Belanda mengiringi Belgium dan Itali apabila telah sah menempah slot ke pusingan 16 terbaik dengan mudah menewaskan Austria dua gol tanpa balas dalam perlawanan kedua kumpulan C.
Dalam perlawanan perlawanan pertama, Belanda berpeluh pelar untuk menewaskan Ukraine dan tidak berdepan tugas berat membenam Austria di depan 12,000 penyokong sendiri di Johan Cruyff Arena.
6 – The Netherlands have won their last six matches against Austria, the only starters for the Dutch who were already born when they last dropped points v Austria (May 1990, 3-2 loss) are Maarten Stekelenburg and Daley Blind. Routine? @OptaFranz
#OptaBattle #EURO2020 #NEDAUT pic.twitter.com/MyhlDtglgp
— OptaJohan (@OptaJohan) June 17, 2021
Pemain harapan Belanda menjaringkan gol pendahuluan Belanda pada minit ke-11 melalui sepakan penalti deras menewaskan penjaga gol Austria, Daniel Bachmann.
Denzel Dumfries berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas kakinya dipijak David Alaba, pengadil pada mulanya tidak memberikan apa-apa.
Nasib baik Video Assistant Referee (VAR) yang adil telah menegakkan keadilan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan.
9 – Netherlands are now unbeaten in nine matches at major tournaments (World Cup & Euros), the longest run by a European nation since Portugal went 12 without defeat across the 2014 & 2018 World Cups, including EURO 2016 in between. Rolling. #NED #EURO2020 pic.twitter.com/UqtQTSRA99
— OptaJoe (@OptaJoe) June 17, 2021
Denzel Dumfries yang mencuri tumpuan sejak perlawanan pertama dengan gol kemenangan Belanda ke atas Ukraine terus mempamerkan potensi beliau.
Gol kedua Belanda hadir melalui Denzel Dumfries selepas mudah merembat masuk hantaran Donyell Malen yang hanya berdepan dengan penjaga gol Austria sahaja.
Gol ini berpunca dari satu serangan balas dan Donyell Malen lepasi perangkat offside ketikan menerima hantaran Memphis Depay.
2 – Denzel Dumfries is the second player ever to score in his first two European Championship games for the Netherlands, after Ruud van Nistelrooy. Delighted. pic.twitter.com/t5WLEvEfZZ
— OptaJohan (@OptaJohan) June 17, 2021
Donyell Malen tidak tamak dan mengutamakan kemenangan pasukan apabil memilih menghantar bola kepada Denzel Dumfries yang mempunyai peluang lagi tinggi untuk menjaringkan gol.
Memphis Depay mampu menjaringkan gol yang lebih banyak namun banyak tersasar dan palign besar peluang Depay lepaskan pada minit ke-40.
Hantaran Wout Weghorst kepada Depay yang tidak dikawal telah disia-siakan dengan tolakan ke langit mencari Ayah Pin barangkali.
8 – Since Frank De Boer's first game in charge in October 2020, only Romelu Lukaku (10) has scored more goals for a European nation than Memphis Depay's eight for the Netherlands. Talisman. #NED #EURO2020 pic.twitter.com/eFq9JxDabj
— OptaJoe (@OptaJoe) June 17, 2021
Tepuk dahi dan pegang Wout Weghorst yang tidak percaya dengan kegagalan Depay, Frank de Boer jugak kelihatan memberi reaksi yang sama ditepi padang.
Depay kini telah menjaringkan 27 gol untuk Belanda dan 8 daripadanya hadir selepas Frank De Boer mengambil alih Belanda pada September.
Depay telah terlibat dengan 27 gol Belanda dalam 22 perlawanan terakhir beliau.
Belanda (3-4-1-2) Stekelenburg; de Vrij, de Ligt, Blind; Dumfries, De Roon, F de Jong, van Aanholt; Wijnaldum; Weghorst, Depay.
Substitutes: Krul, Bizot, Veltman, Ake, Wijndal, Berghuis, L De Jong, Promes, Klaassen, Gravenberch, Malen, Timber.
Austria (3-1-4-2) Bachmann; Dragovic, Alaba, Hinteregger; Schlager; Lainer, Laimer, Sabitzer, Ulmer; Gregoritsch, Baumgartner.
Substitutes: A Schlager, Pervan, Ilsanker, Grillitsch, Lienhart, Trimmel, Schaub, Schopf, Onisiwo, Lazaro, Kalajdzic, Friedl.
Referee Orel Grinfeeld (Israel).
Belanda 3-2 Ukraine
Belanda atau Holland atau Netherland merupakan pasukan yang sama namun nama sahaja berbeza turun untuk perlawanan pertama mereka di Euro 2020 menentang Ukraine.
Euro 2020 menjadi medan terbaik buat Frank De Boer untuk membuktikan kepada peminat bahawa beliau adalah insan tepat untuk mengembalikan era kegemilangan Belanda.
Frank De Boer tidak menampilkan sesuatu yang meyakinkan pada awal beliau menjawat jawatan pengurus Belanda.
1 – This is the first meeting between the Netherlands and Ukraine at a major tournament (World Cup or European Championship). The Dutch are unbeaten in their two previous encounters – both friendlies (W1 D1). Stage. #EURO2020
— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
Belanda berada dalam kumpulan C bersama Austria, North Macedonia dan juga Ukraine dilihat sebagai pasukan pilihan menjadi juara kumpulan.
Perlawanan Belanda menentang Ukraine yang berlangsung di Johan Cruijff ArenA, Amsterdam berlangsung dengan sangat menarik dan dramatik.
38 – Maarten Stekelenburg (38 years, 264 days) will become the oldest ever player to play for the Netherlands at a World Cup / European Championship, overtaking Edwin van der Sar’s record set in 2008 (37 years, 236 days). Guard. #NET #EURO2020 #NETUKR pic.twitter.com/2MqttJ9Feo
— OptaJohan (@OptaJohan) June 13, 2021
Belanda yang turun selaku pasukan menunjukkan dominasi dalam perlawanan ini apabila menguasai perlawanan dan melakukan 10 percubaan pada separuh masa pertama.
Segalanya sudah dilakukan Belanda namun jaringan tidak juga hadir, Ukraine bukanlah pasukan yang tidak berkaki apabila melakukan beberapa serangan tapi tiada hasil.
10 – The Netherlands had 10 shots without scoring in the first half against Ukraine – all four teams to have 10+ shots in the first half of a Euro 2020 game have failed to score (also Denmark, Italy and Switzerland). Profligacy. #Euro2020
— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
10 percubaan dilakukan Belanda dengan hanya tiga percubaan tepat, empat percubaan tersasar dan tiga dihadang berbanding Ukraine melakukan empat percubaan dengan dua percubaan tepat.
Perlawanan separuh masa pertama agak menarik walaupun tiada jaringan gol dan babak kedua kegilaan terjadi menyaksikan lima gol terhasil.
Ini merupakan perlawanan pertama dalam sejarah Euro menyaksikan lima gol terhasil pada separuh masa kedua selepas terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama.
5 – This is the first ever match in the history of the European Championships to see five goals scored in the second half of a match that was 0-0 at half-time. Entertainment. #Euro2020
— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
Ketika 15 minit digunakan sepenuhnya Belanda untuk mengasah ketajaman kaki pemain selepas tujuh minit bersambung Belanda sudah berada di depan.
Denzel Dumfries membuat hantaran rendah mencari Memphis Depay dan penjaga gol Ukraine, George Buschan keluar melakukan tepisan yang memotong.
Malangnya tepisan menyelamat George Buschan telah menjadi satu setting cantik buat Georginio Wijnaldum yang terus merembat kencang.
2528 – Georginio Wijnaldum scores the first Netherlands' goal at a World Cup / European Championship in 2528 days, when Wijnaldum himself scored at the World Cup 2014. Leader. #NED #EURO2020 #NEDUKR pic.twitter.com/tSaAxbE4dM
— OptaJohan (@OptaJohan) June 13, 2021
Lima minit kemudian iaitu pada minit ke-58, Belanda menggandakan kedudukan melalui Wout Weghorst selepas gelecekan Denzel Dumfries tersangkut.
Bola melantun kepada Wout Weghorst yang terus merembat deras untuk menewaskan George Buschan sekali lagi dalam tempoh yang singkat.
Belanda berjaya mengekalkan kelebihan dua gol sehinggalah minit ke-75 Andriy Yarmolenko bermain 1-2 dengan Roman Yaremchuk.
2 – After going 72 consecutive shots without a goal at the European Championships, Ukraine have scored with each of their last two shots in the tournament, 246 seconds apart. Incredible. #Euro2020
— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
Andriy Yarmolenko masuk ketengah dan terus menarik kaki kiri untuk melepaskan satu rembatan lencong padu dari luar kotak penalti.
Indah, cantik, padu dan menakjubkan gol Andriy Yarmolenko yang menyaksikan bola tepat ke penjuru atas kiri gawang, Maarten Stekelenburg tewas.
Empat minit kemudian Ukraine memperoleh sepakan percuma dan Ruslan Malinovsky membuat satu sepakan mencari kepala Roman Yaremchuk yang terus menghantuk deras bola ke gawang.
Penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg bolos dua kali dalam tempoh empat minit. Namun Belanda tidak mengalah.
85 – Denzel Dumfries' winning goal for the Netherlands in the 85th minute against Ukraine was their latest winning goal at the European Championships since current manager Frank de Boer scored an 89th minute penalty against the Czech Republic in a 1-0 win at EURO 2000. Timely. pic.twitter.com/Nkj3oH1ZqT
— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
Denzel Dumfries yang menjadi dalang dan punca kepada dua gol Belanda sebelum ini akhirnya mencatat nama selakuk penjaring dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86.
Hantaran silang Nathan Ake terus ditanduk masuk Denzel Dumfries dengan sundulan bola berputar yang sungguh jahat, gagal George Buschan menyelamatkan gawang Ukraine.
Aksi yang meyakinkan Denzel Dumfries membolehkan beliau diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan atau Star of the match.
Netherlands Starting XI : Stekelenburg; Dumfries, Timber, De Vrij, Blind, Van Aanholt; F. De Jong, De Roon, Wijnaldum; Depay, Weghorst
Subs: Tim Krul, Veltman, Aké, Wijndal, Berghuis, de Jong, Klaassen, Gravenberch, Malen, Bizot, Koopmeiners, Gakpo
Ukraine Starting XI : Bushchan; Karavaev, Zabarnyi, Matviyenko, Mykolenko; Zinchenko, Sydorchuk, Malinovskyi; Yarmolenko, Yaremchuk, Zubkov
Subs: Sobol, Kryvtsov, Stepanenko, Shaparenko, Marlos, Pyatov, Makarenko, Besedin, Trubin, Tymchyk, Popov, Dovbyk
Referee: F Brych (Ger)