Detik Beremosi Selepas Seluruh Wanda Metropolitano Beri Standing Ovation Kepada Radamel Falcao

Ribuan penyokong Atletico Madrid telah memberikan standing ovation kepada legenda kelab, Radamel Falcao ketika aksi pertemuan bertemu Rayo Vallecano dalam saingan La Liga awal pagi semalam.

Ia jelas sekali merupakan satu detik yang sungguh beremosi dan sudah tentu segala bulu-bulu badan Falcao akan berdiri tegak ketika melihat bagaimana para penyokong Atletico menghargai beliau.

Pemain penyerang veteran dari Colombia itu pernah menjaringkan 70 gol dari 91 perlawanan untuk Los Colchoneros, sepanjang dua tahun kariernya di Wanda Metropolitano.

Semalam, beliau turun sebagai pemain Rayo Vallecano dan beraksi bertemu bekas kelabnya Atletico di stadium yang pernah menjadi rumahnya satu ketika dahulu.

Seperti yang boleh dilihat dalam rakaman di bawah, Falcao disambut betul-betul bagai seorang pahlawan sejati yang baru pulang dari berkhidmat untuk negara.

Beliau dimasukkan pada minit ke-75 permainan, untuk menggantikan Santi Comesana dan reaksi para peminat ketika melihat beliau bergerak masuk ke dalam stadium sungguh priceless.

Ia merupakan detik yang sangat mengharukan dan sudah tentu Falcao sendiri akan sangat beremosi dengan sambutan yang beliau terima dari para penyokong.

Kehadiran Falcao tidak cukup untuk membantu Vallecano memperoleh sesuatu dari perlawanan ini, dengan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 di tangan pasukan tuan rumah.

Angel Correa meledak dua gol dalam perlawanan ini untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Atletico Madrid menewaskan Rayo Vallecano.

Selain dari keputusan perlawanan itu yang menjadi topik perbualan para peminat, insiden bagaimana para penyokong beri standing ovation kepada pemain berusia 35 tahun itu turut berjaya mencuri perhatian ramai.

Ramai yang beremosi melihat seluruh stadium memberikan terpukan gemuruh kepada Radamel Falcao ketika beliau mahu masuk ke padang.

“Tak sangka Falcao boleh dapat penghargaan seperti ini, respect untuk penyokong Atletico Madrid yang menunjukkan sisi keindahan dalam dunia bola sepak.”

“Inilah keindahan sebenar dalam dunia bola sepak. Falcao sudah tentu akan terus mengenang detik ini sebagai detik terhebat dalam kariernya.”

“Walau Falcao menyertai pasukan lawan, namun ia langsung tidak menghalang penyokong Atletico untuk terus menghargai beliau sebagai legenda kelab.”

“Reaksi penyokong Atletico Madrid seolah-olah Falcao sudah berpuluh-puluh tahun beraksi bersama mereka.”

“Meremang bulu roma saya melihat bagaimana seluruh stadium bangun beri standing ovation kepada Falcao ketika dia dimasukkan.”

Pada September lalu, Rayo Vallecano telah mengumumkan yang mereka sudah berjaya melengkapkan perpindahan bekas bintang Porto dan Monaco itu selepas kontraknya bersama Galatasaray ditamatkan.

Falcao telah diberikan jersi bernombor tiga pada musim 2021/23 dengan ini merupakan pertama kali beliau kembali ke La Liga sejak 2013 yang lalu.

“Ini merupakan peluang keemasan dalam karier saya, saya sangat gembira dengan kelab ini.”

Jelas Falcao sebaik beliau melengkapkan perpindahannya menyertai Rayo Vallecano.

“Ini adalah tempat yang mana mereka akan berikan saya segala keyakinan agar saya dapat berikan yang terbaik dan menjadi sebahagian dari skuad dengan semangat yang menakjubkan.”

“Saya kena beberapa pemain di sana, mereka membantu saya untuk biasakan diri dengan bilik persalinan, barisan tenaga kejurulatihan, jadi saya sangat berbangga dapat jadi sebahagian dari kelab ini.”

“Untuk dapat kembali beraksi dalam saingan liga yang saya sudah biasa sebelum ini, yang mana ia sangat kompetetif, dan sudah tentu ia akan terus membantu saya untuk berkembang lagi.”

Falcao sudah membuat 11 penampilan dalam saingan La Liga pada ketika ini bersama Rayo Vallecano, dengan beliau cemerlang menjaringkan lima gol sepanjang tempoh tersebut.

Sudah tentu beliau diharapkan untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini dalam usahanya untuk membantu menaikkan kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Thomas Lemar Buat Kejutan Dengan Memilih Untuk Menyertai Atletico Madrid