Perancangan Manchester United untuk menghadapi jendela perpindahan musim panas ini sepertinya bakal berubah dengan lebih drastik lagi.
Pihak kelab telah mengesahkan yang director of football negotiations, Matt Judge secara rasminya telah berhenti dan meninggalkan jawatan beliau di Old Trafford.
United dijangka akan melalui musim panas yang sibuk dengan Erik Ten Hag bakal tiba di Old Trafford sebagai pengurus tetap kelab yang baru.
Matt Judge leaving @ManUtd. Following on from Ed Woodward and others, it does feel like Richard Arnold is determined the club will be different. However, the ownership must be of the same mind if meaningful change is to be implemented.
— Simon Stone (@sistoney67) April 29, 2022
Jelas sekali beliau akan membawa masuk beberapa pemain baru pada musim panas nanti sebagai penambah kekuatan dalam skuadnya bagi menghadapi musim baru nanti.
Tidak ketinggalan juga dengan pemain yang akan pergi meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan beberapa pemain bintang sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.
Ten Hag sepertinya akan dapat bantuan dari Ralf Rangnick yang akan bertugas sebagai penasihat kelab, walaupun beliau baru sahaja menerima jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Austria.
Polisi rekrutmen kelab telah dihentam teruk oleh kedua-dua Ten Hag dan Ralf Rangnick dan sepertinya keadaan di belakang tabir sudah mula menunjukkan perubahan.
Dua individu yang terlibat dengan tugas scouts telah meninggalkan kelab secara rasmi baru-baru ini dan jelas sekali ia satu hal yang positif.
BREAKING: Manchester United’s chief transfer negotiator Matt Judge resigns from role at Old Trafford. https://t.co/DAWTZyEqJJ
— Metro (@MetroUK) April 29, 2022
Terbaru, Judge pula dijangka akan menyertai mereka dengan The Athletic mengesahkan bahawa individu yang bertanggungjawab menguruskan rundingan perpindahan dan mengendalikan kontrak pemain itu sudah sah akan meninggalkan kelab.
Director of football negotiations kelab itu telah mula menggalas tugas tersebut sejak 2014 lagi dan baru-baru ini beliau dikatakan bekerjasama dengan Ed Woodward sebelum meninggalkan kelab pada tahun lalu.
Judge masih akan ada bersama kelab menunggu hari-hari akhirnya, namun beliau tidak akan terlibat sama sekali dengan apa-apa strategi atau perancangan pada jendela perpindahan akan datang.
Beliau dikatakan mahu mempertimbangkan soal masa depannya bersama kelab selepas ada rombakan berkait struktur di belakang tabir yang berlaku di Old Trafford.
Pihak kelab terpaksa melakukan perubahan itu dalam usaha mereka untuk beri saingan kepada seteru utama mereka, Manchester City dan Liverpool.
John Murtough yang menjadi director of football pertama kelab kini akan bertanggungjawab sepenuhnya berkait polisi perpindahan bersama pegawai teknikal, Darren Fletcher.
"IT'S ABSOLUTELY INCREDIBLE MARK!" 🤩
Matt Judge, who led transfer and contract negotiations, has left #mufc. @markgoldbridge hopes this is the start of a revolution at the club. Do you agree? 👇
Join ➡️ https://t.co/Y8pi0zf22G pic.twitter.com/cfFLqAvPZ9
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) April 29, 2022
Ada cakap-cakap belakang sebelum ini yang mendedahkan bahawa pihak kelab pada ketika ini sedang memantau perkembangan Paul Mitchell yang kini sedang bertugas sebagai director of football di Monaco untuk di bawa ke Old Trafford.
Bekas director of football RB Leipzig itu dikatakan pernah bekerjasama dengan Ralf Rangnick dan jelas sekali pengurus dari Jerman itulah individu yang sangat mahukan beliau ke Old Trafford.
Pihak kelab sudah terlalu kerap dihentam dek kerana cara mereka scouting dan merekrut pemain dengan ada dakwaan yang menyatakan mereka mengejar pemain ada nama berbanding pemain yang betul-betul mereka mahukan.
Perubahan struktur di Old Trafford ini jelas sekali satu hal yang sangat positif dan para peminat sendiri akan sangat gembira dengan hal ini.
Memandangkan Woodward juga bakal meninggalkan kelab, maka jelas lah mereka akan sangat gembira dan akan lebih yakin dengan kelab.
Walau bagaimanapun, Judge juga sebenarnya terlibat dengan rundingan untuk mendapatkan Ten Hag sebagai pengurus terbaru kelab.
Jadi setidak-tidaknya beliau ada lakukan hal yang positif sebelum akhirnya memutuskan untuk meninggalkan terus jawatannya di Old Trafford.
🚨 EXCLUSIVE: Matt Judge has resigned as Man Utd head of corporate development. Judge led transfer + contract negotiations. Serving notice period & not expected to play active role in summer window. Amicable but another major change at #MUFC @TheAthleticUK https://t.co/OPZsDTbUzK
— David Ornstein (@David_Ornstein) April 29, 2022
Hanya masa yang akan jadi penentu dengan United sudah pasti akan melalui jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk selepas ini.
Pemain seperti Jesse Lingard, Paul Pogba, Edinson Cavani dan Juan Mata sudah pasti akan meninggalkan kelab dan mereka perlu mendapatkan pemain pengganti.
Sumber: SPORTbible