Champions League 2021/22: Manchester City 4-3 Real Madrid

Manchester City turun melayan kunjungan Real Madrid ke bumi Etihad untuk aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini dianggap antara yang menarik untuk disaksikan kerana mereka merupakan calon kegemaran untuk muncul Juara edisi kali ini.

Real Madrid mara ke aksi perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menyingkirkan Chelsea di peringkat suku akhir.

Manchester City pula sementara itu berjaya layak ke pentas separuh akhir selepas mereka berjaya menewaskan Atletico Madrid di pusingan sebelum ini.

Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terbaik mereka dalam perlawanan ini dan tentunya mereka juga mahu dapatkan bekalan yang selesa untuk di bawa ke aksi leg kedua nanti.

Manchester City memulakan permainan dengan aksi serangan tanpa henti dan mereka berjaya memperoleh gol pertama dalam perlawanan ini seawal minit ke-2 permainan.

Riyad Mahrez bijak melambungkan bola ke dalam kotak penalti untuk mencari Kevin De Bruyne yang kemudiannya melakukan aksi tanduk terbang untuk menewaskan Thibaut Courtois.

Sejak beberapa perlawanan terakhir ini, Manchester City sememangnya kerap memperoleh gol awal sebelum minit ke-5 permainan dan ia seolah-olah sememangnya antara taktik yang ada dalam perancangan Pep Guardiola.

Kedua-dua pasukan kemudiannya mempamerkan aksi persembahan seimbang dan saling berbalas serangan.

Pada minit ke-11 permainan, Manchester City berjaya menggandakan kedudukan menerusi Gabriel Jesus.

Jesus menerima bola umpanan dari Kevin De Bruyne dengan beliau kemudiannya tenang melepaskan rembatan ke sudut tepi gawang untuk menewaskan Courtois buat kali kedua dalam perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan kemudiannya mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik dan mengujakan dengan mereka dilihat tidak henti-henti saling berbalas serangan.

Barisan pertahanan kedua-dua pasukan terpaksa bekerja keras dalam perlawanan ini dek kerana mereka sentiasa di uji.

Pada minit ke-33 permainan, Real Madrid berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi Karim Benzema untuk mengubah kedudukan menjadi 2-1.

Benzema menerima bola cantik hantaran dari Ferland Mendy di dalam kotak penalti, dengan beliau terus menjolok bola umpanan dari rakan sepasukannya itu untuk menewaskan Ederson.

Kedua-dua pasukan masih kekal mempamerkan aksi permainan yang sangat menarik dengan mereka dilihat saling berbalas serangan.

Aksi babak pertama berakhir dengan Manchester City mendahului Real Madrid dengan keputusan 2-1 selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.

Sebaik masuk aksi babak kedua, pasukan tuan rumah terus menerus melancarkan serangan dalam usaha mereka mencari tambahan jaringan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan pantas dan kekal masih saling berbalas serangan dalam usaha mencari gol.

Pada minit ke-53 permainan, Manchester City berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Phil Foden.

Fernandinho bijak melambungkan bola ke dalam kotak penalti untuk mencari rakan sepasukannya dengan Foden kemudiannya melompat tinggi lalu menanduk bola tersebut masuk ke gawang Madrid.

Dua minit sahaja selepas Manchester City meledak gol ketiga, giliran Real Madrid pula yang memperoleh gol untuk mengubah kedudukan menjadi 3-2.

Vinicius Jr cemerlang membawa bola dari tengah padang masuk ke kotak penalti sebelum beliau kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Ederson.

Kedua-dua pasukan masih konsisten mempamerkan aksi persembahan pantas dan saling berbalas serangan dan ia jelas sekali benar-benar menghiburkan para peminat.

Penjaga gol kedua-dua pasukan langsung tak boleh berehat kerana bola sentiasa datang kepada mereka sepanjang permainan.

Pada minit ke-74 permainan, Bernardo Silva berjaya menjaringkan gol keempat untuk Manchester City dalam perlawanan ini.

Beliau menerima bola dan melakukan dua sentuhan sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Courtois untuk gol keempat City.

Harus diakui gol yang dijaringkan oleh Bernardo Silva itu sebenarnya gol yang sangat cantik dan menakjubkan hingga Benzema sendiri hanya mampu tersenyum melihat bola itu menerjah jaring gawang gol mereka.

Pada minit ke-82 permainan, Real Madrid berjaya menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Karim Benzema hasil dari sudut sepakan penalti.

Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Laporte dan Benzema tenang menewaskan Ederson untuk merapatkan jurang gol antara kedua-dua pasukan.

Perlawanan tamat dengan keputusan 4-3 dan jelas sekali sukar untuk meramalkan pasukan mana yang bakal layak ke perlawanan akhir kerana kedua-dua mereka ada potensi.

Aksi di Santiago Bernabeu selepas ini jelas sekali akan sangat menarik dengan Real Madrid sudah tentu akan memanfaatkan kesempatan bermain di halaman sendiri.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 5 Mei nanti untuk aksi leg kedua peringkat separuh akhir.

Starting XI: Ederson; Stones, Dias, Laporte, Zinchenko; Rodri, De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Jesus, Foden.

Substitutes: Steffen, Carson, Egan-Riley, Mbete, Ake, Lavia, Fernandinho, Gundogan, Palmer, McAtee, Sterling, Grealish.

Starting XI: Courtois; Carvajal, Militao, Alaba, Mendy; Valverde, Modric, Kroos; Rodrygo, Benzema, Vinicius Jr.

Substitutes: Lunin, Fuidias, Vallejo, Nacho, Asensio, Marcelo, Casemiro, Lucas Vazquez, Bale, Ceballos, Isco, Camavinga.

BACA:  PSG Sedia Tawarkan Gaji RM514.13 Juta Semusim Untuk Mbappe Lupakan Real Madrid