Tiga Kata Yang Cukup Beremosi Dari Klopp Kepada Mane

Jurgen Klopp tampil bercakap tentang pemergian Sadio Mane selepas bintang Senegal itu diumumkan sebagai penandatanganan terbaru Bayern Munich semalam.

Sadio Mane secara rasminya telah menandatangani kontrak bersama Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai €27 juta dan boleh meningkat hingga €41 juta jika dicampur bonus tambahan.

Nilai tersebut sebenarnya sama dengan nilai ketika beliau ditandatangani oleh Liverpool dari Southampton pada tahun 2016 yang lalu.

Mane dianggap sebagai pencetus kepada evolusi kebangkitan Liverpool dek kerana beliau merupakan penandatanganan pertama Jurgen Klopp di Anfield.

Ketika musim pertama beliau bersama Liverpool, Sadio Mane berjaya menjaringkan 13 gol dari 27 penampilan dalam saingan Premier League.

Penglibatan beliau dalam saingan AFCON pada ketika itu sedikit mengganggu perjalanan Liverpool untuk memenangi liga dengan The Reds berada di kedudukan kedua menjelang Christmas pada ketika itu.

Gol debut beliau di Emirates dan gol kemenangan di minit akhir yang beliau jaringkan di Goodison Park akan terus dikenang oleh para peminat.

The Reds berjaya melayakkan diri ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League dua musim selepas itu dengan Mane merupakan nadi penting sebalik kejayaan The Reds pada ketika itu.

View this post on Instagram

A post shared by FC Bayern (@fcbayern)

Hat-trick Mane di Porto pada musim 2017/18 dan penglibatan beliau dalam membantu Liverpool bangkit menewaskan Barcelona 4-0 juga akan dikenang sebagai detik terhebat bintang Afrika itu di Anfield.

Ketika Liverpool berjaya memenangi gelaran Premier League, Mane berjaya menjaringkan 18 gol dan beliau turut meledak gol ketika aksi pertemuan bertemu Chelsea dalam saingan Super Cup.

Sadio Mane pada musim lalu turut melalui musim yang gemilang dengan beliau menjadi peledak gol utama Liverpool serta menjadi nadi penting Senegal untuk menjuarai saingan AFCON.

Beliau mengakhiri saingan musim lalu dengan menjaringkan 23 gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan.

View this post on Instagram

A post shared by Sadio Mane (@sadiomaneofficiel)

Ketika diminta untuk gambarkan impak pemain sayapnya itu dengan menggunakan tiga patah kata, Jurgen Klopp menjawab:

“Pemain berkelas dunia! Legenda kelab sebenar! Model peranan terbaik! Rakan sepasukan yang sempurna! Penyayang, Seorang yang selalu mengambil berat!”

*******

“World-class player! True club legend! Ideal role model! The perfect teammate! Compassionate, caring person!

Namun 3 kata yang paling beliau tekankan dan sukar untuk beliau lafazkan adalah:

“Kami akan rindukan kamu.”

******

“WILL miss you.”.

Selain Sadio Mane, Liverpool turut kehilangan Takumi Minamino yang sudah sah menyertai Monaco baru-baru ini.

Takumi Minamino sah menyertai Monaco

Takumi Minamino secara rasminya telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai AS Monaco dengan yuran perpindahan bernilai £15.5 juta.

Beliau merupakan pemain Asia pertama yang beraksi bersama Liverpool dan walaupun kariernya di Anfield tidak panjang, namun Minamino tetap meninggalkan sejarah yang akan terus dikenang oleh peminat.

Beliau ditandatangani dari Red Bull Salzburg pada jendela perpindahan Januari tahun 2020 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €8.50 juta.

Sepanjang kariernya bersama Liverpool, Minamino telah membuat 55 penampilan dengan beliau turut berjaya menjaringkan 14 gol dan mencatatkan 3 assists sepanjang tempoh tersebut.

Walau nama beliau tidak disebut-sebut seperti bintang penyerang lain, namun harus diakui yang Minamino juga turut memberikan impak yang sungguh dasyat untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Beliau merupakan individu penting yang membantu Liverpool untuk menjuarai dua piala pada musim ini.

Takumi Minamino merupakan wira penting yang membantu Liverpool untuk layak ke perlawanan akhir dalam saingan Carabao Cup dan FA Cup musim lalu.

Beliau juga merupakan penjaring terbanyak dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Memandangkan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool, maka Minamino lebih memilih untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Beliau berjaya menarik minat beberapa kelab sebelum ini, namun akhirnya bersetuju untuk menyertai Monaco dan urusan perpindahan beliau telah dimuktamadkan pada minggu ini.

Seperti yang ditulis di atas, Minamino sememangnya layak untuk dianggap sebagai antara legenda kelab atas sumbangan dan persembahan yang beliau persembahkan.

Minamino selamatkan maruah Liverpool musim lalu

Liverpool pada musim lalu sebenarnya hampir mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak Inggeris dengan mereka berpotensi untuk menjadi pasukan pertama memenangi gelaran quadruple.

The Reds pada hujung musim berjaya bersaing rapat dengan Manchester City untuk merebut gelaran Premier League dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan jurang satu mata sahaja.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga beraksi sangat cemerlang dalam saingan Champions League dengan mereka berjaya untuk layak ke perlawanan akhir.

Minamino dan Origi sementara itu menjadi nadi penting untuk skuad Liverpool di pentas pertandingan domestik dengan gol jaringan mereka berjaya membawa The Reds ke pentas perlawanan akhir kedua-dua Carabao Cup dan FA Cup.

Malang untuk Liverpool, dari kononnya mereka bakal memenangi gelaran quadruple, mereka akhirnya terlepas dua piala utama Premier League dan Champions League.

Mujur saja mereka sudah berjaya mengesahkan dua Piala lebih awal dan jelas sekali kedua-dua piala itu dimenangi hasil usaha dan bantuan dari Minamino dan Origi.

Oleh yang demikian, Liverpool berjaya menutup malu terlepas gelaran quadruple dengan memenangi gelaran double pada musim lalu.

Jentera serangan Liverpool semakin padu

Selepas kehilangan Sadio Mane, Divock Origi dan Takumi Minamino, Liverpool dijangka akan berdepan masalah kekurangan pemain di posisi serangan.

Walau bagaimanapun, hal itu sama sekali tidak difikirkan oleh mereka, memandangkan Liverpool selepas ini bakal memiliki jentera serangan yang lebih padu.

Selepas berjaya melengkapkan pembelian Luis Diaz dari Porto pada Januari lalu, Liverpool pada musim panas ini berjaya melengkapkan penandatanganan penyerang sensasi dalam dunia bola sepak hari ini, Darwin Nunez dari Benfica.

Para peminat sebenarnya sudah tidak sabar mahu melihat bagaimana impak pembelian Nunez kerana beliau sememangnya mempunyai reputasi yang sangat dasyat.

Beliau dikatakan bakal mencipta gandingan yang luar biasa menakjubkan bersama Luis Diaz, Mohamed Salah, Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Liverpool juga turut berjaya melengkapkan pembelian Fabio Carvalho dari Fulham dan bintang muda berusia 19 tahun itu dikatakan bakal bersinar di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Selepas Bergaduh Dengan Penyokong Swansea, Klopp Memohon Maaf