Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Billionaire

Cristiano Ronaldo telah banyak memecahkan rekod dalam karier profesionalnya, kini beliau telah berjaya mencapai satu lagi pencapaian yang sungguh luar biasa sebagai seorang pemain bola sepak.

Kebiasaannya Ronaldo memecahkan rekod dengan aksinya di atas padang, namun kini beliau berjaya untuk memecahkan rekod dari luar padang pula. Rekod pecah muko pecah palo.

Cristiano Ronaldo telah berjaya untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang pertama yang mencapai tahap sebagai seorang billionaire dan ahli sukan ketiga selepas Tiger Woods dan Flyod Mayweather Jr.

Bintang sensasi Juventus itu mengatasi seteru utamanya, Lionel Messi untuk merebut kembali kedudukan beliau sebagai pemain dengan pendapatan tertinggi dalam dunia bola sepak.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Forbes pada awal minggu lalu. Ronaldo pada musim lalu berada di kedudukan kedua di belakang Messi untuk carta pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Jika diikutkan dari segi gaji, Messi merupakan pemain bola sepak yang memperoleh gaji tertinggi, namun Ronaldo masih menjadi kuasa publisiti utama dalam dunia sukan lalu menjadikan beliau pemain bola sepak dengan hak imej paling mahal.

Bintang Paris Saint Germain, Neymar dan Kylian Mbappe masing-masing berada di tangga ketiga dan kelima dalam senarai atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

Legenda Barcelona, Andres Iniesta pula berada di tangga keenam dalam senarai sementara Mesut Ozil diletakkan di kedudukan ke-7 dalam senarai itu.

Salah seorang pemain dari Liga Super China, Oscar turut berjaya menempatkan diri dalam senarai dan berada di kedudukan kesembilan.

Secara keseluruhannya, pemain tenis dari Switzerland, Roger Federer menduduki tangga teratas dalam senarai atlet lelaki yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia dengan pendapatan $106 juta.

Senarai 10 Pemain Bola Sepak Yang Memperoleh Pendapatan Tertinggi

Forbes turut mengesahkan bahawa pendapatan Cristiano Ronaldo $105 juta menjadikan pendapatan sepanjang kariernya bernilai melebihi $1 billion.

Menurut laporan dari Forbes juga, pemain berusia 35 tahun itu telah menerima gaji $650 juta sepanjang tempoh 17 tahun kariernya.

Menjelang berakhirnya kontrak beliau pada Jun 2022 nanti, nilai keseluruhan pendapatan Cristiano Ronaldo hasil dari gajinya sahaja akan mencecah $765 juta.

Berikut merupakan 10 pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia yang telah dikeluarkan oleh Forbes:

10. Antoine Griezmann – $ 26.7 juta (keseluruhan ke-60

9. Oscar – $ 27.5 juta (keseluruhan ke-56)

8. Paul Pogba – $ 28.5 juta (keseluruhan ke-50)

7. Mesut Ozil – $ 28.7 juta (keseluruhan ke-49)

6. Andreas Iniesta – $ 29.6 juta (keseluruhan ke-46)

5. Kylian Mbappe – $ 33.8 juta (keseluruhan ke-36)

4. Mo Salah – $ 35.1 juta (keseluruhan ke-34)

3. Neymar – $ 95.5 juta (keseluruhan ke-4)

2. Lionel Messi – $ 104 juta (keseluruhan ke-3)

1. Cristiano Ronaldo – $ 105 juta (keseluruhan ke-2)

Pendapatan sampingan beliah yang lain termasuk dari tajaan dan bonus serta lain-lain mencapai nilai melebihi $350 juta.

Jadi secara keseluruhannya pendapatan Cristiano Ronaldo sebagai seorang pemain bola sepak profesional mencecah lebih dari $1 billion.

Sehingga kini belum ada mana-mana pemain bola sepak lain yang mampu menghampiri nilai pendapatan yang diperolehi oleh Ronaldo.

Bahkan David Beckham sendiri yang sudah mengakhiri kariernya hanya mencapai pendapatan sekitar $500 juta sahaja dan separuh dari nilai itu datangnya dari tajaan dan hak imej.

Nilai $105 juta yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2020 adalah berdasarkan dari gaji pokok dicampur dengan bonus kemenangan bernilai $60 juta.

Dan Ronaldo menerima $45 juta lagi dari penajaan yang beliau terima dari syarikat seperti Nike dan Herbalife serta pendapatan hasil dari jenama beliau sendiri β€˜CR7’.

BACA:Β  Cristiano Ronaldo Manusia Lelaki Pertama Jaringkan Gol Di Lima Edisi Piala Dunia