David De Gea menyatakan bahawa kekalahan di tangan pasukan yang hampir dengan zon penyingkiran Everton sebagai memalukan. De Gea tidak dapat menahan rasa aib dan hina dengan kekalahan tersebut.
De Gea menyatakan bahawa Manchester United tidak bermaya ataupun lembik berdepan dengan Everton walaupun Everton memiliki rehat yang kurang.
Rasa malu itu semakin memuncak apabila mengenangkan Manchester United sarat dengan bintang yang bergaji besar. Mereka pada awal musim ini dianggap sebagai calon juara Liga Perdana Inggeris, UCL dan sebagainya.
Ini selepas menamatkan musim lalu sebagai naib juara EPL.
Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol itu tidak mahu berselindung lagi dalam penilaiannya terhadap Red Devils selepas kekalahan kelapan Liga Perdana Inggeris musim ini.
David De Gea melabelkan prestasi Manchester United menentang Everton sebagai “memalukan” sambil mengakui bahawa mereka “tidak mencipta peluang yang betul” dan mempunyai tugas besar di tangan mereka untuk menamatkan saingan di empat teratas.
Manchester United terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan dengan Tottenham di tangga keempat selepas tewas 1-0 di Goodison Park pada hari Sabtu, dengan budak wicet, Anthony Gordon menjaringkan gol kemenangan untuk Toffees. Di mana bola sepakannya terbias sedikit di kaki pemain pertahanan termahal dunia milik Manchester United, yang merupakan kapten kesayangan ramai, Harry Maguire.
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu hanya berjaya melakukan empat percubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit. Itu sangat mengecewakan De Gea, yang merasakan mereka sekali lagi gagal untuk memenuhi standard yang diperlukan untu sebuah kelab terbesar dalam bola sepak Eropah.
Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu melihat Everton lebih mahukan tiga mata berbanding Manchester United. De Gea sangat kecewa dengan aksi kurang bertenaga yang mereka tunjukkan dalam perlawanan yang begitu penting.
“Kami tahu sebelum hari ini mereka bergelut dan betapa sukarnya perlawanan ini akan berlangsung,” kata De Gea, kepada BT Sport selepas perlawanan.
“Kami tidak menjaringkan gol, malah kami tidak mencipta peluang yang sesuai untuk menjaringkan gol. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, sejujurnya.”
“Kami tidak cukup bagus, itu sudah pasti. Ia akan menjadi sangat sukar sekarang untuk berada dalam empat teratas.”
“Sudah tentu ia bukan suasana yang sempurna. Mereka [Everton] letih sleepas beraksi pada Rabu lalu, mereka gugup, dan kamu dapat rasakannya. Itupun kami masih kalah lawan mereka.”
“Ini kerana terus berusaha dan terus berjuang. Mereka mempunyai keinginan lebih daripada kami, yang mana perkara ini tidak boleh diterima. Sungguh menyedihkan untuk kalah hari ini.”
🗣️"Everton played on Wednesday, they were tired, they were a bit nervous, you could feel it. Even with that, we lose the game. It's a disgrace from us, to be honest… We don't score and we don't create, that's the problem."
-David De Gea pic.twitter.com/IsPwjiZCK2
— Football Talk (@Football_TaIk) April 9, 2022
De Gea seterusnya menyatakan bahawa dia sangat malu, semalu malunya, namun apa daya, Manchester United kalah lagi.
De Gea mahu, semahu mahunya untuk menang, namun apa daya, 3 mata tak sudi datang kepada mereka.
De Gea seolah olah mahu seseorang berikanlah jawapan, huraikanlah simpulan, biar tenang jiwa De Gea.
De Gea malu….
“Ia memalukan daripada kami, kami sepatutnya memenangi perlawanan ini.”
Manchester United sudah pun rasmi akan menamatkan musim ini tanpa trofi, dan kini juga berada dalam bahaya sebenar untuk terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.
Itu akan mempengaruhi banyak perkara di United. Dari segi gaji dan juga perbelanjaan mereka pada jendela perpindahan akan datang.
Rangnick berharap pasukannya yang kurang berprestasi dapat kembali ke landasan yang betul dan menghidupkan semula harapan mereka di kedudukan empat teratas apabila Norwich tiba di Old Trafford pada 16 April, tiga hari sebelum Red Devils dijadualkan bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool yang mengejar empat teratas.
Rangnick menganggap aksi di Anfield akan menjadi aksi terbaik untuk mereka menunjukkan kebangkitan mereka. Namun terlebih dahulu, ianya harus bermula dengan Norwich. Pasukan yang ada Pukki.