Eden Hazard Masih Berteka-Teki Mengenai Masa Depannya Bersama Chelsea

Bintang Chelsea, Eden Hazard berkata beliau masih lagi gembira untuk kekal di Stamford Bridge buat masa sekarang tetapi masih enggan untuk menandatangani kontrak jangka panjang bersama Chelsea.

Real Madrid dan Barcelona merupakan pasukan yang berminat untuk memancing Hazard keluar dari Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini. Keadaan menjadi lebih ‘panas’ apabila Hazard mengeluarkan kenyataan beliau mahu mencuba sesuatu yang baru sebaik sahaja kempen Piala Dunia 2018 Belgium berakhir.

Hazard masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Arsenal dan berjaya mencipta gol kemenangan Chelsea yang dijaringkan oleh Marcos Alonso.

Ramai menganggap kenyataan itu sebagai petandan masa depan Hazard bersama Chelsea akan berakhir tetapi Chelsea bertegas hanya bidaan rekod dunia sahaja mampu mengubah fikiran mereka untuk melepaskan Hazard.

Hazard masih mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Chelsea dan mengakui beliau mungkin kekal semusim lagi. Walau bagaimanapun, apabila ditanya adakah beliau akan menandatangani kontrak baru, Hazard enggan mendedahkan pelan jangka panjangnya.

“Semua orang tahu apa yang saya cakap selepas Piala Dunia. Saya masih lagi gembira untuk berada di sini. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu lagi.” Ujar pemain berusia 27 tahun itu.

Not this year

“Banyak yang diperkatakan mengenai masa depan saya, tetapi buat masa sekarang saya masih lagi gembira. Saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun dan kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah saya akan meninggalkan Chelsea tahun ini ? Tidak sama sekali.”

“Pintu perpindahan sudah pon ditutup. Kelab masih lagi boleh menjual pemain tetapi tidak boleh membeli pemain baru lagi. Keadaan akan menjadi sedikit ganjil sekiranya Chelsea melepaskan saya memandangkan mereka tidak boleh mencari pengganti.”

“Hari ini saya dapat melihat sendiri peminat Chelsea masih lagi sukakan saya. Saya gembira dengan keadaan saya sekarang. Kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam setahun dua yang akan datang.”

Dalam perlawanan malam tadi, Chelsea berjaya mengekalkan rekod seratus peratus kemenangan selepas melalui dua perlawanan apabila menewaskan Arsenal 3-2 di hadapan penyokong sendiri di Stamford Bridge.

Pedro berjaya meletakkan Chelsea di hadapan seawal minit ke-9 sebelum Alvaro Morata menamatkan kemarau gol beliau dengan menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-20.

Dalam masa yang sama, Arsenal terlepas 2 peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila Pierre Emerick Aubameyang dan Henrik Mkhitaryan masing-masing bersalah mempersiakan peluang di hadapan pintu gol Chelsea yang terbuka luas.

Tahun depan mungkin

Arsenal kembali mendapat rentak pada penghujung babak pertama dan hasilnya Mkhitaryan berjaya menebus kesilapan awalnya dengan menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-37. 4 minit berselang, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan menerusia Alex Iwobi yang bijak menampan masuk hantaran daripada Mkhitaryan.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan keputusan seri, Marcos Alonso muncul wira The Blues apabila menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada minit ke-81 hasil lorongan cantik daripada Eden Hazard.

BACA:  Keluar Kenyataan Dungu - Romelu Lukaku Dikenakan Hukuman Denda Berat