Dianggap Tarik Diri, Spurs Sah Tersingkir Dari Saingan Europa Conference League

Tottenham Hotspur secara rasminya telah tersingkir dari saingan Europa Conference League selepas mereka dianggap menarik diri dari aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Rennes.

Spurs perlu mencatatkan kemenangan bertemu wakil dari saingan Ligue 1 itu untuk melayakan diri mereka ke pusingan kalah mati dalam pertandingan tersebut.

Selepas berdepan kekalahan memalukan bertemu Vitesse dan NS Mura sebelum ini, Spurs wajib mencatatkan kemenangan bertemu Rennes untuk layak.

Walau bagaimanapun, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 9 Disember itu terpaksa ditangguhkan di saat-saat akhir, selepas kem Spurs diserang wabak pandemik.

UEFA sebelum ini sudah mengesahkan yang perlawanan tersebut tidak akan ditangguhkan dan kini mereka tampil memutuskan yang Spurs dianggap sudah menarik diri.

Dek kerana itu, Rennes secara rasminya telah diberikan kemenangan 3-0, seterusnya menyebabkan wakil dari Premier League itu tersingkir dari kejohanan.

Tottenham cuba untuk mempertahankan diri mereka dengan menganggap yang mereka memang tidak boleh meneruskan perlawanan tersebut, selepas lapan pemain dan lima staff disahkan positif 24 jam sebelum aksi sepak mula perlawanan.

Ekoran dari hal itu juga, aksi perlawanan antara Spurs bertemu Brighton pada 12 Disember lalu turut terpaksa ditangguhkan.

UEFA walau bagaimanapun telah memutuskan yang Spurs sebenarnya sudah melanggar peraturan pertandingan yang menyatakan bahawa setiap pasukan yang memiliki 13 pemain padang dan seorang penjaga gol perlu menghabiskan perlawanan mereka.

Kenyataan dari UEFA telah menyatakan bahawa:

β€œEkoran dari beberapa orang yang disahkan positif C0V-19 yang mana mereka adalah pemain dan staff Tottenham Hotspur FC, perlawanan UEFA Europa Conference League peringkat kumpulan yang menemukan antara Tottenham Hotspur FC dan Rennais FC yang dijadualkan akan dilangsungkan pada 9 Disember 2021 di London tidak dapat diteruskan.”

β€œHal itu telah dilaporkan kepada Badan kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA, untuk memutuskan keputusan yang perlu diambil berdasarkan lampiran J peraturan-peraturan UEFA Europa Conference League musim 2021/22.”

β€œMengikut artikel 30 (4) unit Tatatertib UEFA dan melihat kepada keadaan yang mendesak berkait perkara itu, pengerusi ad-hoc badan Kawalan, Etika dan Tatatertib telah merujuk kes itu kepada badan rayuan.”

Ketika artikel ini ditulis, UEFA sudah mengesahkan yang Spurs dianggap menarik diri dan secara rasminya tersingkir dari pertandingan.

Namun masih belum pasti sama ada Spurs berjaya atau tidak untuk menghantar rayuan dan memohon agar perlawanan semula antara kedua-dua pasukan akan dibenarkan.

Melihat kepada persembahan Spurs di bawah kendalian Antonio Conte pada ketika ini, mereka jelas sekali sangat berpotensi untuk mencipta kejutan menjadi pemenang pertama pertandingan UEFA Europa Conference League.

Para pemain Spurs dilihat mempamerkan aksi persembahan yang sangat berbeza ketika beraksi di bawah kendalian Antonio Conte, dan aksi bertemu Liverpool awal pagi tadi cukup untuk membuktikan yang Spurs kini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Jelas sekali sangat merugikan andai Spurs gagal untuk memenangi sesuatu dengan persembahan hebat yang mereka pamerkan dan tentunya pimpinan kelab akan berusaha merayu kepada UEFA agar membenarkan mereka beraksi bertemu Rennes.

Sejak dikendalikan oleh Antonio Conte, Spurs berjaya mencatatkan dua kemenangan dan tiga seri dari lima perlawanan dalam saingan Premier League.

Mereka masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dan ia menjadikan Spurs sebagai pasukan kegemaran untuk menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan empat teratas.

Pihak kelab sepertinya sudah membuat keputusan yang tepat untuk melantik Antonio Conte sebagai pengurus yang baru, dengan pengurus dari Itali itu kini sudah menunjukkan impak yang sangat positif.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Tottenham Hotspur Ketepikan 4 Pemain Dari Menyertai Skuad Jelajah Asia