Demi Trofi Champions League, PSG Mahukan Jose Mourinho

Pasukan gergasi di liga petani Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mahu mendapatkan khidmat Jose Mourinho bagi menggantikan Mauricio Pochettino demi menjulang trofi kejuaraan UEFA Champions League.

Paris Saint Germain sudah berhabis wang ringgit memperkasakan pasukan dengan mengikat pemain bintang dengan nilaian wang yang sangat tidak masuk akal memecah rekod dunia namun mereka terus terciduk di Eropah.

Thomas Tuchel merupakan pengurus yang paling hampir membawa kejuaraan Eropah kepada PSG namun mereka tewas di final Champions League 2020 kepada Bayern Munich.

Pengurus dari Jerman itu kemudiannya meninggalkan PSG kerana tidak sebulu dengan hieraki kelab dan telah membawa Chelsea muncul juara Champions League pada tahun 2021.

Mauricio Pochettino yang masuk menggantikan Thomas Tuchel dilihat tidak mampu membawa PSG memenuhi impian Eropah merekan walaupun berjaya membawa Les Parisiens merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim 2021/22 dan juga memenangi Piala Perancis.

Masa depan Pochettino di Parc des Princes berada dalam bahaya. Jurulatih Argentina itu dilaporkan akan dipecat dalam masa terdekat walaupun dilaporkan sudah mendapat restu Kylian Mbappe untuk kekal.

Walaubagaimanapun, pencapaian ini dianggap belum cukup memuaskan bagi pengurusan lantaran PSG telah melabur wang yang besar pada Lionel Messi dan juga Mbappe supaya pemain bintang itu terus kekal.

Messi dibawa masuk musim ini ke PSG selepas terpaksa dilepaskan oleh Barcelona. Selain Messi, nama nama seperti Donnarumma, Gini Wijnaldum dan Sergio Ramos turut memperkuat PSG.

Malangnya, hasil yang dikehendaki oleh PSG masih tidak kesampaian. Nasser Al Khelaifi sebelum ini tidak teragak agak memecat pengurus yang gagal memenangi UCL walaupun mereka menjuarai Ligue 1.

Ini kerana PSG merasakan Ligue 1 adalah perkara yang biasa dalam sasaran mereka. Berdasarkan jurang kekayaan pasukan mereka berbanding pencabar pencabar yang lain.

Dengan pelaburan yang besar bagi menyiapkan jentera yang canggih sudah pasti PSG mahukan hasil yang setimpal, bertani di Perancis sahaja tidak padan dengan modal yang telah dikeluarkan.

Setakat ini terdapat beberapa nama yang dikhabarkan bakal menjadi calon pengganti Mauricio Pochettino di PSG. Salah seorang daripada mereka ialah Jose Mourinho.

Menurut laporan Daily Mail, Mourinho benar-benar telah menjadi salah seorang daripada calon yang dipertimbangkan PSG dan khabar angin agak sayup nama Antonio Conte juga kedengaran.

Gergasi Perancis itu menilai pengurus Portugis itu sesuai dengan keperluan mereka. Lebih lebih lagi rekod Mourinho di Eropah sangat luar biasa.

Baru baru ini dia membantu AS Roma menjuarai Liga Persidangan Eropah. Menjadi pengurus pertama memenangi 3 piala eropah di peringkat kelab iaitu UCL, UEL dan UECL.

PSG mahukan jurulatih yang boleh memberi mereka peluang besar untuk memenangi Liga Juara-Juara. Mourinho sebelum ini pernah memenangi Big Ear sebanyak dua kali.

Jose Mourinho sendiri dilantik sebagai jurulatih AS Roma pada permulaan musim 2021/22. Pengurus yang sudah pun berrusia 59 tahun itu terikat dengan kontrak sehingga 2024.

Sebelum ini memang sudah terdapat desas desus bahawa Pochettino akan dipecat. Lebih lebih lagi pada pertengahan musim lalu Pochettino mengejutkan PSG apabila dia dikatakan mahu keluar menyertai Manchester United.

Pochettino dikatakan tidak gembira dengan peranannya di PSG yang ibarat boneka. Dia tiada kuasa besar sebagai pengurus. Dan pada masa yang sama terpaksa berdepan dengan ego bintang bintang PSG yang sangat tinggi.

Malangnya, Manchester United ketika itu hanya mahu mencari interim. Pochettino pula mahukan jawatan tetap.

PSG kemudian memutuskan untuk tidak mahu melepaskan pengurus itu kerana mereka gagal meyakinan Zinedine Zidane menyertai mereka.

Sebelum ini Mourinho pernah mengisi jawatan di Spurs selepas pemergian Pochettino. Adakah Mourinho akan mengisi tempat yang ditinggalkan Pochettino sekali lagi?

Pochettino dan Leonardo sebagai pengarah Sukan merupakan 2 nama yang hangat diperkatakan bakal dipecat sebelum ini dan Leonardo telah selamat dipecat seperti dijangka.

Luis Campos merupakan pengganti kepada Leonardo sebagai pengarah Sukan. Kylian Mbappe merupakan antara pemain yang tidak suka dengan Leonardo.

Luis Campos merupakan pilihan Kylian Mbappe. Di mana Campos merupakan pakar pemantau bakat yang menemui bakat Mbappe dan ramai lagi bintang masa depan di AS Monaco satu ketika dahulu.

Campos malah sudah diberikan peluang bersuara tentang perancangan PSG pada musim baharu. Di mana Campos menentang idea untuk mendapatkan Dembele. Dan ianya dikatakan menjadi sebab kenapa rundingan mendapatkan Dembele dihentikan serta merta.

Campos dikenali dengan sikapnya yang tegas di dalam tugasannya. Dia merupakan pakar dalam jual beli pemain dan paling menarik adalah Campos adalah peminat tegar dengan hasil kerja Jose Mourinho.

Untuk rekod Jose Mourinho merupakan pengurus yang terbukti dapat membawa kejayaan segera dengan kuasa wang seperti mana yang dilakukan bersama Chelsea yang tenat untuk memenangi Premier League.

Batu asas yang dipacakkan oleh Mourinho membolehkan kelab London itu akhirnya meraih gelaran Eropah walaupun beliau tidak lagi menjadi pengurus.

BACA:  Penalti Diberi Kepada PSG Langgar Garis Panduan UEFA