EURO 2020: Itali 1-0 Wales

Itali turun untuk perlawanan terakhir kumpulan A sebagai perlawanan pelengkap jadual dan untuk penentuan juara kumpulan menentang Wales yang diatas kertas ternyata bukan lawan Itali.

Roberto Mancini melakukan sesuatu yang jarang dilakukan di kejohanan besar dengan menukar lapan pemain utama dan menggunakan pasukan kedua mereka.

Hanya penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, pemain pertahanan, Toloi Bonucci dan pemain tengah Chelsea diturunkan dari skuad dua perlawanan pertama.

Emerson terlebih dahulu mencuba pada minit ke-14 dengan satu rembatan jarak jauh yang tepat kepada penjaga gol Wales, Danny Ward yang selesa merigat bola.

Pada minit ke-24 lorongan Federico Bernardeschi cantik kepada Belotti namun percubaannya sedikit tersasar.

Lima minit kemudian Federico Chiesa pula merembat dari sudut dan posisi yang sama seperti Belotti namun bola terkena pemain Wales dan keluar.

Matteo Pessina akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-39 selepas menyempurnakan hantaran daripada sepakan percuma Marco Veratti.

Matteo Pessina menjaringkan gol pertama peribadi untuk Itali dalam dua perlawanan kompetitif.

Pada separuh masa kedua selepas 10 minit permainan bersambung Wales terpaksa bermain 10 orang selepas Ethan Ampadu dilayangkan kad merah.

Kemenangan 3-1 Switzerland ke atas Turki pasti menjadi ancaman buat Wales yang mahu mengiringi Itali layak selaku naib juara kumpulan.

Lantaran Wales mempamerkan aksi terbaik menyerap segala asakan Itali supaya tidak boleh lebih dua gol untuk layak dengan perbezaan gol.

Itali walaupun menurunkan barisan pemain kedua para pemain ini bermain dengan bersemangat untuk membuktikan diri masing-masing.

Wales terpaksa bertahan sedalam yang boleh bagi mempertahankan kelebihan ke Switzerland.

Sejak Euro dikembangkan pada 1980 Itali menjadi pasukan pertama memenangi kesemua perlawanan tanpa bolos walaupun satu gol dan mengulangi pencapaian yang sama pada 2020.

Itali akhirnya menang dengan satu gol walaupun melakukan 16 percubaan dan menerukskan rekod 30 perlawanan berturut-turut tanpa kalah menyamai rekod negara.

Dengan kemenangan ke-11 berturut-turut selaku juara kumpulan A, Itali akan bertemu naib juara kumpulan C diantara Ukraine dan juga Austria.

Manakala Wales pula akan bertemu naib juara kumpulan B yang berkemungkinan besar Russua melainkan Finland berjaya menewaskan Belgium.

Italy Starting XI: Donnarumma; Toloi Bonucci, Bastoni, Emerson; Verratti, Jorginho, Pessina; Bernardeschi, Belotti, Chiesa

Subs: Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Spinazzola, Locatelli, Castrovilli, Insigne, Acerbi, Cristante, Immobile, Barella, Raspadori

Wales Starting XI: Ward; Gunter, Rodon, Ampadu; Roberts, Morrell, Allen, Ramsey, N Williams; Bale, James

Subs: Hennessey, A Davies, B Davies, Lockyer, Wilson, T Roberts, Moore, Norrington-Davies, J Williams, Brooks, Mepham, Levitt

Referee: O Hategan (Romania)

Gruop A Perlawanan Kedua: Itali 3-0 Switzerland

Itali yang mencatatkan kemenangan selesa tiga gol tanpa balas ke atas Turki pada pada perlawanan pembukaan EURO 2020 kembali beraksi selepas lima hari berehat.

Perlawanan kedua kedua dikumpulan A, Itali bertemu Switzerland dan seperti dijangka menjadi makanan Itali dan lawan mudah untuk anak buah Roberto Mancini.

Itali yang kita kenali dibawah Roberto Mancini kali ini bukanlah Itali seperti sebelum ini apabila tidak lagi sekadar bermain secara bertahan dan menanti melancarkan serangan balas.

Itali di EURO 2020 sangat garang ketika menyerang dan mapan seperti biasa ketika bertahan, masih dapat dilihat kaki berterbangan menghalang apabila percubaan jauh dilakukan.

Roberto Mancini kini menukar Itali yang mesra dengan bola untuk penguasaan yang lebih dan mengikut acuan bola sepak moden dengan memulakan serangan dari bawah.

Boleh dikatakan agak menakutkan Itali kini dengan barisan pertahanan kental seperti biasa dan serangan mereka pula tidak boleh bawa bincang.

Giorgio Chiellini terlebih dahulu meletakkan Itali dihadapan melalui satu sundulan pada minit ke-19 namun gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Video Assistant Referee (VAR) telah membatalkan jaringan Chiellini kerana ada kekasaran telah dilakukan Chiellini dan selepas itu bola terkena tangan pula.

Pada minit ke-24, Giorgio Chiellini telah dikeluarkan kerana kecederaan bukan kerana kecewa gol dibatalkan dan Francesco Acerbi masuk.

Minit ke-26 akhirnya sah Itali di depan melalui Manuel Locatelli dengan satu tolakan jarak dekat dan itu penyudah yang mudah buat Manuel Locatelli.

Domenico Berardi bijak membawa bola rapat ke garisan gol mencari dan membuka ruang sebelum menghantar bola kepada Locatell yang tidak dikawal.

Kedudukan 1-0 ini kekal hingga tamat tempoh 45 minit pertama.

Itali meneruskan permainan menyerang mereka tanpa risau memikirkan untuk bertahan kerana pertahanan mereka sudah semulajadi bagus.

Tujuh minit permainan bersambung, Manuel Locatelli menjaringkan gol kedua Itali dan juga gol kedua peribadi melalui rembatan menyilang padu.

Menerima bola dari Nicolo Barella, Locatelli yang diberi ruang yang besar oleh pertahanan Switzerland telah melepaskan rembatam.

Cubaan dua pertahanan Switzerland menutup ruang rembatan dengan badan tidak berjaya malah penjaga mereka sendiri terlindung dan hanya mampu tengok sahaja bola masuk.

Ciro Immobile yang mengetap bibir untuk menjaringkan gol akhirnya berjaya mendapat peluang dengan menjaringkan gol ketiga Itali pada minit ke-89.

Untuk rekod, Itali tidak pernah menjaring tiga gol dalam perlawanan EURO yang pernah mereka sertai dan jaringan Immobile membuatkan Itali dua kali menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan.

Selepas dua perlawanan Itali sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dan tidak berdepan masalah untuk muncul juara kumpulan A.

Kekebalan dan ketajaman Itali dengan permainan menghiburkan setakat ini boleh dikatakan tidak lagi teruji dan bertemu buku dengan ruas.

Pusingan kalah mati merupakan ujian sebenar buat Itali dan Itali kini telah bermain 10 perlawanan tanpa bolos dalam semua kejohanan.

Itali Starting XI: Gianluigi Donnarumma, Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Leonardo Spinazzola, Nicolo Barella, Jorginho, Manuel Locatelli, Manuel Locatelli, Lorenzo Insigne, Ciro Immobile.

Subs: Salvatore Sirigu, Alex Meret, Andrea Belotti, Matteo Pessina, Emerson, Federico Chiesa, Francesco Acerbi, Bryan Cristante, Federico Bernardeschi, Giacomo Raspadori, Alessandro Bastoni, Rafael Toloi.

Pengurus: Roberto Mancini

Switzerland Starting XI: Yann Sommer, Nico Elvedi, Fabian Schaer, Manuel Akanji, Ricardo Rodriguez, Granit Xhaka, Remo Freuler, Kevin Mbabu, Xherdan Shaqiri, Breel Embolo, Haris Seferovic.

Subs: Yvon Mvogo, Gregor Kobel, Silvan Widmer, Denis Zakaria, Ruben Vargas, Steven Zuber, Djibril Sow, Christian Fassnacht, Loris Benito, Admir Mehmedi, Mario Gavranovic, Eray Comert.

Pengurus: Vladimir Petkovic

Pengadil: Sergey Karasev (Rusia)

Gruop A Perlawanan Pertama: Turki 0-3 Itali

Perlawanan pembukaan bagi Euro 2020 ini menemukan pasukan Turki yang turun menentang pasukan Itali yang berada dalam kumpulan A bersama Switzeland dan Wales.

Tertangguh selama setahun akhirnya European Championship atau Euro 2020 telah pun membuka tirainya sebagai tanda kejohanan bola sepak negara Eropah teragung telah pun bermula.

Satu laluan yang dijangka mudah buat Itali untuk mara ke pusingan kalah mati namun dalam kejohanan besar seperti ini kejutan boleh terjadi di mana-mana.

Upacara pembukaan dilangsungkan dengan penuh meriah di Stadium Olimpico yang terletak di Rome Itali dengan kehadiran kira-kira 16,000 orang penyokong hadir.

Penyanyi opera legenda, Andrea Bocelli telah mengalunkan lagu yang penuh beremosi Nessun Dorma yang nyata menaikkan bulu roma pendengar.

Percikan bunga api yang indah lagi mempesonakan telah mengiringi nyanyian Andrea Bocelli menjadikan pembukaan EURO 2020 sangat menakjubkan.

Kemudian dunia disajikan pula dengan nyanyian penuh semangat pemain Itali yang sudah terkenal di mata para peminat bola sepak ketika menyanyikan lagu kebangsaan Itali.

Bola untuk sepak mula perlawanan pula telah dibawa oleh sebuah mainan yang dikawal oleh alat kawalan jarak jauh untuk menghantar bola kepada pengadil.

Itali menurunkan pasangan pertahanan veteran mereka Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci di mana gabungan umur dua pemain ini bersamaan 70 tahun namun pasangan ini tidak bolos dalam lapan kemenangan terakhir mereka dengan 25 gol dijaringkan.

Itali hadir ke Euro 2020 ini dengan semangat membara lantaran kelukaan yang amat mendalam selepas buat pertama kalinya gagal ke Piala Dunia pada tahun 2018.

Turki pula seperti biasa hadir ke kejohanan utama dunia dengan aksi yang menghiburkan dan semangat yang luar biasa yang memberi inspirasi. Turki sentiasa hadir sebagai Dark Horse atau kuda hitam.

Itali yang terkenal dengan corak permainan bertahan menampilkan aksi penuh garang dan bersemangat sama seperti ketika mereka menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Itali mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama namun gagal mencari gol pembukaan kejohanan. Dua sepakan penalti telah dinafikan oleh pengadil selepas bola terkena tangan pemain Turki.

Giorgio Chiellini hampir memecahkan kebuntuan dengan tandukan dari sepakan penjuru namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Lapan minit bersambung separuh masa kedua, akhirnya Itali berjaya memecahkan kebuntuan dan berada di hadapan selepas serangan bertali arus dilancarkan.

Hantaran lintang Domenico Berardi yang deras itu telah cuba dipotong oleh Merih Demiral malangnya bola telah tertolak ke gawang sendiri.

Gol pertama dan gol sendiri pertama di EURO 2020 adalah milik Merih Demiral dari Turki.

Pada minit ke-66 Ciro Immobile menggandakan kedudukan selepas meledak deras bola muntah hasil rembatan Leonardo Spinazzola yang ditepis Ugurcan Cakir.

Turki terus menampilkan aksi yang teruk lagi buruk serta tidak bermaya seperti Turki yang kita kenali selama ini dan mereka seolah-olah telah mengalah.

Penjaga Turki, Ugurcan Cakir telah membuat kelakar yang bukan-bukan apabila menghantar bola kepada Domenico Berardi yang terus menolak bola kepada Nicolo Barella.

Nicolo Barella menghantar pula kepada dan meneruskan larian untuk menarik pertahanan Turki. Ciro Immobile terus melorongkan bola kepada Lorenzo Insigne
yang tidak dikawal.

Tiada masalah untuk pemain yang berkualiti seperti Lorenzo Insigne untuk melencongkan bola menghasilkan gol ketika buat Itali dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan 3-0 Itali ini merupakan margin gol terbesar yang pernah terhasil dalam perlawanan pembukaan EURO sejak pertama kali dianjurkan.

Nampaknya kumpulan A akan menjadi sangat mudah buat Itali seperti diramalkan oleh ramai pihak.

Turkey: Cakir, Celik, Demiral, Soyuncu, Meras, Yokuslu, Karaman, Tufan, Yazici, Calhanoglu, Burak Yilmaz.

Subs: Gunok, Under, Tokoz, Bayindir, Antalyali, Kabak, Unal, Kokcu, Kahveci, Ayhan, Muldur, Dervisoglu.

Italy: Donnarumma, Florenzi, Bonucci, Chiellini, Spinazzola, Barella, Jorginho, Locatelli, Berardi, Immobile, Insigne.

Subs: Raspadori, Bastoni, Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Belotti, Pessina, Emerson Palmieri, Chiesa, Acerbi, Cristante, Bernardeschi.

Referee: Danny Makkelie (Holland).

BACA:Β  UNL Semi Final: Itali 1-2 Sepanyol