Crouch: Bale Tidak Sesuai Dengan Manchester United

Bekas pemain Tottenham Hotspurs, Peter Crouch menganggap Manchester United sebagai kelab yang tidak sesuai untuk Gareth Bale sertai pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Namun begitu, Crouch mendakwa Bale patut menerima tawaran untuk kembali menyertai Tottenham kerana beliau akan lebih dihargai di kelab tersebut.

Crouch menggesa Bale merumput di London, bukan Manchester

Crouch menganggap Bale sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini, tetapi pemain antarabangsa Wales itu sekali lagi melalui musim yang penuh mencabar bersama Real Madrid dimana beliau gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad Los Blancos.

Selepas memenangi 3 trofi Liga Juara-Juara Eropah buat 3 musim berturut-turut, Real Madrid mengakhiri musim 2018/2019 tanpa memenangi sebarang sebarang pertandingan utama kecuali trofi Piala Dunia Kelab yang dimenangi tahun lepas.

Peminat Real Madrid yang marah dan kecewa dengan persembahan pasukan mereka musim ini telah menyalahkan Bale sebagai antara punca utama. Bekas pengurus, Zinedine Zidane terpaksa dibawa masuk kembali selepas 2 pengurus yang dibawa masuk musim ini gagal menjalankan tugas denga baik.

Mereka pernah bersama suatu ketika dahulu

Sama ada di dalam atau diluar padang, Bale  tetap menjadi sasaran pengkritik dan pernah diejek peminat sendiri ketika beraksi di Santiago Bernabeu. Situasi ini menyebabkan Bale dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris, tempat dimana beliau mencipta nama tidak lama dahulu.

Crouch, yang pernah beraksi bersama Bale bermula 2009 sehingga 2011 di Spurs, percaya kebolehan Bale patut diberikan penghargaan lebih baik dari apa yang beliau terima di Real Madrid ketika ini.

“Situasi Bale di Real Madrid berterusan memeningkan kepala saya dan mereka tidak pandai menggunakan bakat yang ada pada pemain seperti Bale. ”

“Kami berkongsi ejen yang sama dan setakat yang saya tahu, Bale mahu terus bermain di Sepanyol.”

“Beliau gembira tinggal di sana dan mahu kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama, tanpa mengambil kira spekulasi yang sering dikaitkan dengannya.”

“Tetapi jika Bale tidak digunakan dengan kerap musim hadapan, saya lebih suka jika beliau kembali ke pangkuan Spurs.”

Zaman Bale power. Laju macam cheetah

“Saya ada membaca laporan yang mengatakan Bale akan berpindah ke Spurs secara pinjaman, dengan yuran pinjaman berjumlah £10 juta. Saya tahu bagaimana Daniel Levy bekerja dan saya tahu itu bukan urusniaga yang beliau suka lakukan!”

“Namun begitu, ia tetap masuk akal. Boleh anda bayangkan kelajuan Bale jika digandingkan bersama Harry Kane ? Saya rasa ia akan membuahkan hasil yang banyak.”

“Bale sering dikaitkan dengan Manchester United, tetapi saya tidak rasa beliau sesuai dengan kelab itu buat masa sekarang.”

“Apabila Bale berada dalam keadaan cergas dan sihat, beliau adalah antara pemain paling menakjubkan di dunia.”

BACA:  Real Madrid Catat Kehadiran Penonton Paling Rendah Dalam Aksi Pembukaan La Liga