David De Gea Terlalu Risau Dengan Tahap Kesihatan Victor Lindelof

Penjaga gol Manchester United, David De Gea meluahkan rasa risau beliau terhadap rakan sepasukannya, Victor Lindelof yang sebelum ini mengalami masalah sukar bernafas ketika sedang beraksi bertemu Norwich City.

Victor Lindelof ketika aksi kemenangan 1-0 menewaskan Norwich itu dilihat bergelut dengan masalah kesihatan dengan beliau terpaksa mendapatkan bantuan dari petugas kesihatan kerana sukar untuk bernafas.

Dengan perlawanan hanya berbaki 16 minit sahaja sebelum ditamatkan, pemain centre-back Sweden itu dilihat kerap kali memegang dada beliau.

Lindelof yang sudah membuat 23 penampilan untuk kelab dan negara musim ini kemudiannya telah menerima rawatan dari petugas kesihatan di Carrow Road.

Melihat keadaan beliau sedikit berisiko untuk meneruskan permainan, United kemudiannya memutuskan untuk mengeluarkan beliau dan memasukkan Eric Bailly.

Selepas wisel penamat dibunyikan, rakan sepasukan Lindelof, David De Gea mendedahkan hal tersebut ketika sedang ditemu bual selepas tamat perlawanan.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu kemudiannya turut mengimbau hal sama yang berlaku ke atas Sergio Aguero dan Christian Eriksen dengan beliau menganggap bola sepak tidak lagi indah jika berlaku insiden seperti ini.

“Yeah (muka risau), terutama ketika kita lihat segelintir pemain merasa sedikit sukar untuk bernafas.”

Jelas De Gea kepada Sky Sports selepas wisel penamat dibunyikan.

“Kita sudah lihat Cristian Eriksen, Sergio Aguero… Jadi kadang kala ia sedikit sukar untuk lihat pemain kamu dalam keadaan seperti ini, jadi saya harap akan ada perubahan dan saya harap dia akan sihat sepenuhnya.”

“Sebaik sahaja berlaku insiden itu, pemain sukar bernafas dan ada rasa janggal, perlawanan jadi sudah tidak penting.”

“Apa yang paling penting adalah nyawa. Bola sepak tak penting. Kita lihat ada pemain yang rasa, saya tak tahu apa yang berlaku, tapi Victor rasa dia susah untuk bernafas.”

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick turut menyatakan yang Lindelof ada masalah sukar untuk bernafas selepas beliau dikeluarkan.

Beliau juga telah mengesahkan yang pemain pertahanan beliau itu tidak dijangkiti C0V-19 dan sedang berada dalam keadaan stabil.

“Victor sendiri tak boleh ingat bagaimana ia boleh berlaku.”

“Saya rasa dia ada terlibat dengan pelanggaran bersama pemain lain dan ada ada masalah sukar untuk bernafas. Untuk jangka masa lebih dari 10 minit, kadar degupan jantung dia lebih tinggi dari yang biasa dan dia sendiri terkejut kerana itu, jadi kita perlu gantikan dia.”

“Doktor sudah memeriksa dia selepas tamat perlawanan dan nampaknya semua dalam keadaan OK sekarang, tapi kita masih perlu lihat bagaimana keadaan dia esok. Semoga saja dia akan kembali cergas untuk aksi bertemu Brentford.”

Skuad Manchester United pada ketika ini masih belum merekodkan sebarang kekalahan selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Mereka walau bagaimanapun masih belum bertemu lawan yang sukar dan sedikit bergelut untuk mencatat kemenangan menewaskan pasukan-pasukan bawahan dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun juga, aksi dan persembahan para pemain Man Utd dilihat jelas berbeza berbanding sebelum ini dan para pemain juga nampak serasi dengan sistem kendalian Ralf Rangnick.

Berkait isu kesihatan Victor Lindelof, ramai peminat yang percaya ia ada kaitan dengan vaksin, kerana selepas para pemain diminta mendapatkan suntikan vaksin, ramai pemain yang mengalami masalah sama.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menganggap ia sebenarnya masalah berkait kesan selepas mereka positif, yang mana ketika pemain itu positif mereka masih belum ada perlindungan vaksin.

Jadi tidak pasti apa sebenarnya yang menjadi punca, namun diharapkan semua pemain berada dalam keadaan baik-baik sahaja, dan insiden seperti ini tidak akan berulang lagi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  De Gea Malu Semalunya Namun Apa Daya Pasukannya Lembik