“Dia Fikir Dia Siapa?”- Pengurus Senegal Bantai Klopp Isu Hina Piala Benua Afrika

Pengurus Senegal, Aliou Cisse bengang dengan Jurgen Klopp kerana komen kontroversi berkait Piala Benua Afrika yang dilakukan oleh pengurus dari Jerman itu sebelum ini.

Liverpool akan turun beraksi tanpa Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita sepanjang kejohanan Piala Benua Afrika yang akan dilangsungkan dari Januari hingga Februari nanti.

Klopp sebelum ini pernah ditanya tentang halangan yang bakal beliau hadapi berkait kejohanan tersebut, dengan ayat Klopp yang menganggap pertandingan tersebut sebagai pertandingan kecil telah mencetuskan kontroversi.

Kata-kata dari Jurgen Klopp itu sepertinya telah mengundang kemarahan pengurus Senegal, yang kini tampil menghentam pengurus dari Jerman itu.

“Klopp fikir dia siapa sebenarnya?”

Jelas Cisse memulakan perbicaraannya kepada Daily Express.

“Saya uruskan Senegal dan pemain saya bermain untuk Klopp di Liverpool.”

“Saya hormati Liverpool tapi tidak Klopp yang memandang rendah kepada acara bola sepak Afrika. Dia berada di mana dia berada sekarang kerana pemain bola sepak Afrika.”

Cisse kemudiannya mengatakan yang Klopp berhutang dengan pemain dari Afrika sebalik semua kejayaan beliau pada ketika ini.

Beliau turut menghentam Klopp dengan menganggap pengurus dari Jerman itu sebenarnya tiada apa-apa tanpa Salah dan Mane yang membantu beliau memenangi perlawanan akhir yang tidak pernah beliau menangi sebelum ini.

Liverpool tewas dalam aksi perlawanan akhir Europa League ketika aksi bertemu Sevilla pada tahun 2016, dan kemudian tewas dalam aksi saingan Champions League kepada Real Madrid pada tahun 2018.

The Reds kemudiannya berjaya memenangi aksi perlawanan akhir ketika bertemu Tottenham Hotspur pada musim selepas kekalahan kepada Real Madrid itu.

“Hari ini, dia berani memanggil AFCON sebagai pertandingan kecil. AFCON ada jumlah penyertaan yang sama, 24 sama seperti Euro. Jadi dia fikir dia siapa?”

“AFCON akan ada jumlah bintang yang sama seperti bintang yang bantu dia bersinar bersama Liverpool. AFCON memiliki pemain yang berkualiti sama seperti Euro.”

Sebelum ini, Klopp pernah berdepan dengan seorang wartawan yang turut mempertikaikan hal yang sama, dan menuntut beliau untuk meminta maaf.

Jurgen Klopp walau menggunakan telah menjelaskan situasi sebenar dan menegaskan yang beliau langsung tidak ada maksud untuk menghina atau menyinggung perasaan warga Afrika.

Perdebatan Klopp dan Babatunde berkait komen hinaan ke atas Piala Benua Afrika

Jurgen Klopp telah diminta untuk meminta maaf atas komen yang beliau buat berkait Piala Benua Afrika oleh seorang wartawan yang dilihat sangat beremosi.

Wartawan tersebut dalam keadaan terasa hati meminta Klopp untuk meminta maaf atas komen beliau yang menganggap Piala Benua Afrika sebagai kejohanan kecil.

Jika ditanya tentang AFCON, individu yang paling tahu dan terkesan dengan pertandingan itu tentunya Jurgen Klopp yang akan kehilangan ramai pemain utama yang menyertai pertandingan tersebut.

Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita akan menyertai pertandingan tersebut pada tahun hadapan, dan kesemua mereka merupakan nadi utama dalam sistem kendalian Jurgen Klopp.

Sebelum ini, pengurus Liverpool itu tampil bercakap tentang tiadanya rehat antarabangsa lagi sehingga Mac nanti, selepas berakhirnya aksi antarabangsa pada November ini.

Beliau kemudian teringat tentang pertandingan Piala Benua Afrika yang akan dilangsungkan di Cameroon pada tahun hadapan.

Secara sinis, pengurus Liverpool itu menggambarkan pertandingan tersebut sebagai pertandingan kecil, namun ungkapan yang beliau gunakan tidak disenangi oleh salah seorang wartawan dari Afrika.

Wartawan yang terkesan dan beremosi itu tampil dalam sidang media selepas aksi bertemu Porto hari ini, untuk meminta Jurgen Klopp meminta maaf atas komen yang beliau lakukan.

Walau bagaimanapun, pengurus berusia 54 tahun itu telah menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan yang wartawan tersebut salah faham dengan maksud beliau.

Jurgen Klopp menegaskan yang beliau tiada maksud untuk menghina, menyakiti atau melukai hati mana-mana pihak dari benua Afrika berkait komen beliau sebelum ini.

“Hi Jurgen, ketika sidang media lepas perlawanan sebelum ini, kamu dengan sengaja menyebut yang Piala Benua Afrika merupakan pertandingan kecil.”

Jelas salah seorang wartawan dari Paris, Ojora Babatunde ketika mempersoalkan tentang hal tersebut kepada Klopp.

“Saya rasa ia satu hinaan untuk pemain, hinaan untuk penyokong, hinaan untuk masyarakat di benua itu dan saya rasa kamu berhutang permohonan maaf.”

Selepas Jurgen Klopp menegaskan yang beliau tidak bermaksud seperti itu, Babatunde sekali lagi menegaskan yang komen pengurus Liverpool itu berunsur hinaan.

“Itulah apa yang kamu katakan, saya dengar sidang media itu dan kamu kata pertandingan benua Afrika pertandingan kecil, itulah apa yang kamu katakan.”

Bekas pengurus Borussia Dortmund itu akhirnya diberi kesempatan untuk membela diri dan menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan:

“Saya tidak bermaksud begitu, come on.”

“Jadi saya langsung tidak bermaksud ke situ, apa yang ada dalam fikiran saya adalah saya bukan mahu bercakap tentang Piala Benua Afrika sebagai pertandingan kecil atau Afrika benua yang kecil, bukan sama sekali.”

“Apa yang saya maksudkan adalah, jika kamu lihat temu bual itu secara keseluruhannya mungkin kamu akan faham dengan cara yang betul jika kamu mahu, kerana saya kata di sana tidak ada rehat antarabangsa sehingga Mac.”

“Kemudian saya kata, ‘oh ada satu pertandingan pada Januari’ dan saya tak maksudkan pertandingan itu kecil, saya mahu katakan yang itu tetap satu pertandingan, ia ironik. Ia masih tetap pertandingan, pertandingan besar. Kami hilang pemain terbaik kami untuk pertandingan itu.”

Pertandingan yang dimaksudkan itu sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu, dan ia telah ditunda pada Januari nanti dan akan berlangsung selama hampir sebulan.

Seandainya pasukan mereka berjaya layak sehingga aksi perlawanan akhir, maka Salah dan Mane akan terlepas tiga aksi dalam saingan Premier League dan berkemungkinan terlepas aksi pusingan kedua Piala FA.

Dengan Liverpool dilihat berpotensi untuk mencabar kejuaraan liga musim ini, kehilangan pemain penting sebenarnya memberi impak yang besar kepada skuad The Reds.

Ia sepertinya akan menjejaskan aksi Liverpool dalam usaha mereka untuk terus bersaing dengan Chelsea dan Manchester City dalam merebut kejuaraan Premier League musim ini.

Klopp jelas sekali sedar akan hal tersebut dan sindiran yang beliau maksudkan adalah kerana FIFA tidak memberikan rehat ketika pertandingan itu berlangsung.

Beliau akan kehilangan pemain penting yang bakal menyertai pertandingan itu, namun tiada rehat dan menyebabkan beliau tidak dapat menggunakan khidmat bintang-bintang utamanya itu.

Babatunde kemudian sedar yang Jurgen Klopp tidak bermaksud seperti itu dengan beliau terus mendiamkan diri tanda berpuas hati dengan jawapan yang beliau terima.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tiga Kata Yang Cukup Beremosi Dari Klopp Kepada Mane