David De Gea Sajikan Dunia Dengan Aksi Bodoh, Mujur Menang

Penjaga gol Manchester United, David De Gea telah menyajikan hiburan untuk dunia dengan aksi bodoh yang langsung tidak masuk akal namun impak kebodohan itu terkawal apabila menang dan tidak terhukum.

Antony meletakkan Manchester United awal di hadapan selepas mudah menolak masuk hantaran Marcus Rashford pada minit ke-4 untuk menewaskan Jordan Pickford.

Manchester United nyata dominan dan unggul apabila mengasak kubu Everton yang penuh masalah sehabis mungkin seperti mahu menamatkan perlawanan lebih awal.

Namun David De Gea tidak mahu Manchester United menang dengan mudah apabila melakukan kesilapan yang tidak masuk akal bagi membolehkan Everton menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Amadou Mvom Onana berjaya menghantar Casemiro ke tanah dalam perebutan bola dan membuat satu lorongan cantik kepada Neal Maupay yang pantas dirapati Raphael Varane.

Hantaran silang penuh terdesak dan agak lemah Neal Maupay ketika bola hampir keluar dari garisan sepatutnya mudah ditangkap David De Gea namun memilih untuk menggunakan kaki.

Tangan De Ge sibuk memegang tiang dan bola pula melalui celahan kaki dan telurnya membuatkan De Gea terkemut-kemut lalu Connor Cody pantas menyambar peluang yang terhidang.

Tiada siapa yang tahu kenapa David De Gea tidak mahu menggunakan tangan dan hanya tercegat disitu seperti menyangkan bola akan keluar.

Bekas pemain Arsenal yang kini menjadi pengulas bola sepak, Lee Dixon nyata tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh David De Gea itu dan berkata:

โ€œDavid De Gea telah mengalami mimpi ngeri mutlak di sana. Saya tidak pasti ke mana dia fikir bola itu pergi.โ€

โ€œApa yang dia buat! Saya tidak percaya apa yang baru saya lihat. Dia adalah salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dalam membuat penyelamatan dengan kakinya tetapi pada kesempatan itu, letakkan sarung tangan anda di atasnya. Apa yang ada dalam kepalanya!โ€

Kerana menang maka kesilapan bodo De Gea ini tidak menjadi seteruk penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga yang juga telah melakukan perkara pelik yang membawa kepada kekalahan.

Disebabkan itu Kepa Arrizabalaga telah dituduh oleh peminat sebagai menjual perlawanan selepas melepaskan gol yang penuh kesangsian dan boleh dipertikaikan yang menjadi gol tunggal perlawanan dan gol kemenangan Manchester City.

Manchester United 3-1 Everton

Manchester United meneruskan rentak cemerlang mereka apabila mencatatkan 7 kemenangan secara berturut-turut dalam semua kejohanan dan Marcus Rashford juga terus gemilang.

Pasukan bimbingan Erik Ten Hag mudah membenam cabaran anak buah Frank Lampard yang hilang punca dengan jaringan 3-1 untuk mara ke pusingan 32 terakhir.

Antony membuka tirai jaringan seawal mini keempat lagi selepas menyambar dengan menggelunsurkan badam untuk menolak masuk hantaran Marcus Rashford ke gawang terbuka.

Tidak lama selepas itu, Anthony Martial pula cuba menggandakan kedudukan dengan satu rembatan jarak jauh yang pergi ke tepi tiang sebelah luar.

Hanya 10 minit Manchester United sempat mendahului apabila Conor Coady kembali menyamakan kedudukan dari satu jaringan yang agak aneh dan tidak sepatutnya terhasil.

Hantaran silang penuh terdesak Neal Maupay ketika bola hampir keluar sepatutnya mudah ditangkap David De Gea namun memilih untuk menggunakan kaki.

Tangan De Ge sibuk memegang tiang dan bola pula melalui celahan kaki dan telurnya lalu Connor Cody pantas menyambar peluang yang terhidang.

Gandingan Marcus Rashford dan Anthony Martial agak menjadi dan Antony berpeluang untuk menggandakan kedudukan namun gagal disudahka, begitu juga percubaan cantik Cristian Eriksen yang tersasar.

Dengan kedudukan kembali seimbang permainan pun turut menjadi seimbang dari segi penguasaan bola namun diseparuh masa pertama Manchester United melakukan 10 percubaan dengan tiga percubaan tepat.

Everton walaupun melakukan tiga percubaan sahaja tetapi dua daripadanya adalah percubaan tepat dan bersambung permainan selepas rehat, Manchester United terus mengasak.

Pada minit ke-52, Marcus Rashford melakukan larian solo dari kini dan memotong masuk ke dalam tanpa memberi signal berjaya memperdayakan Seamus Coleman.

Rashford telah menghantara satu bola rendah dan deras ke tengah dan Connor Cody telah membalas jasa baik David De Gea dengan menahan bola ke gawang sendiri.

Penyokong United, mengharapkan pasukan mereka menyelesaikan tugas dengan selesa, melaungkan โ€˜Anda akan dipecat pada waktu pagiโ€™ kepada Frank Lampard โ€“ tetapi Everton belum mengalah.

Cubaan Doucoure masuk ke dalam kotak telah dihentikan oleh Raphael Varane tetapi bola digolek ke Coleman, yang memaksa De Gea untuk menepis hantaran silang berbahaya sebelum percubaan Vitalii Mykalenko disekat.

Everton menyangka mereka telah menyamakan kedudukan pada minit ke-73 apabila pemain gantian Dominic Calvert-Lewin menyempurnakan hantaran lintang Gray dari jarak dekat dengan dada, tetapi VAR campur tangan untuk memutuskan ia ofsaid terlebih awal ketika gerakan itu dibuat.

Gol ketiga Manchester United datang pada masa tambahan ketika pemain gantian Garnacho berlumba ke arah gawang, menerima kekasaran daripada Godfrey dan membenarkan Rashford mengekalkan rentak jaringannya.

Jaringan ini telah menjadikan Marcus Rashford pemain pertama Manchester United menjaringkan gol dalam 7 penampilan berturut-turut di home merentasi semua pertandingan sejak Wayne Rooney melakukannya antara Februari dan April 2012.

Roy Keane telah mengkritik aksi dan kualiti yang dipamerkan oleh Everton yang disifatkan sangat buruk dan tidak memenuhi piawaian liga teratas.

โ€œMereka mempunyai ramai pemain yang terlalu teruk, Aku tak pasti mereka ini mencapai standard Premiership atau tidak.โ€

Kesebelasan utama Man Utd : De Gea; Dalot, Varane, Shaw, Malacia; Casemiro, Eriksen; Antony, Fernandes, Rashford; Martial.
Pemain Simpanan : Heaton, Lindelof, Maguire, Martinez, Wan-Bissaka, Fred, McTominay, Elanga, Garnacho.

Kesebelasan utama Everton : Pickford; Coleman, Godfrey, Coady, Tarkowski, Mykolenko; Iwobi, Gueye, Onana; Maupay, Gray.
Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, McNeil, Calvert-Lewin, Gordon, Mina, Doucoure, Davies, Simms.

Pengadil Perlawanan: Darren England.

BACA:ย  De Gea Mengaku Beliau Kadang Kala Malu Menjadi Pemain Man Utd