Dikeronyok Libya 4-0, Penyokong Indonesia Kecam Jordi Amat Dan Hubner

Indonesia dibelasah Libya 4-0 dalam aksi pemanas badang sebelum  Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Titanic Mardan, Turki, pada Selasa.

Perlawanan berlangsung sengit. Pada permulaan permainan, pasukan kebangsaan Indonesia sebenarnya mempunyai beberapa siri serangan yang mengancam lawan mereka.

Dengan perlawanan baru berusia dua minit, sepakan deras Saddil Ramdani dari luar kotak membuatkan memaksa penjaga gol Libya, Alwuheeshi Murad melakukan penyelamatan untuk menangkap bola.

Memasuki minit keempat, Libya turut mendapat peluang yang dicipta Ekrawa Ahmed dengan rembatan yang menyasar ke sebelah kanan gawang.

Lapan minit kemudian, rembatan Masour Fadel di dalam kotak penalti sedikit melepasi palang pasukan kebangsaan Indonesia.

Libya sekali lagi mengancam gawang pasukan negara Indonesia pada minit ke-19 menerusi Ekrawa Ahmed yang mampu dijangka Syahrul Trisna.

Ekrawa akhirnya menembusi gawang Syahrul Trisna apabila perlawanan memasuki minit ke-25.

Ia bermula dengan kesilapan Wahyu Prasetyo yang gagal mengeluarkan bola dan ia jatuh di kaki Ekrawa.

Tidak mensia-siakan peluang, pemain berusia 34 tahun itu segera menyepak bola yang sukar untuk Syahrul dihadang. Libya 1-0 di hadapan pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Shin Tae-yong membuat pertukaran keseluruhan kecuali posisi penjaga gol.

Dia memasukkan bintang bintang seperti, Witan Sulaeman, Justin Hubner, Jordi Amat, Edo Febriansah, Ivar Jenner, Marselino Ferdinan, Adam Alis, Egy Mualana, Ramadhan Sananta dan Hokky Caraka.

Justin Hubner, turut membuat penampilan sulungnya bersama pasukan kebangsaan Indonesia. Pemain yang berpangkalan di Liga Perdana Inggeris bersama Wolves.

Pada minit ke-50, rembatan Adam Alis terkena palang Libya. Seminit kemudian, Syahrul dapat menyekat sepakan Ekrawa dari dalam kotak penalti.

Memasuki minit ke-54, gol kedua Libya yang dijaringkan oleh Ekrawa dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Empat minit kemudian, Libya berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 menerusi kaki Omar Alkhoja.

Hokky Caraka yang masuk pada separuh masa kedua terpaksa digantikan oleh Arkhan Fikri kerana mengalami kecederaan pada minit ke-88.

Gol ketiga Libya hadir pada minit ke-89 hasil sepakan Taqtaq Husayn di dalam kotak penalti. Dia memintas hantaran Justin Hubner yang lemah. Dan kesempatan yang ada digunakan sebaiknya oleh Libya untuk menambah gol.

Memasuki minit 90+2, Libya melebarkan kedudukan kepada 4-0 menerusi sepakan jarak jauh Abdulnabi Abdulsamia. Gol itu hadir datang daripada bola yang disambar Jordi Amat. Kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Di media sosial peminat Indonesia mengecam prestasi pasukan mereka. Terutama sekali Hubner dan Jordi Amat yang telah melakukan kesilapan yang memberikan peluang kepada lawan menghasilkan jaringan.

Ada yang menuduh kedua dua pemain itu telah memberikan ‘1 assist’ masing masing kepada lawan mereka.

Ada juga peminat yang menganggap Shin Tae Yong sudah kehilangan magisnya.

Mereka turut menggariskan terlalu banyak kesilapan berlaku pada separuh masa kedua. Walaupun pada awal separuh masa pertama Indonesia bermain dengan sangat baik sekali.

Selain itu ada juga yang mengingatkan Indonesia bahawa Piala Asia 2023 mereka sekumpulan dengan pasukan Samurai Biru yang jauh lebih kejam daripada Libya.

Tetapi di sebalik komen negatif itu ada juga peminat Indonesia yang meminta agar penyokong mereka kekal tenang. Nama pun perlawanan ujian atau pemanas badan.

Indonesia diletakkan dalam kumpulan D untuk Pila Asia 2023 bersama sama dengan Jepun, Iraq dan Vietnam.

Indonesia akan berdepan dengan Iraq dalam aksi pembukaan pada 16 Januari akan datang. Harapan penyokong Indonesia adalah skuad Garuda mereka dapat mara ke ke kalah mati sekurang kurangnya sebagai pasukan no.3 terbaik daripada kumpulan.

BACA:  Piala Dunia B-20: FIFA Mahu Indonesia Terima Israel Atau Digantung Daripada Kelayakan Piala Dunia