Chanting Terbaru Penyokong Liverpool Untuk Klopp Dianggap Yang Paling Teruk Dalam Sejarah

Peminat bola sepak menganggap chanting terbaru penyokong Liverpool tentang Jurgen Klopp itu sebagai lagu paling teruk yang pernah mereka dengar.

Para penyokong Liverpool dianggap antara penyokong paling bersemangat dan aura yang mereka bawa sememangnya sering menggerunkan pasukan lawan.

Mereka sentiasa menyanyi dengan penuh semangat tidak kira ke mana mereka pergi dan tentunya di Anfield, mereka jelas akan memukau semua pihak.

‘You’ll Never Walk Alone’ jelas sekali merupakan lagi tema mereka dan the Kop sentiasa menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat.

Mereka juga turut memiliki beberapa chanting terkenal lagi seperti ‘Allez Allez Allez’ dan banyak lagi lagu lain yang melibatkan Mo Salah, Diogo Jota, Virgil Van Dijk, Trent Alexander Arnold dan Roberto Firmino.

Tidak ada yang boleh menafikan lagi kehebatan penyokong Liverpool ketika memberi sokongan kepada pemain mereka dengan chanting yang kuat dan bersemangat.

Namun begitu, chanting terbaru yang mereka cipta tentang Jurgen Klopp sepertinya tidak mendapat sambutan, sebaliknya ia dikecam teruk oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

Pada hujung minggu lalu, ketika aksi terikat 2-2 bertemu Manchester City di Etihad Stadium, penyokong Liverpool buat pertama kalinya menyanyikan lagu tersebut di stadium.

Lagu tersebut berkisarkan tentang kejayaan Jurgen Klopp mengotakan janjinya untuk membantu Liverpool memenangi gelaran Premier League.

“Jurgen said to me, you know. We’ll win the Premier League, you know. He said so! I’m in love with him and I feel fine.

“I’m so glad that Jurgen is a Red! I’m so glad he delivered what he said.”

Begitulah lirik pada chanting lagu terbaru tentang Jurgen Klopp itu.

Ketika sesi sidang media pertamanya di Anfield, Jurgen Klopp ada menyatakan bahawa:

“Jika kita berada di sini dalam tempoh empat tahun saya rasa kita akan memenangi Piala, saya sangat yakin.”

Bukan hanya lirik tak sedap, cara penyampaian juga langsung tak menunjukkan ia datang dari penyokong Liverpool.

Dan kerana itulah tidak mengejutkan untuk melihat peminat bola sepak menganggap ia sebagai chanting yang paling teruk pernah mereka dengar.

“Saya macam tak percaya chanting itu datang dari penyokong Liverpool, saya rasa ini adalah chanting mereka yang paling teruk.”

“Agak menyedihkan juga bila memikirkan chanting yang paling teruk itu sebenarnya chanting untuk Jurgen Klopp.”

“Saya rasa kita semua kena bersetuju yang chanting ini bukan sahaja paling teruk dari mereka, tapi ia paling teruk di dunia.”

“Saya harap mereka perbaiki chanting itu, ia langsung tak menarik dan saya tak teruja langsung mendengarnya.”

“Kebiasaannya chanting mereka menghiburkan dan membuatkan saya nyanyi bersama walau saya penyokong Wolves, tapi kali ni sejujurnya memang sangat teruk.”

Jurgen Klopp akhirnya berjaya mengotakan janji beliau dengan beliau berjaya membantu Liverpool memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan Carabao Cup.

Sehingga kini masih belum pasti adakah Jamie Webster akan sanggup membawa lagu itu seandainya Liverpool beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League di Paris nanti.

Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Villarreal di peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Benfica 6-4 secara aggregate.

The Reds berjaya menewaskan Benfica 3-1 ketika aksi di Lisbon minggu lalu dan ketika aksi di Anfield, Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri 3-3.

Memandangkan Villarreal berjaya menyingkirkan Bayern Munich di peringkat suku akhir, maka Liverpool jelas sekali tak boleh memandang rendah pada kelab dari saingan La Liga itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kena Gantung, Denda RM340K Dan Harmstring- Klopp Menyesal Mulut Celupar