Premier League mendedahkan bahawa enam orang telah disahkan positif Koronavirus selepas 19 kelab menjalani saringan awal kemarin.
Secara keseluruhannya 748 pemain dan staff telah menjalani saringan dalam tempoh beberapa hari ini dan pihak liga telah mengesahkan bahawa enam orang dari tiga kelab telah disahkan positif.
19 kelab sudah mendapat keputusan dari ujian saringan manakala satu lagi kelab baru sahaja menjalani saringan semalam dan keputusannya masih belum diterima.
BREAKING: The Premier League have confirmed that six of the division's 748 players and club staff have tested positive for coronavirus pic.twitter.com/rTy7oJl63F
— B/R Football (@brfootball) May 19, 2020
Pihak liga juga tidak akan mendedahkan maklumat peribadi individu atau kelab yang terlibat tetapi apa yang pasti sesiapa yang positif akan dikuarantinkan selama seminggu.
Laman web rasmi Premier League telah mengeluarkan Kenyataan yang menyatakan:
“Pihak premier league hari ini akan mengesahkan bahawa pada hari ahad 17 Mei dan Isnin 18 Mei, seramai 748 orang pemain dan staff kelab telah menjalani saringan Covid-19. Setelah menerima keputusan, enam orang dari tiga kelab Premier League telah disahkan positif.”
“Pemain atau kakitangan kelab yang telah diuji positif kini akan mengasingkan diri selama tujuh hari. Premier League mendedahkan maklumat gabungan ini bertujuan untuk menjaga integriti dan pengawasan persaingan.”
Liverpool manager Jurgen Klopp has backed the Premier League's plans for players to return to training this week.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 19, 2020
“Tidak ada perincian khusus mengenai kelab atau individu yang akan didedahkan oleh premier league kerana syarat operasi dan undang-undang.”
Semalam, kesemua 29 kelab memilih untuk mengadakan sesi latihan dalam kumpulan kecil yang akan bermula pada hari Selasa.
Tidak akan ada latihan yang melibatkan sentuhan yang akan diadakan setakat ini sebagai langkah persediaan awal untuk menghadapi saingan liga dengan pelbagai peraturan baru yang telah ditetapkan sekembalinya saingan baki musim ini nanti.
Sesi latihan juga tidak boleh melebihi 75 minit dan padang latihan, bendera penjuru, bola, kon, tiang gol semuanya harus dinyahkuman sebelum dan selepas setiap latihan yang dijalankan.
Saringan wabak Koronavirus akan diadakan seminggu dua kali kepada para pemain, sebagai tambahan, setiap pemain akan dipantau kesihatan dan suhu badan mereka pada setiap sesi latihan.
Pihak kerajaan sedang memantau untuk menyambung semula saingan bola sepak premier league musim ini pada pertengahan Jun nanti.
Burnley have confirmed that assistant manager Ian Woan tested positive for coronavirus on Sunday.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 19, 2020
Kesemua perlawanan akan diadakan secara tertutup dan pihak kerajaan menggesa supaya semua perlawanan akan ditayangkan secara langsung di BBC atau ITV.
“Kami sedang bekerja keras dengan mereka untuk memastikan saingan liga kembali bersambung, saya menjangkakan pada pertengahan Jun nanti.”
Jelas Oliver Dowden, setiausaha kementarian Digital, budaya, media dan sukan kepada Sky News.
“Pertama sekali ujian ini dilakukan untuk keselamatan semua. Saya berharap agar kami akan dapat menyediakan sesuatu yang lebih baik dengan siaran langsung percuma disediakan kepada semua peminat supaya boleh ditonton dirumah. Ini juga salah satu langkah untuk memastikan masyarakat tidak meninggalkan rumah.”
“Apa yang penting kami akan mensasarkan untuk menghabiskan juga baki musim ini secara tertutup bermula pada pertengahan Jun nanti.”
Watford rocked by three of the Premier League's six positive coronavirus tests |@MirrorDarren https://t.co/d4PKX8VoPe pic.twitter.com/JP1D3N3BB0
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 19, 2020
Ada beberapa pemain yang menolak untuk turun berlatih dan tidak mahu kembali beraksi sekembalinya saingan liga Jun nanti.
Segala keputusan rasmi akan diumumkan oleh pihak berwajib dari masa ke semasa.