Cummins Menganggap Van Dijk Terlalu Hebat Dan Mengagumkan

Ketika masih beraksi bersama Celtic, Virgil Van Dijk pernah memberi amaran kepada penyerang pasukan lawan dengan mengatakan jangan ganggu beliau kerana dirinya terlalu hebat.

Bekas penyerang pasukan St Johnstone, Graham Cummins turun beraksi bertemu pertahanan Belanda itu dalam satu perlawanan dalam saingan Scottish Premiership.

Cummins turut menceritakan pengalaman beliau ketika bertemu dengan Van Dijk ketika itu dalam satu temu bual:

“Dia pergi sehari selepas kami beraksi bersama mereka. Saya boleh claim disini, dia berjaya menarik minat Southampton kerana aksinya yang hebat ketika mengawal saya.”

Jelas Cummins sambil ketawa.

“Kami telah diberi taklimat terlebih dahulu ketika dalam bilik persalinan, mereka meminta kami menghalang Van Dijk sebelum dia yang menghalang kami.kami juga diminta berada di belakang bola ketika dia mendapat bola kerana dia sangat pantas dan sukar untuk menghalangnya.”

“Bola pertama sampai dikakinya saya cuba untuk berlari dengan beliau, dia terlalu pantas dan saya jauh tertinggal dibelakangnya, saya sudah kehabisan nafas, dia cuma berpaling dan dia cakap, ‘jangan ganggu saya kerana, saya terlalu hebat untuk kamu’.”

Pemain berusia 28 tahun itu sudah mempamerkan aksi yang sangat hebat ketika beraksi di Scotland sebelum berhijrah ke Southampton pada tahun 2015.

Kerjaya cemerlang beliau selama tiga tahun di St Mary’s Stadium berjaya menarik minat Jurgen Klopp untuk menandatanganinya dengan nilai perpindahan yang memecah rekod pertahanan termahal dunia bernilai £75 juta.

Virgil Van Dijk menyertai Liverpool pada tahun 2017 dan beliau tidak menunggu lama untuk membuktikan nilai £75 juta yang dilaburkan oleh Liverpool sememangnya berbaloi.

Beliau berjaya memenangi Anugerah PFA pemain terbaik tahunan premier league pada tahun 2019 kerana aksi cemerlangnya mengawal benteng pertahanan the reds.

Beliau turut berjaya membantu Liverpool memenangi saingan Liga Juara-juara musim lalu selain membantu skuad the reds untuk memenangi FIFA Club World Cup dan Super Cup serta trofi keagungan Premier League.

Bos Celtic, Neil Lennon pernah mendedahkan apa yang beliau katakan kepada pemain pertahanan terbaik dunia itu setelah dia berpindah ke Celtic Park dari FC Groningen pada tahun 2012 dan ini menunjukkan dia ditakdirkan untuk berada di puncak.

“Sehari selepas saya membawanya masuk, saya memanggil dia selepas tamat latihan dan saya terus berpesan padanya bahawa dia tidak akan lama disini jadi nikmati saja kegembiraan dia.”

“Dia memang sangat bagus. Saya seperti tidak percaya bertapa bertuahnya saya mendapatkan dia dengan nilai £2 juta dari Groningen. Dia mempunyai segalanya.”

“Kelajuan, tubuh yang mantap, teknik yang hebat, kebolehan diudara yang mengagumkan dan tajam ketika menyerang.”

Van Dijk kini menjadi pemain pertahanan paling digeruni di dunia. Beliau juga tercalon dan mendapat tempat ketiga dalam anugerah Ballon d’or yang lalu.

Beliau menjadi nadi utama dalam sistem bertahan dibawah kendalian Jurgen Klopp. Hasil kecemerlangan beliau, Liverpool kini ditabalkan Juara premier league buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

BACA:  Van Dijk Persoal Kesungguhan Rakan Sepasukan Juarai EPL