David De Gea Akan Meninggalkan Manchester United

Penjaga gol Manchester United, David De Gea dilaporkan akan meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini selepas tidak diperlukan lagi oleh kelab.

Manchester United sudah bersedia melepaskan David De Gea kerana mahu melakukan penjimatan dengan tangga gaji setinggi £350,000 diraih David De Gea saban minggu.

Dengan aksi memberangsangkan yang dipamerkan oleh Dean Henderson yang jauh lebih murah lagi lebih muda ketiadaan David De Gea mungkin tidak akan dirasai.

Harga David De Gea sudah tentu sangat tinggi untuk dijual dan dengan prestasi semasa David De Gea sukar untuk mendapatkan harga yang sedap.

Lantaran itu, Manchester United dilaporkan sanggup untuk membayar pampasan kepada David De Gea bagi menamatkan kontrak yang berbaki dua tahun lagi.

Jika ini yang terjadi, maka Manchester United perlu membayar pampasan sebanyak £36.4 juta kepada De Gea dengan baki kontrak yang tersisa.

Manchester United kini telah membelanjakan hampir £570,000 seminggu bagi membayar gaji lima penjaga senior.

Pemilik Manchester United dari Amerika mahu memotong perbelanjaan bagi mengurangkan kos yang tidak diperlukan oleh pasukan.

Dean Henderson yang kini mula mendapat kepercayaan Ole Gunnar Solskjaer hanya dibayar £100,000 seminggu dengan kontrak baru diikat selama lima tahun pada awal musim lalu.

Sergio Romero yang berusia 34 tahun yang tidak berpeluang beraksi sejak Dean Henderson kembali menikmati gaji mingguan sebanyak £70,000 denga baki kontrak beberapa bulan lagi.

Penjaga gol pilihan ketiga Lee Grant berusia 38 tahun di bayar £30,000 dan penjaga gol berusia 24 tahun, Joel Pereira pula menerima £20,000 seminggu.

Kontrak Lee Grant dan Joel Pereira akan tamat pada penghujung musim ini. Beberapa peratus dari gaji Joel Pereira dibayar Huddersfield yang meminjan pemain itu.

David De Gea dinilai pada harga £50 juta namun dengan situasi ekonomi dan wabak melanda berserta prestasi tidak meyakinkan sukar untuk kelab lain berbelanja untuk harga tersebut.

Jika mahu kekal, De Gea akan berdepan dengan pengurangan gaji dan mungkin akan kehilangan tempat secara kekal kepada Dean Henderson.

Jika benar De Gea dilepaskan maka tinggal Phil Jones seorang sahaja dari skuad Manchester United 2013 yang kali terakhir menjulang Premier League.

Phil Jones masih ada tapi macam takda.

Ini semua hanya khabar angin nak percaya takda siapa marah dan tak percaya pun takpe. Masalah utama di sini adalah gaji yang terlalu tinggi.

Sejak menyertai Manchester United pada 2011 dari Atletico Madrid, De Gea menjadi salah seorang pemain terbaik Manchester United sejak itu walaupun memasuki zaman suram.

Selepas tahun 2018, prestasi De Gea agak merosot dan terumbang-ambing dengan beberapa siri kesilapan demi kesilapan.

Sepanjang bersama Manchester United, De Gea telah meraih gelaran Premier League, FA Cup, League Cup dan Europa League serta 4 kali menjadi pemain terbaik tahunan kelab.

BACA:  Manchester United Lebih Kerap Menguji De Gea Berbanding Ederson Ketika Aksi Manchester Derby