Dua Dosa RB Leipzig Yang Menjadikannya Kelab Paling Dibenci di Jerman

Bayern Munich, Borussia Dortmund, Bayer Leverkusen dan Wolfsburg adalah contoh pasukan Bundesliga yang memang dikenali ramai, terutamanya Wolfsburg yang diwakili pemain terhebat sepanjang zaman, Lord Bendtner dan kesemua kelab tersebut berasal dari Jerman Barat.

Pasukan manakah yang berasal dari Jerman Timur?

Sejak 2009, tiada wakil dari timur Jerman sejak Energy Cottbus tersingkir ke 2. Bundesliga, namun kelihatan ada sinar dari timur apabila kelab RB Leipzig telah naik ke Bundesliga.

Rb Leipzig telah berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan pertama mereka Bundesliga, setelah seri 2-2 ketika menentang TSG Hoffenheim.

Lebih padu RB Leipzig telah berjaya muncul sebagai naib juara Bundesliga dalam musim debutnya di Liga Utama Jerman itu sekaligus layak ke Champions League.

Walaubagaimanapun, kenaikan RB Leipzig atau nama penuhnya RasenBallSport Leipzig tidaklah disambut gembira, malah dikeji oleh majoriti penyokong bola sepak di Jerman.

Sejarah RB Leipzig

Mengenai kelab ini, RB Leipzig ditubuhkan pada 19 Mei 2009, kira-kira tujuh tahun lalu di bandar Leipzig – tempat lahirnya Jerman FA.

Dietrich Mateschitz – bos besar jenama minuman Red Bull, telah membeli hak untuk bermain di liga divisyen 5 Jerman, NOFV-Oberliga Süd.

Liga untuk kelab di timur, dari SSV Markranstädt dengan sasaran untuk beraksi di Bundesliga dalam tempoh lapan tahun.

Meskipun dibenci, RB Leipzig tetap mempnuyai penyokong setia dan jumlahnya semakin bertambah | Gambar : handelsblatt.com
Meskipun dibenci, RB Leipzig tetap mempunyai penyokong setia dan jumlahnya semakin bertambah | Gambar : handelsblatt.com

RB Leipzig menguasai NOFV-Oberliga pada musim tersebut dan dinaikkan ke Regionalliga Nord (IV) – divisyen 4, dan memenangi Regionalliga Nordost pada musim 2012-2013 tanpa kalah.

RB Leipzig naik ke 3. Liga, dan berjaya naik ke 2. Bundesliga pada musim berikutnya – kelab pertama yang mampu berbuat demikian semenjak liga divisyen 3 itu ditubuhkan.

Setelah dua musim mereka di divisyen 2, mereka berjaya naik ke Bundesliga – secara keseluruhannya hanya 7 tahun, setahun lebih cepat dari sasaran awal!

Secara Ringkasnya inilah perjalanan RB Leipzig di Bundesliga sebelum memecah masuk ke Eropah.

2009: RB Leipzig ditubuhkan

2010: Dipromosi/Naik ke divisyen keempat

2013: Dipromosi/Naik ke divisyen ketiga

2014: Dipromosi/Naik ke divisyen kedua

2016: Dipromosi/Naik ke Bundesliga

2017: Naib Juara Bundesliga

2020: Berjaya ke separuh akhir Champions League.

2020: Berjaya menghantar Manchester United ke Europa League

Hebat, bukan? Tetapi kenapa kelab ini dibenci?

Dosa satu : Tradisi dan Identiti

Di Eropah, kebanyakan kelab bola sepak telah ditubuhkan sejak awal kurun ke-19 dan penyokong mereka bangga dengan kelab masing-masing walaupun tiada kejuaraan dan kejayaan yang dirangkul.

Berbeza dengan tradisi ini, RB Leipzig ditubuhkan semata-mata demi wang dan kemasyhuran – kapitalisme.

Bak kata musuh setempat mereka, Lokomotiv Leipzig,

Kami ditubuhkan untuk bermain bola sepak, RB ditubuhkan untuk menjual minuman tenaga.

Red Bull Salzburg
Red Bull Salzburg | Gambar : Wikipedia

Pemilik Red Bull pada mulanya ingin menamakan kelab ini sebagai Red Bull Leipzig, sebagaimana kelab-kelab lainnya – Red Bull Salzburg di Austria, dan New York Red Bull di USA.

Akan tetapi, peraturan Bundesliga melarang penggunaan nama penaja sebagai nama pasukan – kecuali Bayer Leverkusen.

Ini kerana Bayer merupakan pemilik tunggal kelab tersebut dan telah mula menggunakan nama ini sebelum peraturan dikuatkuasakan – dan Mateschitz telah menukar RB daripada Red Bull kepada RasenBallSport Leipzig yang bermaksud Sukan Bola Padang Leipzig.

New York Red Bull
New York Red Bull | Gambar : Wikipedia

Begitu bencinya para penyokong kelab lain kepada RB Leipzig sehinggakan mereka tidak mahu kelab mereka mengadakan perlawanan pra-musim menentang RB Leipzing, malah pemiliknya, Mateschitz digelar Hitler dan penyokongnya digelar Nazi!

Situasi ini cukup berbeza di Malaysia apabila penaja dengan sesuka hati boleh menukar nama pasukan. Aah, memang tengah cakap pasal Pamoga Bla Bla Bla Bla Bla Warrior pun.

Dosa dua : ‘Melanggar’ Peraturan Hak Milik Kelab 50+1

Apa itu 50+1? Secara matematiknya 50+1 sudah pasti sama dengan 51. Tetapi dalam kisah RB Leipzig ini, ia mempunyai cerita yang berbeza.

Sejak zaman dahulu kala, ketika era sang kancil menipu buaya, kelab-kelab bola sepak di Jerman diuruskan sebagai satu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, dan pemilikan swasta langsung tidak dibenarkan – kecuali untuk dua kelab ; Bayer Leverkusen dan VFL Wolfsburg.

Bayer – ditubuhkan oleh syarikat farmasi, manakala Wolfsburg ditubuhkan Volkswagen Das Auto. Kedua-dua syarikat ini telah menyumbang kepada masyarakat setempat dari segi sukan dan rekreasi, seterusnya dikecualikan dari sistem ini.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1998, Jerman FA berasakan bahawa Bundesliga perlu dikomersialkan untuk menjana pendapatan kelab seterusnya menarik pemain hebat di alam semesta ke Jerman. Jadi, mereka telah memperkenalkan sistem 50+1.

RassenBallsport Leipzig
RassenBallsport Leipzig | Gambar : Wikipedia

50+1 bermaksud kelab penyokong sesebuah kelab itu perlu menguasai sekurang-kurangnya 51% hak sebagai pemegang saham, dan seterusnya mereka mempunyai hak untuk mengundi bagi menentukan dasar dan hala tuju kelab masing-masing.

Tetapi bagi presiden RB Leipzig, hal ini agak berat untuk ditanggung kerana dia telah berbelanja dengan cukup besar untuk menaikkan pasukan ini.

Jadi, dia telah mengenakan bayaran sebanyak 800 euro setahun kepada sesiapa yang ingin menjadi pemilik saham di kalangan penyokong, kira-kira sepuluh kali ganda lebih mahal dari bayaran keahlian daripada Bayern Munich-yang mempunyai 300,000 keahlian!

FC Bayern merupakan kelab nombor 1 di Jerman dan mempunyai ahli kelab penyokong yang sangat ramai | Gambar : seagames2015.com
FC Bayern merupakan kelab nombor 1 di Jerman dan mempunyai ahli kelab penyokong yang sangat ramai | Gambar : seagames2015.com

Akhirnya, hanya 300 orang yang berdaftar sebagai ahli kelab penyokong, dengan 17 orang yang mempunyai hak untuk mengundi.

Dan ya, 17 orang ini sebenarnya adalah mereka yang mempunyai kaitan dengan syarikat Red Bull.

Kebaikan Kapitalis Dalam RB Leipzig

Walaupun cukup dibenci, sebenarnya RB Leipzig ada kebaikannya. Sistem akademinya adalah antara sistem terbaik di Jerman, dan pemain mereka mewakili hampir setiap kategori usia pasukan kebangsaan Jerman, baik bawah-16, bawah-18, bawah-21 atau pasukan senior.

Antara pemain yang berasal dari akademi kelab ini ialah adik kepada pemain Juventus, Sami Khedira iaitu Rani Khedira dan juga pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich.

Pemain muda yang dirembat Chelsea, Timo Werner juga hasil air tangan RB Leipzig walaupun sudah bervideo call untuk ke Liverpool. Begitu juga dengan Naby keita.

Joshua Kimmich ketika bersama Leipzig | Gambar : urbanite.net
Joshua Kimmich ketika bersama Leipzig | Gambar : urbanite.net

Lagi pula, dasar pembelian pemain kelab ini lebih mementingkan pemain muda, iaitu berusia sekitar 17-23 tahun, kerana bagi mereka ini akan memberikan hasil jangka panjang kepada kelab,

Kini RB Leipzig telah dikendalikan oleh Julian Nagelsmann, pengurus muda yang penuh berfalsafah dan berjaya membawa RB Leipzig ke separuh akhir Champions League bagi musim 2019/20.

Kesimpulan

Sebagai orang Malaysia yang berkecimpung dalam Liga Kampung Super Malaysia, RB Leipzig dilihat bagaikan pasukan bernafsu yang berdisiplin.

Bernafsu kerana mereka mempunyai cita-cita yang besar- ingin menyingkirkan Bayern Munich sebagai kelab utama Jerman dengan berbelanja besar jutaan euro.

Tetapi pada masa yang sama mereka juga berdisiplin dengan menyediakan akademi dan tempat latihan yang berprestasi tinggi untuk menaikkan lagi mutu dan kualiti bola sepak di Leipzig khususnya, di Jerman amnya.

BACA:  Dua Jaringan Cantik Sabitzer Bawa Leipzig Mara Ke Peringkat Suku Akhir