EURO 2020: Turki 0-3 Itali

Perlawanan pembukaan bagi Euro 2020 ini menemukan pasukan Turki yang turun menentang pasukan Itali yang berada dalam kumpulan A bersama Switzeland dan Wales.

Tertangguh selama setahun akhirnya European Championship atau Euro 2020 telah pun membuka tirainya sebagai tanda kejohanan bola sepak negara Eropah teragung telah pun bermula.

Satu laluan yang dijangka mudah buat Itali untuk mara ke pusingan kalah mati namun dalam kejohanan besar seperti ini kejutan boleh terjadi di mana-mana.

Upacara pembukaan dilangsungkan dengan penuh meriah di Stadium Olimpico yang terletak di Rome Itali dengan kehadiran kira-kira 16,000 orang penyokong hadir.

Penyanyi opera legenda, Andrea Bocelli telah mengalunkan lagu yang penuh beremosi Nessun Dorma yang nyata menaikkan bulu roma pendengar.

Percikan bunga api yang indah lagi mempesonakan telah mengiringi nyanyian Andrea Bocelli menjadikan pembukaan EURO 2020 sangat menakjubkan.

Kemudian dunia disajikan pula dengan nyanyian penuh semangat pemain Itali yang sudah terkenal di mata para peminat bola sepak ketika menyanyikan lagu kebangsaan Itali.

Bola untuk sepak mula perlawanan pula telah dibawa oleh sebuah mainan yang dikawal oleh alat kawalan jarak jauh untuk menghantar bola kepada pengadil.

Itali menurunkan pasangan pertahanan veteran mereka Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci di mana gabungan umur dua pemain ini bersamaan 70 tahun namun pasangan ini tidak bolos dalam lapan kemenangan terakhir mereka dengan 25 gol dijaringkan.

Itali hadir ke Euro 2020 ini dengan semangat membara lantaran kelukaan yang amat mendalam selepas buat pertama kalinya gagal ke Piala Dunia pada tahun 2018.

Turki pula seperti biasa hadir ke kejohanan utama dunia dengan aksi yang menghiburkan dan semangat yang luar biasa yang memberi inspirasi. Turki sentiasa hadir sebagai Dark Horse atau kuda hitam.

Itali yang terkenal dengan corak permainan bertahan menampilkan aksi penuh garang dan bersemangat sama seperti ketika mereka menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Itali mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama namun gagal mencari gol pembukaan kejohanan. Dua sepakan penalti telah dinafikan oleh pengadil selepas bola terkena tangan pemain Turki.

Giorgio Chiellini hampir memecahkan kebuntuan dengan tandukan dari sepakan penjuru namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Lapan minit bersambung separuh masa kedua, akhirnya Itali berjaya memecahkan kebuntuan dan berada di hadapan selepas serangan bertali arus dilancarkan.

Hantaran lintang Domenico Berardi yang deras itu telah cuba dipotong oleh Merih Demiral malangnya bola telah tertolak ke gawang sendiri.

Gol pertama dan gol sendiri pertama di EURO 2020 adalah milik Merih Demiral dari Turki.

Pada minit ke-66 Ciro Immobile menggandakan kedudukan selepas meledak deras bola muntah hasil rembatan Leonardo Spinazzola yang ditepis Ugurcan Cakir.

Turki terus menampilkan aksi yang teruk lagi buruk serta tidak bermaya seperti Turki yang kita kenali selama ini dan mereka seolah-olah telah mengalah.

Penjaga Turki, Ugurcan Cakir telah membuat kelakar yang bukan-bukan apabila menghantar bola kepada Domenico Berardi yang terus menolak bola kepada Nicolo Barella.

Nicolo Barella menghantar pula kepada dan meneruskan larian untuk menarik pertahanan Turki. Ciro Immobile terus melorongkan bola kepada Lorenzo Insigne
yang tidak dikawal.

Tiada masalah untuk pemain yang berkualiti seperti Lorenzo Insigne untuk melencongkan bola menghasilkan gol ketika buat Itali dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan 3-0 Itali ini merupakan margin gol terbesar yang pernah terhasil dalam perlawanan pembukaan EURO sejak pertama kali dianjurkan.

Nampaknya kumpulan A akan menjadi sangat mudah buat Itali seperti diramalkan oleh ramai pihak.

Turkey: Cakir, Celik, Demiral, Soyuncu, Meras, Yokuslu, Karaman, Tufan, Yazici, Calhanoglu, Burak Yilmaz.

Subs: Gunok, Under, Tokoz, Bayindir, Antalyali, Kabak, Unal, Kokcu, Kahveci, Ayhan, Muldur, Dervisoglu.

Italy: Donnarumma, Florenzi, Bonucci, Chiellini, Spinazzola, Barella, Jorginho, Locatelli, Berardi, Immobile, Insigne.

Subs: Raspadori, Bastoni, Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Belotti, Pessina, Emerson Palmieri, Chiesa, Acerbi, Cristante, Bernardeschi.

Referee: Danny Makkelie (Holland).

BACA:  Senarai Jadual Penuh EURO 2020