istanbul Basaksehir.

Namun selepas dua perlawanan Manchester United menjadi pasukan terunggul dikumpulan H ini dengan mencatatkan kemenangan kedua dan kali ini RasenBallsport Leipzig menjadi mangsa.

Pasukan yang paling dibenci di Jerman ini telah lunyai dibelasah Manchester United dengan lima gol tanpa mampu dibalas dan hanya mampu menyeka air mata.

RasenBallsport Leipzig merupakan semi-finalis UEFA Champions League pada musim lalu dan bukanlah pasukan biasa seperti FC Midtjylland.

Ternyata Ole Gunnar Solskjaer yang digelar sebagai Cikgu Pendidikan Jasmani mempunyai formula tersendiri dan sudah meramalkan kemenangan di dalam tangan dan kaki.

Tidak mahu memalukan RB Leipzig, Ole merehatkan Bruno Fernandes dan menurunkan Donny Van De Beek yang menjadi sebutan sesetengah peminat yang mahukan beliau beraksi.

Tenyata Van De Beek tidaklah sepadu Bruno Fernandes namun sudah cukup membantu pasukan untuk mendahului satu gol pada separuh masa pertama.

Gol berpunca dari rencaan Paul Pogba dan disudahkan dengan satu penyudah klinikal daripada kaki Mason Greenwood.

Kemasukan Bruno Fernandes, Scott McTominay dan Marcus Rashford telah mengubah permainan tenang Setan Merah bertukar menjadi satu pesta gol.

Bruno Fernandes tenang sahaja menghantar bola kepada Marcus Rashford untuk gol kedua pada minit ke-74.

Berselang empat minti kemudian Marcus Rashford menjaringkan gol ketiga perlawanan yang merupakan gol kedua peribadi dengan begitu mudah.

Tidak lengkap permainan Manchester United tanpa penalti kerana sudah menjadi asam garam pasukan hebat akan dikasari pemain pertahanan lawan.

Anthony Martial dijatuhkan dan beliau sendiri mengambil sepakan penalti dan Marcus Rashford tidak mahu mencetak hatrik dengan sepakan penalti.

Mudah buat Anthony Martial menjadikan kedudukan Manchester United 4-0 RasenBallsport Leipzig dan terukir senyuman di wajah yang sentiasa kelat Martial.

Ketika permainan hampir tamat Marcus Rashford melengkapkan kemenangan 5-0 Setan Merah sekaligus mencipta hatrik di pentas Eropah.

Hanya 27 minit diperlukan Rashford untuk mencetak hatrik dan menjadi pemain kelima dalam sejarah Champions League menjaringkan 3 gol selepas masuk dari bangku simpanan.

Rashford menjadi yang terpantas dalam kalangan 5 pemain itu di atas Kylian Mbappr, Wlater Pandiani, Joseba Llorente dan Uwe Rosler.

Seperti biasa kemenangan Manchester United yang hebat ini tidak digemari oleh segelintir manusia yang mudah koyak dan terasa hati lantaran berhati tisu.

Mereka sedap mengata orang, tetapi belum sempat dibalas sudah koyak, ko bayang la kalau kena kutuk.

Mereka inilah yang menafikan kehebatan Manchester United dalam perlawanan ini dan menganggap pasukan bimbingan mempamerkan aksi yang lemah disegenap posisi.

Pasukan bimbingan Julian Nagelsmann menjadi lemah dalam perlawanan ini adalah kerana kehebatan Manchester United.

Permainan penuh berseni dan beraras tinggi menyebabkan pasukan RB Leipzig gagal bersaing dan menjadi lemah samada ketika mahu melakukan pressure, bermain di duel area atau di backline.

Inilah terjadi bila demo dok kenal bare nak mengata pasukan hebat.

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; Fred, Matic, Pogba, Van de Beek; Greenwood, Martial

Subs: Henderson, Fosu-Mensah, Mengi, Tuanzebe, Williams, Fernandes, James, Mata, McTominay, Cavani, Ighalo, Rashford

Leipzig: Gulacsi; Konaté, Upamecano, Halstenberg; Henrichs, Forsberg, Kampl, Angelino; Olmo, Poulsen, Nkunku

Subs: Tschauner, Martinez, Orben, Sabitzer, Hwang, Adams, Sorloth, Kluivert, Samardzic, Borkowski, Martel, Wosz

BACA:  Ferdinand Beri Amaran Onana Penjaga Gol Yang Akan Buat 'Blunder'