Real Madrid Catat Kehadiran Penonton Paling Rendah Dalam Aksi Pembukaan La Liga

Real Madrid mencatatkan kehadiran penonton paling rendah sejak ketibaan Cristiano Ronaldo pada tahun 2009 dalam perlawanan pertama La Liga musim ini menentang Getafe awal pagi tadi.

Ia merupakan perlawanan kompetitif pertama Real Madrid sejak perpindahan Ronaldo ke Juventus dalam perjanjian bernilai £88 juta bagi seorang pemain yang sudah berusia 33 tahun.

Kehadiran paling rendah sejak era Ronaldo. Mungkin ramai berada di Turin untuk menonton aksi Ronaldo

Real Madrid berjaya memperolehi kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Getafe 2-0 di hadapan penyokong sendiri. Gol menerusi Dani Carvajal dan Gareth Bale sudah cukup untuk memberikan permulaan sempurna untuk jurulatih baru Los Blancos, Julen Lopetegui.

Walaupun Real Madrid berjaya mencatatkan kemenangan, ianya dilakukan di dalam stadium yang separa-penuh. Hanya seramai 48,466 penonton datang menyaksikan perlawanan tersebut walaupun stadium Santiago Bernabeu mampu memuatkan 81,044 penonton pada satu masa.

Kehadiran penonton yang buruk ini berkait rapat dengan ketiadaan pemenang Ballon D’or 5 kali dalam skuad itu berikutan tindakan Ronaldo berhijrah ke Serie A selepas  9 tahun berbakti kepada Real Madrid.

Asensio diangkat Lopetegui untuk mengisi posisi Ronaldo

Kali terakhir Real Madrid bermain di hadapan bilangan penonton yang hampir sama adalah pada perlawanan terakhir La Liga musim 2008/2009. Jumlah penonton yang merosot ketika itu berlaku kerana Real Madrid baru sahaja tewas 5 perlawanan berturut-turut, yang bermula dengan kekalahan 6-2 di tangan Barcelona. Lionel Messi dan Thierrry Henry masing-masing berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan penuh bersejarah itu.

Selepas kekalahan tersbeut, Real Madrid mengambil keputusan untuk menandatangani Cristiano Ronaldo dari Manchester United dalam perjanjian rekod dunia ketika itu. Ronaldo berpindah ke Madrid pada Jun 2009, dan bermain selama 9 musim bersama kelab Sepanyol itu dimana beliau berjaya memenangi 4 Liga Juara-Juara Eropah dan 2 kejuaraan La Liga.

Tiada pemain yang dibawa masuk Presiden Real Madrid, Florentino Perez untuk menggantikan tempat Ronaldo. Sudah tentu tiada pemain yang mampu menggantikan seseorang yang telah menjaringkan 450 gol dari 438 perlawanan.

Lopetegui memilih jalan selamat dalam perlawanan kompetitif pertama beliau dengan menurunkan muka biasa di bahagian serangan iaitu Karim Benzema, Gareth Bale dan Marco Asensio.

Tenang, Bale masih ada

Bale dianggap pemain paling sesuai untuk menjadi bintang utama Real Madrid yang seterusnya. Beliau dijangka memikul lebih banyak tanggungjawab di bahagian serangan Los Blancos musim ini dan berharap kecederaan tidak menghantuinya lagi. Bale hanya beraksi sebanyak 26 perlawanan La Liga musim lalu, dan 19 musim sebelum itu.

Peminat Real Madrid yang hadir ke Santiago Bernabeu semalam juga kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelibat penjaga gol baru mereka, Thibout Courtois dengan Lopetegui memilih untuk menurunkan Keylar Navas dalam kesebelasan utama. Selain itu, wonderkid bernilai €45 juta, Vinicius Junior hanya diletakkan di bangku simpanan sahaja.

BACA:  Zidane Tidak Pasti Berapa Lama Dapat Bertahan di Real Madrid