Eden Hazard Jadi Poster Boy McDonald’s Di Belgium

Muka Eden Hazard terpampang di dalam poster iklan terbaru McDonald’s di negara kelahirannya, Belgium.

Poster terbaru yang mempromosikan ‘Red Devils burgers’ dari rangkaian fast-food, McDonald’s itu mendapat perhatian peminat seluruh dunia dek kerana mereka menggunakan gambar Hazard.

Gambar Hazard diletakkan betul-betul di tengah-tengah poster dengan menunjukkan wajah yang sungguh bernafsu untuk membaham burger yang ada di depannya.

Dengan tangan di muka dan mata yang terbuntang luas, Hazard jelas bernafsu melihat dua burger yang ada di depannya dalam poster tersebut.

Youri Tielemans dan Kevin De Bruyne juga dikatakan tampil dalam iklan berkait promosi burger terbaru itu, namun hanya poster milik Eden Hazard sahaja yang tular di media sosial.

Mungkin kerana Hazard sebelum ini pernah terkenal dengan berat badannya yang berlebihan ketika rehat pertengahan musim, dan menjadikan peminat berfikir beliau layak makan banyak.

Atau mungkin ada peminat yang bimbang beliau akan makan sampai lupa diri dan menyebabkan beratnya naik lalu cedera lagi dek kerana lutunya tak mampu untuk pikul beban yang berat.

Pada Februari lalu, Burger King telah menganjing Eden Hazard dengan cara yang agak menarik selepas bekas bintang Chelsea itu dilaporkan tidak turun menjalani latihan.

Media Sepanyol, El Chiringuito menyatakan:

“Hazard tidak berlatih dengan skuadnya hari ini. Mengapa?”

Ia membawa kepada media sosial Burger King yang kemudiannya memuat naik status yang menganjing Hazard dan ia juga marketing yang baik.

Jelas sekali McDonald’s mungkin nampak taktikal marketing yang sama dengan mereka meletakkan muka Hazard sebagai penarik.

Pada tahun 2011, yang mana Hazard ketika itu berusia 20 tahun, beliau ketika itu telah digantung dua perlawanan selepas terkantoi memakan burger.

Mcdonald’s telah bekerjasama dengan skuad kebangsaan Belgium sejak beberapa tahun terakhir ini.

Pada tahun 2017, bersama adiknya Thorgan dan rakan sepasukannya, Romelu Lukaku dan Jan Vertonghen, telah bekerja di McDonald’s selama satu hari atas tujuan promosi.

BACA:  Real Madrid Tolak Tawaran Tidak Masuk Akal Kelab Premier League £21 Juta Untuk Hazard