De Gea Dihentam Kerana Terlalu Lembik Hingga Benarkan Arsenal Jaringkan Gol Mudah

Kekuatan dan mentaliti David De Gea kini telah dipertikaikan selepas kejayaan Arsenal menjaringkan gol ketika penjaga gol Manchester United itu sedang rebah di dalam gawang golnya.

Bekas pemain kebangsaan England, Trevor Sinclair percaya yang pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mungkin perlu mempertimbangkan untuk melepaskan De Gea demi kebaikan kelab.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas melihat insiden De Gea bolos gol yang sangat aneh ketika aksi bertemu Arsenal di Old Trafford sebelum ini.

Dengan Ralf Rangnick berada di tempat duduk penonton, setan merah telah berdepan situasi yang membingungkan ketika Arsenal peroleh gol pembukaan mereka dalam perlawanan tersebut.

Emile Smith Rowe telah menjaringkan gol yang dianggap antara yang paling aneh dalam sejarah saingan Premier League, ketika aksi kekalahan 3-2 mereka bertemu Man Utd.

Gol pertama Arsenal telah mencetuskan kontroversi dalam perlawanan ini, dengan jaringan mereka dibenarkan walau De Gea ketika itu sedang terbaring kesakitan dan tidak menghadap padang.

Pengadil perlawanan, Martin Atkinson membunyikan wisel sebaik Smith Rowe menjaringkan gol dari luar kotak penalti, dengan VAR kemudiannya memeriksa semula gol tersebut.

VAR kemudiannya membenarkan gol tersebut kerana David De Gea sebenarnya rebah selepas dipijak oleh rakan sepasukannya sendiri, Fred.

Oleh yang demikian, dek kerana tiada kesalahan yang dilakukan oleh pemain Arsenal, maka tidak ada sebab yang kukuh untuk pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut.

Segelintir peminat merasakan yang pengadil sepatutnya memberhentikan permainan kerana De Gea mengalami kecederaan yang agak teruk.

Hal ini kerana David De Gea sudah terbaring menghadap jaring gawang golnya, sejak sebelum Smith Rowe melepaskan rembatan lagi.

Dek kerana itulah para peminat merasakan pengadil sepatutnya membatalkan gol tersebut kerana penjaga gol dari Sepanyol itu jelas dalam keadaan tak bersedia.

Walau bagaimanapun, David De Gea sebenarnya segera bangun semula selepas kejayaan Arsenal menjaringkan gol itu dan kerana itulah pengadil tidak merasakan yang beliau mengalami kecederaan yang terlalu teruk.

Pengadil mengesahkan gol tersebut dan sangat jelas tidak ada alasan untuk membatalkan gol aneh yang dijaringkan oleh Emile Smith Rowe.

Bekas pemain sayap Manchester City, Sinclair percaya yang satu-satunya hal yang boleh dipersalahkan atas gol tersebut adalah David De Gea yang lembik.

“Mereka buat keputusan yang tepat.”

Jelas Sinclair.

“Kita semua pernah rasa kena pijak dekat ankle, ia tidak akan mendatangkan kecederaan yang terlalu teruk.”

“Kamu boleh bangun semula, tunggu bola itu keluar dari kawasan permainan, kemudian minta bantuan dari petugas kesihatan.”

“Saya macam tak percaya lihat betapa lembiknya De Gea. Saya sangat kecewa, rakan sepasukan dia pun akan kecewa, barisan kejurulatihan dan semua penyokong juga akan kecewa.”

“Kadang kala, ketika kamu masuk ke dalam padang, kamu kena berlakon seolah sedang kesakitan, dan dia lakukan dengan tak cukup bagus.”

“Dia jadi punca pasukan dia bolos kerana rembatan dari Smith Rowe itu tidaklah hebat mana pun.”

Sinclair kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Dengan Ralf Rangnick akan memulakan tugas, memerlukan mereka untuk bermain high line, saya rasa dia perlukan sweeper keeper yang lebih bagus.”

“Jadi masa De Gea bersama United sepertinya sudah sampai ke penghujunya dan mungkin akan berakhir tidak lama lagi.”

“Bagi saya, itu hanya percubaan kecil, berapa besar hati kamu? Dan dia biarkan semua orang kecewa.”

Sementara itu, penyampai talkSPORT, Jason Cundy juga turut rasa geram melihat reaksi berlebihan dari De Gea selepas dipijak oleh Fred.

Bekas pemain penyerang Chelsea itu mendedahkan bahawa:

“Saya nampak dia terbaring, dan saya fikir, ‘Ini dah tentu akan jadi kecederaan yang teruk.”

“Saya terlepas pandang apa yang berlaku. Saya fikir lutut dia berpusing ke apa ke.”

“Tapi ketika saya lihat dia terbaring di dalam gawang, tidak menghadap padang dan kembali bermain, itu adalah hal yang sangat memalukan.”

“Buktinya ia bukanlah kecederaan yang teruk, malah ia lebih dianggap memalukan untuk De Gea. Bangun sajalah kenapa perlu baring.”

“Dia terbaring di dalam gawang gol, dengan muka dia menghadap arah bertentangan. Fikirkan tentang itu. Sebagai seorang penjaga gol.”

“Ia langsung tak boleh diterima.”

“Kita semua pernah rasa kaki kena pihak, ia sakit, memang menyakitkan, tapi bila dia terbaring dan segera bangun, ia memalukan.”

Kejayaan Arsenal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini membantu mereka untuk mendaki ke kedudukan ketujuh dalam carta liga.

Sementara Arsenal pula, walau mereka tewas, namun mereka masih berada di atas Man Utd dalam saingan liga, dengan mereka kini berada di kedudukan kelima.

David De Gea mungkin boleh dikecam atas kesilapan beliau dalam perlawanan ini, namun untuk hukum beliau dengan menjualnya dari kelab sepertinya ia tidak sepatutnya berlaku.

Hal ini kerana De Gea sebenarnya merupakan pemain paling kerap menyelamatkan setan merah dari berdepan kekalahan, dengan beliau jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Cubaan Bayern Munich Dapatkan Khidmat De Gea Tidak Menjadi Kenyataan Selepas Dibantah Tuchel