Setiap kelab bola sepak dalam dunia pastinya mempunyai lagenda mereka tersendiri, tak kiralah sama ada kelab tersebut besar atau kecil, pernah memenangi piala ataupun tidak, lebih-lebih lagi bagi kelab-kelab di Eropah di mana mereka kaya dengan tradisi.
Daripada lagenda-lagenda yang terhasil, ada di kalangan mereka yang kembali ke kelab sebagai pengurus, antaranya seperti Joseph Guardiola, Zinedine Zidane, Antonio Conte dan Roberto Di Matteo – sekadar memberikan contoh mereka yang berjaya.
Pada hari ini, kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia, Manchester United, sedang dikemudi oleh seorang pengurus yang bertaraf lagenda – Ole Gunnar Solskjaer.
Ole Gunnar Solskjaer scored a late winner in the FA Cup fourth round on the way to United’s famous treble in 1999 💥
(via @EmiratesFACup)pic.twitter.com/7qsaNuSO1T
— B/R Football (@brfootball) October 22, 2021
Setiap penyokong yang membesar selewat-lewatnya pada tahun 90-an akan ingat detik di mana Ole menjaringkan gol kemenangan dalam Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah, menewaskan Bayern Munich dalam masa tambahan.
Sejak mula memegang jawatan sebagai pengurus pasukan sepenuh masa pada tahun 2018, pengurus berbangsa Norway ini telah mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada hierarki kelab, terutamanya dalam mendapatkan wang perbelanjaan untuk membeli pemain.
Dalam tempoh tiga musim, United telah berbelanja sebanyak GBP400 juta dalam jendela perpindahan dengan membawa masuk pemain-pemain seperti Harry Maguire, Fred Ciken, Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka dan pada musim panas 2021, sejumlah GBP150 juta telah dikeluarkan untuk membawa pulang lagenda kelab Cristiano Ronaldo, Raphael Varane dan juga Jadon Sancho.
Ole Gunnar Solskjær scores 4 goals in the space of 12 minutes after coming as 72' substitute, 1999. pic.twitter.com/pI0HrR9ocE
— 90s Football (@90sfootball) October 22, 2021
Kalau dilihat di atas kertas, kekuatan yang ada pada pasukan ini sangat digeruni, tetapi selepas beberapa perlawanan domestik dan Eropah, Syaithon Merah dilihat masih lagi terkial-kial mencari rentak terbaik untuk menang walaupun menentang lawan yang mudah.
Apabila ini terjadi, satu persoalan timbul – adakah Ole akan dipecat dari jawatannya?
Ole perlu sedar, memegang gelaran lagenda tidak bermaksud dia tidak boleh dipecat, dan dalam sejarah bola sepak, ada beberapa lagenda kelab telah dipecat daripada jawatan mereka selaku pengurus pasukan.
1. Stuart Pearce – Nottingham Forest
Stuart Pearce telah bermain selama 12 tahun di Nottingham Forest, bermula dari tahun 1985 sehingga 1997, dibawa masuk oleh pengurus lagenda yang telah membawa Forest memenangi Piala Eropah buat pertama kali – Brian Clough.
Pada bulan Disember 1996, disebabkan prestasi pasukan yang tidak menentu, maka pembesar kelab telah mengambil keputusan untuk memecat pengurus ketika itu, Frank Clark, lantas berkenan untuk melantik Pearce yang ketika itu berusia 34 tahun untuk menjadi pengurus merangkap pemain.
Perlawanan pertamanya adalah menentang Arsenal di laman sendiri. Dalam satu temubual, Pearce mengaku dia menjadi sangat buntu ketika memilih kesebelasan utama sehinggakan dia terlupa untuk memasukkan penjaga gol. Forest menang perlawnaan tersebut hasil dua gol yang dijaringkan oleh Alf-Inge Haaland.
27 years ago today, Stuart Pearce and Steve Stone both scored as #NFFC won 2-0 at Villa Park 🙌pic.twitter.com/juVxvOCobQ
— ForestTiliDie (@ForestTill1Die) October 22, 2021
Prestasinya sangat menakjubkan sebagai pemain-pengurus sehingga dia berjaya dinobatkan sebagai pengurus terbaik bulan Januari 1997.
Walaubagaimanapun, Pearce dan rakan sepasukan gagal untuk menyelamatkan Forest daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan, dan dia kemudiannya mengambil keputusan untuk meneruskan karier sebagai pemain sepenuh masa sebelum bersara pada tahun 2002.
Bekas pemain pertahanan England ini mewakili West Ham pada penghujung kariernya dalam Liga Perdana Inggeris. Walaupun ketika itu sudah berusia 37 tahun, Pearce masih lagi dipanggil oleh pengurus England ketika itu iaitu Kevin Keegan untuk dua perlawanan kelayakan Euro 2000 disebabkan persembahan yang konsisten bersama West Ham. Dia menjaringkan gol terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris ketika West Ham menang 3-2 ke atas Souhampton.
Stuart Pearce sacked by Nottingham Forest. @John__Percy is first with the news http://t.co/J0Bhxtuf63 pic.twitter.com/n65BywkHxp
— Telegraph Football (@TeleFootball) February 1, 2015
Pada tahun 2014, Pearce kembali ke Forest, menjadi pengurus dengan harapan dia mampu untuk membawa pasukan ini naik ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun.
Segalanya tampak cerah apabila Pearce dan pasukannya berjaya memenangi lima daripada tujuh perlawanan pertama dan membawa Forest ke puncak liga pada penghujung bulan Ogos.
Walaubagaimanapun, kehilangan pemain utama, Chris Cohen dan Andy Reid, yang mengalami kecederaan mula menyebabkan prestasi pasukan terumbang ambing, dan impaknya mereka hanya mampu menang tiga perlawanan daripada 21 keseluruhannya.
Malah lebih buruk lagi, Forest telah ditendang keluar oleh pasukan kerdil, Rochdale dalam saingan Piala FA, lantas membawa kepada pemecatan Pearce.
2. Gareth Southgate – Middlesborough
Siapa yang tidak kenal Gareth Southgate, pengurus terbaik England untuk zaman moden selepas berjaya membawa pasukan Tiga Singa layak ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018, dan juga perlawanan akhir Euro 2020 tempoh hari.
Selaku pemain, Southgate telah bermain di Crystal Palace dan Aston Villa, sebelum menyertai Middlesborough pada tahun 2001. Bersama kelab ini, Southgate telah menempa nama sebagai lagenda kelab di mana dia muncul sebagai kapten pertama yang berjaya menjulang piala utama selepas berjaya memimpin pasukan untuk memenangi Piala Liga, menewaskan Bolton Wanderers pada tahun 2004.
Gareth Southgate scoring a great header for Boro against Liverpool in March 2002 ♦️
Video shared from Sky Sports pic.twitter.com/U84Gdb57e8
— The North Project (@thenorthproject) July 6, 2021
Boro yang ketika itu dikendalikan oleh Steve McClaren, meneruskan rentak kecemerlangan mereka pada musim berikutnya apabila berjaya menamatkan saingan liga di tangga ketujuh, sekaligus melayakkan mereka untuk bertanding dalam kejohanan Piala UEFA (Liga Europa).
Anak buah McClaren terus mengejutkan ramai apabila mereka berjaya mengenepikan tanggapan orang ramai yang menyangkan mereka hanya akan menjadi pasukan belasahan di peringkat Eropah, apabila layak ke perlawanan akhir bertemu Sevilla.
Kelab Sepanyol tersebut yang dibarisi pemain seperti Freddy Kanoute, Javier Saviola dan Dani Alves, telah menang selesa empat gol tanpa balas.
Happy 51st birthday to former #Boro captain and manager, (Sir) Gareth Southgate! The first captain in the club's history to win a major trophy and went on to lead Boro to a UEFA Cup final, what a man! #UTB pic.twitter.com/XuEZLmU0Op
— The Ali Brownlee Social Club (@BrownleeSocial) September 3, 2021
Meskipun tewas, kemampuan McClaren membawa Boro ke tahap ini mendapat perhatian England lantas dia dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan menggantikan Sven Goran Eriksson dan tempatnya di Boro diambil oleh Southgate.
Memandangkan Southgate masih muda dan kurang pengalaman dalam menjadi pelatih, maka prestasi pasukan juga agak terumbang-ambing dan selepas tiga musim, Southgate gagal menyelamatkan Boro daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan pada tahun 2009.
Dia pada mulanya diberikan peluang untuk kembali membawa naik kelab ke liga teratas England, namun dipecat pada bulan Oktober dan digantikan oleh Gordon Strachan.
3. Filippo Inzaghi – AC Milan
Filippo Inzaghi ialah bekas pemain bola sepak profesional Itali yang kemudian bergelar pengurus, Inzaghi kini berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan Serie B Brescia.
Inzaghi bermain sebagai penyerang untuk beberapa kelab Itali, dan menghabiskan masa yang paling ketara dalam karier kelabnya bersama Juventus dan AC Milan, kehebatan Inzaghi membolehkan beliau digelar “Superpippo” atau “Alta tension” oleh peminat dan pengulas.
Sepanjang kariernya Inzaghi telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA (2003, 2007), dan tiga gelaran Serie A (1998, 2004, 2011) dan menjadipenjaring terbanyak ketujuh di Itali, dengan 313 gol serta penjaring gol keenam tertinggi dalam pertandingan kelab Eropah dengan 70 gol.
'He must've been born offside,' said Sir Alex Ferguson.
Happy Birthday, Filippo Inzaghi! pic.twitter.com/YgtT8rZAME
— Eurosport UK (@Eurosport_UK) August 9, 2015
Inzaghi juga merupakan penjaring gol antarabangsa terbanyak Milan dalam sejarah kelab dengan 43 gol dan juga memegang rekod hatrik terbanyak dalam Serie A dengan 10 hatrik.
Di peringkat antarabangsa, Inzaghi memperoleh 57 caps untuk pasukan kebangsaan Itali antara tahun 1997 dan 2007, menjaringkan 25 gol. inzaghi mewakili negaranya di tiga Piala Dunia FIFA, memenangi edisi 2006 dan dia juga mengambil bahagian di UEFA Euro 2000, di mana Itali muncul naib juara.
Selepas bersara pada tahun 2012, Inzaghi terus memulakan karier kejurulatihan dan telah dilantik sebagai pengurus pasukan Primavera AC Milan (B-19) dengan kontrak dua tahun dan dibantu oleh Encik Jimie.
Filippo Inzaghi sacked.
His managerial record at AC Milan:
Days in charge: 372
Matches: 40
Won: 14
Drawn: 13
Lost: 13
Win rate: 35%— Footy Fooligans (@FootyFooIigans) June 16, 2015
Pada Jun 2014, Inzaghi telah naik pangkat apabila dilantik sebagai pengurus pasukan utama Rossoneri menggantikan bekas rakan sepasukannya, Clarence Seedorf.
Menjadikan bekas pemain sebagai pengurus dan jurulatih pasukan selama ini memberikan kesan yang positif kepada AC Milan yang menang pelbagai gelaran dan menjadi pasukan digeruni di Eropah.
Nama Fabio Capello dan Carlo Ancelotti adalah contoh dua bekas pemain yang dianggap berjaya sebagai jurulatih bersama kelab Itali itu dengan sekumpulan pemain yang hebat.
BREAKING: AC Milan have announced Filippo Inzaghi has been sacked by the club. pic.twitter.com/91BgdtL9Ql
— ESPN FC (@ESPNFC) June 16, 2015
Dan apabila Rossoneri memilih Fillipo Inzaghi pada 2014 setelah mengambil alih dari Clarence Seedorf, ia bukanlah perkara yang mengejutkan.
Namun bekas penyerang yang memenangi lapan kejuaraan utama sepanjang bergelar pemain itu dianggap gagal setelah hanya merekodkan 14 kemenangan daripada 40 perlawanan liga.
Milan menamatkan musim itu di tangga ke-10, kedudukan terburuk dalam sejarah sejak 17 tahun sebelum itu.
4. Frank Lampard – Chelsea
Legenda Chelsea, Frank James Lampard kembali ke Stamford Bridge selaku pengurus menggantikan Mourizio Sarri yang membawa pasukan London ini menjuarai Liga Europa, namun kejayaannya tidak datang dengan mudah di mana dia dikatakan tidak sebulu dengan pemilik pasukan tersebut, di samping menerima kecaman para penyokong Chelsea yang entah tak tahu apa yang mereka nak.
Pemergian Sarri dari Chelsea pastinya tidak akan ditangisi kerana lagenda kelab tersebut, Frank Lampard telah ditabalkan sebagai pengurus baru The Blues dan pengumuman rasmi telah dibuat oleh Chelsea.
Rekod karier pengurusan Frank Lampard pada ketika itu adalah membawa Derby County ke pusingan akhir play-off Liga Kejuaraan sebelum tewas kepada Aston Villa, sekaligus menafikan kenaikan liga bagi kelab yang pernah mendominasi liga Inggeris sekitar 1970-an dulu.
HE’S HOME! 🙌
Frank Lampard is the new Chelsea head coach!
#WelcomeHomeFrank— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 4, 2019
Pada 4 Julai 2019 bekas lagenda kelab itu mengikat perjanjian selama 3 tahun dan telah pun menikmati gaji sebanyak RM25.98 juta(£5 juta) semusim tetapi jodoh mereka tidak panjang.
Ketika Lampard dilantik Chelsea tidak dapat berbelanja sedap untuk menguatkan pasukan kerana dikenakan sekatan di jendela perpindahan.
Frank Lampard memulakan karier pengurusan dengan Chelsea dengan langkah kiri apabila tewas 4-0 kepada Chelsea pada perlawanan pertama dan tewas juga pada perlawanan kedua kepada Liverpool UEFA Super Cup 2019.
4 – Frank Lampard finished fourth in his first season as a manager with Chelsea, the highest finish by a debuting English manager since Frank Clark with Nottingham Forest in 1994-95. Foundations. pic.twitter.com/vOlscHX6JR
— OptaJoe (@OptaJoe) July 26, 2020
Kesenduan Frank Lampard di awal musim kemudian ditebus, Lampard membawa Chelsea menamatkan musim pertamanya selaku pengurus ditangga keempat dan mara ke final FA Cup namun tewas kepada Arsenal.
Musim kedua menyaksikan Chelsea tidak lagi disekat untuk berbelanja, Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Kai Havertz, and Édouard Mendy di bawa masuk.
Penambahan pemain berkualiti telah membantu Lampard membawa Chelseke mercu kegemilangan apabila menjadi pendahulu kumpulan Champions League dan juga Premier League pada awal disember.
12,545 – Frank Lampard gave 12,545 minutes of Premier League action to 11 different players aged 21 or younger during his time at Chelsea. Both of these tallies were more than any other club over this period. Belief.
We look at Lampard's spell at Chelsea in our rolling blog.
— OptaJoe (@OptaJoe) January 25, 2021
Selepas itu Chelsea hanya menang dua perlawanan sahaja dari lapan perlawanan Premier League menyaksikan Chelsea jatuh ke tangga ke-9. Langkah drastik terus diambil Chelsea memecat Lampard dan melantik Thomas Tuchel.
Dengan pemain yang diwarisi dari Frank Lampard, Tuchel telah membawa Chelsea menjadi juara Champions League dan menamatkan Premier League ditangga ke-4.
Frank Lampard telah dipecat dari jawatan yang beliau impikan di Stamford Bridge, pada pada 25 januari 2021 selepas bergelar pengurus Chelsea selama satu musim setengah.
You can take Frank Lampard out of Chelsea, but you can never take Chelsea out of Frank Lampard 💙 pic.twitter.com/uKTcjzv9Nh
— Goal (@goal) January 25, 2021
Lampard ketika bergelar pemain telah menjaringkan 20 gol lebih untuk 5 musim berturut-turut bersama Chelsea bermula musim 2005/06 sehingga musim 2009/10.
Lampard juga merupakan satu-satunya pemain tengah yang menjaringkan lebih 150 gol di Liga Perdana Inggeris.
Lampard selepas bersara menghabiskan masa lapang dengan menjual kuih akok di England sebelum menjadi pengurus Derbu County kemudian menyertai Chelsea tetapi dipecat dan mungkin Lampard kini kembali menjual Akok.
Alan Shearer – Newcastle United
Jika disebut nama Alan Shearer sudah pasti akan terpacul ‘Newcastle dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris’ dibenak fikiran peminat bola sepak terutamanya bola sepak Inggeris.
Alan Shearer dilahirkan pada 13 Ogos 1970. Beliau dilahirkan di Gosforth, Newcastle. Dilahirkan dalam keluarga pertengahan, anak kepada pasangan Anne dan Alan Shearer ini sememangnya meminati bola sepak dari kecil.
Pada usia 17 tahun, Shearer melakukan debut untuk pasukan Southampton. Semasa debut tersebut Shearer menjaringkan tiga gol untuk memastikan kemenangan 4-2 keatas Arsenal.
Pada tahun 1992, Shearer meninggalkan Southampton untuk menyertai Blackburn Rovers. Impak kehadiran Shearer dalam pasukan telah membantu Blackburn Rovers memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 1994/95.
Pada musim yang sama juga Shearer telah dinobatkan selaku pemain terbaik Liga Perdana Inggeris dengan 42 penampilan dan 34 gol.
Karier Alan Shearer diteruskan bersama Newcastle United pada musim panas 1996.Selepas sedekad bersama Newcastle United, Alan Shearer menamatkan karier bola sepak profesional pada tahun 2006 dengan rekod 260 gol di mana 49 daripadanya adalah daripada tandukan.
Selepas bersara beliau telah berjaya memperolehi UEFA Pro License dan layak menjadi pengurus pasukan. Alan Shearer memilih untuk menjadi pundit bersama sebuah stesen televisyen sebagai karier masa depan selepas berakhirnya karier bola sepak.
Tetapi apabila Newcastle ‘The Magpies’ United memerlukan khidmatnya untuk menyelamatkan nasib mereka pada 2009, Shearer tidak menolak dan hadir bak wira.
BBC yang menjadi majikan Alan Shearer telah bersetuju memberinya cuti ehsan selama lapan minggu dari mengendalikan rancangan Match of the Day.
Alan Shearer menjadi pengurus Newcastle United pada 1 April 2009 menggantikan Chris Hughton dengan 8 perlawanan liga berbaki dan berada di zon penyingkiran.
Namun demikian Shearer gagal menyelamatkan Newcastle dari tersingkir ke Championship apabila tewas 1-0 di hari terakhir liga kepada Aston Villa.
Alan Shearer tidak berjaya mendapatkan jawatan pengurus Newcastle secara tetap dan Chris Hughton kembali dilantik dan terus membawa Newcastle kembali ke Premier League dalam percubaan pertama.
Jadi sebenarnya Alan Shearer tak kena pecat pun cuma tak dilantik. Saja je tulis, nak suruh korang baca.