De Gea Gembira Untuk Kekal Di Old Trafford Walaupun Dikaitkan Dengan Real Madrid

Penjaga gol Manchester United, David De Gea memberitahu beliau gembira untuk terus kekal di Old Trafford walaupun sering dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol bagi menyertai Real Madrid.

Akhbar tempatan Sepanyol kerap mengeluarkan berita mengenai perpindahan De Gea ke Real Madrid bakal berlaku musim panas ini, tetapi bekas pemain Atletico Madrid ini menegaskan beliau gembira untuk terus menjadi pemain Red Devils.

Tidak hiraukan minat Real Madrid

De Gea tiba dari Atletico Madrid pada musim panas 2011 dengan yuran perpindahan berjumlah £18.9 juta. Jumlah tersebut merupakan rekod perpindahan British bagi penjaga gol ketika itu.

Permulaan karier De Gea bersama United agak perlahan dengan sesetengah pihak mempersoalkan kemampuna pemain ini untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris yang agak fizikal. Fizikal De Gea ketika itu bukanlah seperti yang kita lihat hari ini, dan beliau sering kali bergelut untuk merebut bola tinggi ketika sepakan sudut.

Selepas beberapa bulan menyesuaikan diri, De Gea akhirnya menunjukkan taringnya yang sebenar dan berubah menjadi antara penjaga gol terbaik dunia. De Gea sering menyelamatkan pasukannya dengan aksi-aksi menakjubkan dan menjadi pemisah antara kemenangan dan kekalahan.

Nak parking bas, badan kena tough sikit

Prestasi cemerlang yang ditampilkan De Gea sepanjang berada di England telah menarik minat Real Madrid untuk membawa pemain ini pulang ke Sepanyol. Tambahan pula, Real Madrid masih lagi belum yakin sepenuhnya terhadap kemampuan Keylar Navas selaku penjaga gol utama.

Laporan terbaru mengatakan Real Madrid bakal melakukan rombakan besar-besaran musim panas ini selepas mengharungi musim yang agak mengecewakan. Posisi penjaga gol berkemungkinan besar akan dirombak bagi memberikan pembaharuan kepada pasukan.

Walaupun demikian, De Gea ketika bercakap kepada Premier League Productions, beliau gembira sepanjang berada di Manchester United dan berterima kasih kepada United kerana membentuknya menjadi seorang yang matang di dalam dan luar padang.

“Masa berlalu dengan cepat, bukan ? Apabila saya memikirkan saya telah berada di sini selama 7 musim, saya memang betul-betul gembira dengan setiap detik di England.”

Liverpool 0, De Gea 1

“Banyak perkara telah berlaku dan kebanyakannya adalah perkara yang bagus. Satu atau dua perkara tidak berapa bagus, tetapi saya tetap gembira.”

“Saya tiba disini sebagai seorang budak dan hari ini, saya sudah dewasa di dalam dan luar padang. Saya sudah matang dari segi bolasepak dan dalam kehidupan. Melihat kembali waktu lepas, ia merupakan 7 tahun yang sangat fantastik.”

De Gea hanya memerlukan 2 penampilan sahaja sebelum mencapai 300 penampilan bersama United dan beliau mungkin berpeluang melakukannya minggu ini. United bakal berdepan tugasan getir menentang Spurs Rabu ini sebelum melayan kunjungan Huddersfield di Old Trafford hujung minggu ini.

BACA:  Jurgen Klopp Terus Menganjing Man Utd Sebaik Tiba Di Bangkok